Skip to content

Tahap Ancaman Internet

Tahap Ancaman Internet semasa ditetapkan oleh pakar kami di makmal virus. Di bawah anda boleh melihat definisi bila dan bagaimana sesuatu tahap khusus digunakan.

Risiko umum

Tahap Ancaman Risiko Umum
  • Kadar jangkitan biasa bagi ancaman yang diketahui pada sistem yang tidak ditampung dan tidak dilindungi dipantau.
  • Tiada ancaman baru yang signifikan telah ditemui.

Pengguna yang mempunyai Perisian Anti-Virus dan Anti Perisian Pengintip yang terbaru dan tampungan sistem operasi yang terkini tidak menghadapi sebarang risiko.

Risiko ternaik

Tahap Ancaman Risiko Ternaik
  • Malware telah dikesan yang mungkin menyebabkan peningkatan kadar serangan atau beban ke atas rangkaian, tetapi ia belum lagi meluas.
  • Satu kod bukti konsep baru bagi kerentanan dikesan yang mungkin menyebabkan letusan jangkitan serius kerana sifat kritikal kerentanan ini.

Pengguna yang mempunyai Perisian Anti-Virus dan Anti Perisian Pengintip yang terbaru dan tampungan sistem operasi yang terkini tidak menghadapi sebarang risiko.

Risiko tinggi

Tahap Ancaman Risiko Tinggi
  • Malware baru mungkin mewujudkan ancaman walaupun bagi komputer yang mempunyai tampungan sistem operasi yang terkini.
  • Varian baru bagi ancaman yang diketahui yang sebelum ini menyebabkan letusan jangkitan yang signifikan telah dikesan di luar sana.

Pengguna amat digalakkan untuk memasang kemas kini Anti-Virus dan Anti Perisian Pengintip baru serta tampungan sistem operasi sebaik sahaja ia tersedia.

Risiko ekstrem

  • Malware baru tersebar dengan amat pantas, menjadi potensi bahaya kepada majoriti sistem dan boleh menyebabkan rangkaian dan pelayan yang dibanjiri.
  • Bilangan jangkitan yang amat tinggi telah dipantau dalam tempoh 24 jam lepas.

Pengguna amat digalakkan untuk memasang kemas kini Anti-Virus dan Anti Perisian Pengintip baru serta tampungan sistem operasi sebaik sahaja ia tersedia.