Muat turun AVG AntiVirus FREE untuk melindungi PC Windows 7 anda.
Efisien. Mudah. Percuma.
Alat keselamatan terbina dalam Windows 7, Microsoft Security Essentials, hanya menawarkan perlindungan asas – terutamanya sejak Microsoft berhenti menyokong Windows 7 dengan kemas kini keselamatan kritikal. OS yang tidak disokong tidak akan 100% selamat, tetapi antivirus AVG akan terus menghalang virus, perisian hasad dan ancaman lain.
Ketahui lebih lanjut tentang cara AVG melindungi pengguna Windows 7 kami.
Melindungi selama-lamanya dengan pemasangan yang ringan dan mudah.
Mengemas kini secara automatik menggunakan analisis masa nyata tanpa memperlahankan anda.
Mengimbas peranti anda dan menyekat pautan, muat turun dan lampiran yang tidak selamat.
Menaik taraf PC Microsoft Windows 7 anda?
AVG AntiVirus FREE memastikan anda sentiasa memiliki perlindungan terbaharu untuk komputer Windows 7 anda. Jika anda menaik taraf kepada sistem pengendalian Windows yang lain, AVG akan terus berfungsi – aplikasi ini juga serasi dengan semua versi Windows terkini. Ini bermakna anda boleh melayari Internet dengan aman apabila mengetahui keselamatan dalam talian dan komputer anda dijaga dengan baik.
Menghentikan perisian intip, virus & perisian hasad.
Memberi amaran kepada anda tentang pautan web yang tidak selamat.
Mengimbas dengan pantas dan senyap.
Dan yang paling baik?
Semuanya secara percuma.
Anugerah untuk AVG Antivirus untuk Windows 7
Jangan percaya cakap kami semata-mata. Kami telah memenangi anugerah untuk perlindungan antivirus Windows 7 kami yang luar biasa.
Cara memasang AVG Antivirus pada PC Windows 7 anda
Muat turun fail pemasangan di sini.
Jalankan fail untuk memulakan pemasangan anda.
Ikut langkah mudah pada skrin anda.
Selepas pemasangan selesai, mulakan semula komputer. Mudah!
Ulasan daripada pengguna Windows 7 kami
Pelanggan kami mempercayai kami setiap hari untuk memastikan komputer Windows 7 mereka selamat dan terjamin
Steve J. M.
AVG FREE
AVG Free adalah produk yang hebat yang tidak memperlahankan komputer saya (saya pernah gunakannya pada Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8.1 dan kini Windows 10), program ini tidak pernah ranap, mudah dikemas kini dan mungkin yang paling penting, program ini dapat menangkap 990/0 daripada mana-mana virus yang saya temui semasa mengimbas (virus yang tidak ditangkap ditemui semasa imbasan sistem mingguan dan bulanan). Bantu diri anda dan cuba produk ini – apa lagi yang anda inginkan dengan harga (PERCUMA)!!!!
Carl
AVG Free
AVG Free mudah dimuat turun dan dipasang. Berjalan di latar belakang tanpa menyesakkan memori dan telah menyekat dan/atau mengalih keluar beberapa item pada PC saya. Pengimbas e-mel wajib dimiliki kerana terlalu banyak span dan e-mel lain yang tidak dikehendaki yang boleh mengandungi virus dan malware. Saya telah menggunakan program ini pada Windows 7 Pro dan baru sahaja memasang AVG Free pada Windows 10 pro (64 bit).
M Vd Heiden
Sudah menggunakan beberapa tahun dan tidak pernah bermasalah
Saya telah lama menggunakan avg free untuk melindungi komputer riba Lenovo saya dengan Windows dan saya tidak pernah menghadapi masalah. Saya sentiasa biarkan avg mengemas kini secara automatik.
Serasi dengan Windows 10, 8, 7 dan XP.
Penggunaan
Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.
Keperluan Sistem
Bahasa
Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.
Untuk Mac: Bahasa Inggeris sahaja.
Untuk Android: Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.
Privasi | Perjanjian lesen | Kuki | Semua tanda dagangan pihak ketiga adalah hak milik pemilik masing-masing. | © 2021 AVG Technologies. Hak cipta terpelihara.