Jadi Affiliate AVG

Mohon program affiliate kami sekarang dan mula mendapat komisen sehingga 30% untuk semua jualan produk AVG!

Manfaat program kami

Komisen sehingga 30% untuk semua jualan
Tempoh rujukan 30 hari
Pelbagai sepanduk, pautan teks dan katalog produk
Tawaran, promosi dan kempen untuk Affiliate sahaja
Surat berita fokus Affiliate
Ganjaran untuk rakan kongsi yang mempunyai prestasi terbaik

Bagaimanakah ia berfungsi?

Langkah 1
Daftar
Daftar untuk program ini melalui Impact
Langkah 2
Promosikan
Selepas mendapat kelulusan, promosikan produk kami (web, e-mel, pautan carian dan sebagainya.)
Langkah 3
Tunggu
Apabila pelanggan mengklik pada pautan anda dan membeli dalam tempoh rujukan 30 hari, anda akan mendapat komisen hingga 30% daripada nilai jualan
Langkah 4
Dapatkan bayaran
Terima pembayaran komisen bulanan melalui akaun penerbit Impact anda

Tentang Kami

AVG telah diasaskan pada tahun 1991 dengan tujuan untuk melindungi orang ramai di seluruh dunia menggunakan teknologi keselamatan terkini. AVG mendapatkan kejayaan dengan cepat selepas memperkenalkan mod Perniagaan premium untuk kali pertama dalam pasaran antivirus.
AVG menggunakan teknologi terkini yang dibangunkan oleh pakar keselamatan terkenal dunia untuk memberikan pertahanan masa nyata terhadap ancaman masa nyata. Teknologi ini membolehkan pengguna kami untuk melayari web, membeli-belah, melakukan aktiviti bank, memuat turun fail, bersembang, menggunakan rangkaian dan e-mel dengan selamat dan yakin.
AVG sebahagian daripada Gen™ - iaitu syarikat global dengan keluarga jenama pengguna yang dipercayai.

Soalan Lazim

Menjadi Affiliate AVG

Di mana boleh saya daftar untuk Program Affiliate AVG?

Cuma klik butang  Daftar Sekarang di sebelah bawah laman ini. Jika anda sememangnya ahli rangkaian affiliate Impact, anda boleh mendaftar untuk Program Affiliate AVG terus dari Panel Akaun Impact anda.

Bolehkah saya mendaftar untuk Program Affiliate AVG jika saya tiada tapak web atau blog?

Agak sukar untuk mendaftar dan memanfaatkan Program Affiliate AVG tanpa kehadiran dalam talian. Namun begitu, anda boleh cuba mempromosikan produk AVG melalui tapak media sosial seperti Facebook, Flickr, MySpace, Twitter atau YouTube. Jadilah kreatif!

Adakah saya perlu membayar untuk menjadi Affiliate AVG?

Tidak, anda tidak perlu membayar apa-apa untuk menjadi Affiliate AVG atau menyertai Impact.

Potensi pendapatan & komisen

Bagaimanakah komisen dibayar?

Semua bayaran komisen dibuat oleh Impact bagi pihak AVG Technologies.

Bagaimana cara untuk mengetahui amaun yang telah saya peroleh?

Selepas mendaftar untuk Program Affiliate AVG, anda akan mendapat akses kepada Pengurus Akaun Impact. Sila pergi ke Pengurus Akaun Impact menggunakan ID Affiliate dan kata laluan yang didapati dalam e-mel pengaktifan yang anda terima daripada Impact.

Sumber bantuan

Di manakah dapat saya mengetahui lebih lanjut tentang Impact?

Sila ikut pautan ini untuk ketahui lebih lanjut.

Privasi

Di manakah saya boleh dapatkan maklumat tentang dasar privasi anda?

Privasi amat penting kepada AVG dan Impact. Kami berusaha untuk memastikan privasi anda selamat pada sepanjang masa. Baca lebih lanjut tentang Dasar Privasi AVG Technologies dan Dasar Privasi Impact.

Program AVG Affiliate

Dapatkan sehingga 30% komisen untuk semua jualan produk AVG!