AVG AntiVirus FREE untuk Windows 10

Muat turun antivirus percuma untuk perlindungan penting pada PC Windows 10 anda. Mudah. Berkuasa. Percuma.

Perlindungan Pengguna Rumah2023

Perlindungan Perisian Hasad2023

Juga tersedia untuk Mac, Android dan iOS

6 Lapisan <span>keselamatan</span>
6 Lapisan keselamatan
30+ tahun <span>pengalaman</span>
30+ tahun pengalaman
160+ anugerah & <span>sanjungan</span>
160+ anugerah & sanjungan
8 alat dan <span>ciri-ciri</span>
8 alat dan ciri-ciri

Temui banyak lagi tentang antivirus terkenal kami untuk Windows 10

AVG AntiVirus FREE memberi anda perlindungan penting untuk PC Windows 10 anda, menghentikan virus, perisian intip dan perisian hasad lain. Ia penyelesaian antivirus Windows 10 yang padat dengan ciri dan ringkas yang serba baharu.

Nikmati enam lapisan perlindungan

Nikmati enam lapisan perlindungan

Hentikan perisian intip, virus dan perisian hasad supaya peranti dan data anda selamat sepenuhnya.

Sekat ransomware dalam jejaknya

Sekat ransomware dalam jejaknya

Beri fail penting anda perlindungan tambahan daripada penggodam dan ransomware.

Dapatkan perlindungan web & e-mel

Dapatkan perlindungan web & e-mel

Imbas peranti anda dan sekat pautan, muat turun dan lampiran yang tidak selamat.

Kemas kini yang berterusan

Kemas kini yang berterusan

Kami memberi anda antivirus kami versi terbaharu tanpa berlengah-lengah apabila kami mengeluarkan kemas kini.

Melangkaui keselamatan terbina dalam Microsoft —
muat turun antivirus Windows 10 kami

Ujian bebas daripada AV-Comparatives mendapati bahawa AVG AntiVirus FREE telah menyekat 100% perisian hasad berbanding dengan keselamatan Microsoft yang terbina dalam, yang hanya menyekat 95.6%. 5% itu sangat besar jumlahnya apabila ada jutaan ancaman di luar sana.

Tetapi, ia menawarkan lebih daripada pengesanan yang dipertingkat. AVG AntiVirus Free dikemas kini secara automatik dan berkala, jadi ia berfungsi dalam masa nyata untuk memastikan anda selamat dan dilindungi dalam talian.

Pastikan Wi-Fi selamat

Pastikan Wi-Fi selamat

Dapatkan amaran tentang godam dan kebocoran

Dapatkan amaran tentang godam dan kebocoran

Buat sandaran dan selamatkan data yang hilang

Buat sandaran dan selamatkan data yang hilang

Serasi sepenuhnya dengan Windows 10

Serasi sepenuhnya dengan Windows 10

Antivirus Percuma untuk Windows 10 yang dikagumi oleh pengkritik

Antivirus Percuma untuk Windows 10 yang dikagumi oleh pengkritik

Kami telah menerima 25 sanjungan baharu dalam tempoh dua tahun lalu, menjadikan jumlahnya ratusan yang telah kami menangi sejak bermula pada tahun 1991 – jadi, anda tahu yang anda selamat bersama kami.


Perlindungan Pengguna Rumah2023


Perlindungan Perisian Hasad2023

Produk Dinilai Terbaik
2022

Dipercayai oleh pakar, dinikmati oleh pengguna

Setiap bulan, kami menghalang lebih 1.5 bilion serangan siber di seluruh dunia hasil daripada rangkaian pengesanan ancaman yang tiada bandingan, sehingga profesional dan amatur menyukai perlindungan antivirus kami yang percuma dan berbayar.

Cara untuk memasang

  • Pertama, muat turun bestari pemasangan menggunakan butang di bahagian atas halaman.
  • Sebaik sahaja ia dimuat turun, klik dua kali bestari pemasangan untuk menjalankannya.
  • Ikuti arahan aplikasi di skrin.
  • Anda sudah selesai! Jalankan imbasan pertama anda dan mula melindungi PC anda hari ini.

Untuk arahan yang lebih terperinci, sila pergi ke halaman sokongan pemasangan kami.

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan sistem

icon windows

Windows 11, 10, 8 dan 7
(Windows XP boleh ditemui di sini)

icon mac

MacOS 10.10 (Mavericks)
atau lebih tinggi

icon android

Android 5.0 (Lollipop, API 21)
atau lebih tinggi

icon ios

iOS 10.0 atau lebih tinggi

Bahasa

Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.

Untuk Mac: Bahasa Inggeris sahaja.

Untuk Android: Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Apakah yang menjadikan AVG AntiVirus FREE ini merupakan antivirus yang unik untuk Windows 10?

AVG Free AntiVirus ialah salah satu aplikasi antivirus percuma terbaik untuk Windows 10, terima kasih kepada enjin antivirus canggih kami yang dikuasakan oleh AI dan rangkaian pengesanan ancaman global – yang terbesar di dunia. Setiap kali mana-mana peranti yang dilindungi dengan AVG mengesan ancaman baru, kami akan memberikan penawar secara automatik kepada setiap ahli komuniti AVG kami di seluruh dunia.

Dengan menggabungkan teknologi kami yang memenangi anugerah dengan pengalaman dalam industri selama puluhan tahun, kami mencipta perisian pengimbasan dan penghapusan virus dan perisian hasad percuma yang terbaik, penyelesaian penghapusan perisian intip yang berkesan dan alat keselamatan lain yang kuat untuk melindungi PC anda. Dengan Pemeriksa Wi-Fi terbina dalam, anda akan mendapat keselamatan masa nyata terhadap penceroboh di seluruh rangkaian anda.

Mengapakah peranti Windows 10 memerlukan perlindungan antivirus?

Daripada virus dan ransomware hingga pemancingan data dan pharming, ada pelbagai ancaman siber yang boleh menyerang komputer Windows 10. Walaupun keselamatan Microsoft yang terbina dalam menawarkan perlindungan yang kuat terhadap jenis perisian hasad standard, ramai pakar secara umumnya bersetuju bahawa Windows Defender dengan sendirinya tidak cukup untuk melindungi anda daripada spektrum ancaman dalam talian sepenuhnya.

Windows Defender melindungi daripada serangan pemancingan data jika anda menggunakan Microsoft Edge, tetapi tidak akan melindungi anda di pelayar lain. Dan perisian ini juga tidak akan mengimbas rangkaian Wi-Fi anda untuk mengesan sebarang risiko keselamatan atau pencerobohan. Akhir sekali, dalam tinjauan keselamatan bebas, Windows Defender tidak selalu berfungsi seperti alat antivirus pihak ketiga yang terkemuka – seperti AVG AntiVirus FREE. Itulah sebabnya anda harus sentiasa menyokong Windows Defender dengan alat antivirus yang kuat daripada penyedia perisian keselamatan yang anda percayai.

Bagaimanakah AVG AntiVirus Free untuk Windows 10 mempengaruhi prestasi PC saya?

AVG AntiVirus Free ialah alat antivirus ringan yang direka khas untuk melindungi PC anda tanpa memperlahankannya. Anda akan mendapat perlindungan yang terkemuka dalam industri terhadap perisian hasad, ancaman Wi-Fi, serangan pemancingan data, dan banyak lagi, tanpa menjejaskan kelajuan atau prestasi.

Sekiranya anda mendapati komputer anda menjadi perlahan, anda boleh menguji prestasi komputer anda dan meneroka cara lain untuk meningkatkan kelajuan PC anda.

Bagaimanakah saya boleh melindungi PC Windows 10 saya dengan cara lain?

AVG AntiVirus FREE akan memberi PC anda perlindungan menyeluruh terhadap perisian hasad dan banyak ancaman lain, tetapi masih banyak cara lagi yang boleh anda lakukan untuk memastikan komputer anda sihat dan laju. Gunakan AVG TuneUp untuk membersihkan daftaran anda, menghapuskan bloatware dan perisian lain yang tidak diperlukan serta memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Pasang VPN untuk menyulitkan sambungan Internet anda, menyembunyikan aktiviti dalam talian dan alamat IP anda daripada pengintip dalam talian. Perisian antipenjejakan juga dapat memastikan anda selamat daripada penjejakan dalam talian dan diskriminasi harga.

Adakah saya perlu menyahpasang perisian antivirus AVG saya yang sedia ada sebelum menaik taraf kepada Windows 10?

Ini bergantung pada versi Windows yang anda naik taraf. Sekiranya anda menaik taraf daripada Windows 7 Service Pack 2 ke atas, anda tidak perlu menyahpasang AVG AntiVirus. Hanya pastikan anda telah memasang AVG AntiVirus versi terbaru pada PC Windows 7 anda dengan mengklik butang Kemas Kini dalam AVG AntiVirus.

Sekiranya anda mengemas kini daripada Windows XP atau Windows Vista, maka ya, nyahpasang AVG AntiVirus Free sebelum menaik taraf kepada Windows 10. Setelah naik taraf selesai, pasang semula AVG AntiVirus Free untuk terus menikmati perlindungan percuma kami yang hebat.

AVG AntiVirus FREE untuk Windows 10

AVG AntiVirus FREE untuk Windows 10

Muat turun antivirus percuma untuk perlindungan penting pada PC Windows 10 anda. Mudah. Berkuasa. Percuma.

Muat Turun Percuma
Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.