Penting! Jika anda masih menggunakan Windows XP, masa untuk menaik taraf

Walaupun Microsoft menamatkan kemas kini keselamatan untuk Windows XP pada tahun 2014, AVG AntiVirus FREE terus melindungi pemilik Windows XP dengan kemas kini definisi virus biasa. Walau bagaimanapun, kami tidak lagi menyediakan kemas kini program, ciri baharu, pembaikan pepijat, atau sokongan untuk Windows XP. Oleh itu, kami sangat mengesyorkan semua pemilik XP untuk menaik taraf kepada versi Windows terkini.

Feature icon Stopwatch

Pemasangan mudah

Memasang dengan cepat dan mudah,
tanpa memeningkan kepala.

Feature icon with blue laptop outline

Perlindungan PC Masa Nyata

Melindungi anda dengan serta-merta menentang
ancaman terkini

Feature icon Globe

Perlindungan Web & E-mel

Mengimbas peranti anda dan menyekat pautan, muat turun dan lampiran yang tidak selamat.

Perisian percuma kami menggabungkan data daripada jutaan pengguna kami untuk memberikan anda keselamatan Windows XP yang terbaik untuk PC anda. Kami memberikan kemas kini definisi virus baharu secara automatik kepada AVG AntiVirus FREE untuk memberikan komputer Windows XP anda perlindungan perisian hasad yang muktamad bagi memastikan anda, PC anda serta keluarga anda selamat dalam talian.

Semuanya dengan satu klik.

Sebab anda perlukan perlindungan tambahan untuk Windows XP

Anda berpendapat anda sudah memiliki keselamatan dengan perisian Windows XP? Firewall terbina dalamnya tidak mencukupi dan Windows XP tiada antivirus, tiada antiperisian pengintip dan tiada kemas kini keselamatan. Malah, Microsoft sendiri telah menghentikan sokongan terhadap Windows XP pada tahun 2014, ini bermakna mereka tidak mengeluarkan kemas kini keselamatan untuk Windows XP lagi.

Dan AVG AntiVirus FREE? Kami ada semuanya. Kerana, apabila bercakap tentang keselamatan PC Windows XP anda, ada risiko yang tidak berbaloi untuk diambil.

Feature icon Shield

Menghentikan perisian intip, perisian hasad.

Feature icon Magnifier with Cursor

Memberi amaran kepada anda tentang pautan web yang tidak selamat.

Feature icon Radar

Mengimbas dengan pantas dan senyap.

Feature icon, gift, blue

Dan yang paling baik?
Semuanya secara percuma.

Menaik taraf PC Microsoft Windows XP anda?

AVG antivirus memberi anda perlindungan penting untuk PC Windows XP anda, menghentikan virus, perisian intip dan perisian hasad lain. Program ini serasi dengan semua versi terkini Windows, maka apabila anda sudah sedia untuk menaik taraf daripada Windows XP kepada Windows 7, Windows 8 atau Windows 10, AVG antivirus anda akan terus berfungsi.

Cara memasang AVG Antivirus pada Windows XP

Number 1, blue circle

Muat turun fail pemasangan di bawah.

Number 2, blue circle

Jalankan fail untuk memulakan pemasangan anda.

Number 2, blue circle

Ikut langkah mudah pada skrin anda.

Number 4, blue circle

Selepas pemasangan selesai, mulakan semula komputer. Mudah!

Bantu sebarkan berita ini

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan Sistem

Windows Logo
Feature icon Apple

OS X 10.10 Yosemite atau lebih tinggi

Feature icon Android

Android 5.0 atau lebih tinggi

Feature icon iOS

iOS 10.3 atau lebih baharu

Bahasa

Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.

Untuk Mac: Bahasa Inggeris sahaja.

Untuk Android: Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.

Soalan Lazim

  • Apakah yang menjadikan AVG salah satu aplikasi antivirus terbaik untuk Windows XP?

    AVG menawarkan salah satu penyelesaian perisian antivirus terbaik untuk Windows XP kerana kami sentiasa mengemas kini definisi virus komputer kami, yang bermaksud anda akan terus menikmati perlindungan daripada ancaman baru dan yang baru muncul. Selain itu, perisian kami boleh menghapuskan virus dan perisian hasad daripada peranti Windows XP, serta menawarkan perlindungan perisian intip kepada anda.

    Untuk perlindungan terbaik dan paling komprehensif, kami mengesyorkan naik taraf daripada Windows XP secepat mungkin.

  • Mengapakah peranti Windows XP memerlukan perisian antivirus?

    Peranti Windows XP sangat terdedah kepada semua jenis perisian hasad, tetapi oleh sebab sistem pengendalian ini sudah terlalu lama, Microsoft atau kebanyakan syarikat pihak ketiga tidak menawarkan penyelesaian keselamatan yang komprehensif. Microsoft Security Essentials hanya memberikan keselamatan asas yang tidak dapat melindungi peranti anda daripada semua jenis virus dan perisian hasad lain. Sebagai ganti, muat turun dan gunakan AVG AntiVirus FREE untuk Windows XP sehingga anda boleh menaik taraf PC anda kepada sistem pengendalian yang baru.

  • Adakah AVG AntiVirus masih berfungsi pada Windows XP?

    AVG AntiVirus akan melindungi komputer dengan Windows XP (hingga versi 18.8) daripada perisian hasad dan ancaman sifar hari, kerana kami terus mengemas kini definisi virus dan perlindungan teras kami yang lain. Walau bagaimanapun, kami menyediakan ciri baru dan kemas kini lain hanya untuk AVG AntiVirus pada Windows 7 dan versi yang lebih baru. Untuk keselamatan yang optimum, kami mengesyorkan agar anda menaik taraf kepada versi Windows yang lebih baharu secepat mungkin.

  • Adakah aplikasi antivirus AVG akan berfungsi walaupun saya menaik taraf daripada XP?

    Kami sangat menggalakkan anda untuk menaik taraf daripada Windows XP, tetapi versi Windows yang lebih baru seperti Windows 10 juga memerlukan perlindungan antivirus pihak ketiga yang kuat. Selepas anda menaik taraf daripada Windows XP, anda perlu memuat turun semula perisian antivirus AVG anda. Kami menawarkan perlindungan untuk semua versi Windows yang terkini dan paling selamat, seperti AVG AntiVirus Free untuk Windows 10.

Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Privasi  |  Perjanjian lesen  |  Kuki  |  Semua tanda dagangan pihak ketiga adalah hak milik pemilik masing-masing.  |  © 2024 AVG Technologies. Hak cipta terpelihara.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu