Versi 1.2 (Semakan 8 Jun 2018)

DASAR PEMBATALAN DAN BAYARAN BALIK UNTUK PENYELESAIAN AVAST, AVG, CCLEANER DAN HMA!

Kami menawarkan jaminan pembayaran balik dalam tempoh 30 hari ke atas langganan untuk Penyelesaian tertentu Avast, AVG, CCleaner (termasuk Defraggler, Recuva dan Speccy) dan HideMyAss! yang dibeli oleh pengguna akhir daripada kami secara langsung melalui gedung runcit dalam talian atau melalui Google Play.  Jika pembelian anda layak, dan anda mematuhi semua arahan dalam Dasar Pembatalan dan Bayaran Balik ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian, kami akan menamatkan langganan anda dan membayar balik 100% harga yang anda telah bayar untuk Tempoh Langganan semasa pada ketika itu. 

Kami juga membenarkan anda untuk membatalkan langganan anda dan meminta bayaran balik (secara prorata untuk bahagian belum tamat tempoh atau tempoh tidak terpakai daripada Tempoh Langganan) jika kami memberi notis kepada anda bahawa kami melakukan pindaan terhadap Perjanjian Lesen Pengguna Akhir antara anda dengan kami berkenaan dengan langganan dan/atau Penyelesaian tersebut (EULA), dan anda membantah pindaan tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut. 

Meminta Pembatalan dan Bayaran Balik daripada Kami.

Sebelum anda mula, sila baca semua sekatan dan had yang diterangkan dalam Dasar Pembatalan dan Bayaran Balik.  Jika anda layak untuk pembatalan dan bayaran balik bagi pembelian anda, dan anda membeli langganan secara langsung daripada kami melalui gedung runcit dalam talian kami atau dari Google Play, maka sila ikuti arahan di bawah:

Produk Dibeli daripada Kami dan Langganan yang Anda Tamatkan untuk Pindaan Termaklum terhadap EULA.  Untuk meminta pembatalan dan bayaran balik untuk langganan yang anda beli daripada kami melalui gedung runcit dalam talian, atau untuk menamatkan langganan kerana anda membantah pindaan terhadap EULA yang telah kami maklumkan kepada anda, sila semak e-mel pengesahan atau invois yang telah kami hantar secara terus kepada anda berhubung dengan pembelian anda. Kandungan e-mel atau invois tersebut menerangkan tentang syarikat Avast yang anda perlu hubungi (yang mungkin bukan nama jenama bagi Penyelesaian tersebut) Ia juga mengandungi beberapa maklumat lain yang anda perlu berikan kepada kami supaya anda boleh meminta pembatalan dan bayaran balik anda.  Kemudian, klik pada pautan di bawah dan ikuti arahan pada halaman yang dipautkan:

Produk pengguna yang dibeli daripada Avast

Produk perniagaan yang dibeli daripada Avast,

Produk perniagaan yang dibeli daripada AVG,

Produk pengguna yang dibeli daripada AVG,

Semua produk perniagaan dan produk pengguna yang dibeli daripada CCleaner (termasuk Defraggler, Recuva dan Speccy),

Semua produk perniagaan dan produk pengguna yang dibeli daripada HideMyAss!

Produk yang Dibeli daripada Google Play.  Untuk meminta pembatalan dan bayaran balik langganan dan/atau Penyelesaian yang anda beli dari gedung aplikasi Google Play, anda perlu memberikan kami alamat e-mel yang anda gunakan dalam Google Play untuk membeli langganan dan/atau Penyelesaian dan ID Transaksi untuk pembelian tersebut.  Anda boleh mendapat ID Transaksi dengan: (i) menyemak e-mel yang dihantar ke akaun Google Play anda untuk mengesahkan pembelian anda; atau (ii) log masuk ke portal Google Payments di http://payments.google.comdengan akaun Google Play yang anda gunakan untuk pembelian tersebut, dan seterusnya mencari transaksi khusus dalam bahagian Langganan dan Perkhidmatan.  Setelah anda mempunyai e-mel akaun Google Play dan ID Transaksi, klik di sini untuk meminta bayaran balik daripada Avast, di sini untuk AVG, di sini untuk CCleaner, atau di sini untuk HideMyAss!, dan ikuti arahan pada halaman yang dipautkan. 

Sekatan dan Had.

Sekatan Berkaitan Produk Dibeli daripada Gedung Fizikal, iTunes dan Penjual Semula Lain.  Untuk meminta bayaran balik ke atas langganan dan/atau Penyelesaian yang anda beli daripada gedung fizikal, gedung aplikasi iTunes atau mana-mana penjual semula lain (yang tidak disebutkan di atas), berbanding dengan secara langsung daripada kami, sila hubungi penjual semula tersebut berkenaan dasar pembatalan dan bayaran balik dan sebarang permintaan untuk bayaran balik.  Kami tidak membenarkan bayaran balik untuk pembelian sedemikian.

Sekatan ke atas Bayaran Balik kepada Penjual Semula, Pengedar dan Rakan Niaga Saluran.  Jika anda membeli langganan dan/atau Penyelesaian untuk dijual semula kepada pihak ketiga, anda berhak menerima bayaran balik hanya jika hak tersebut diberikan oleh Perjanjian Penjual Semula, Perjanjian Pengedaran, Perjanjian Rakan Niaga Saluran atau perjanjian lain dengan kami.  Sila semak perjanjian anda dengan kami sebelum membuat permintaan untuk pembatalan dan bayaran balik.  

Sekatan Lain.  Kami tidak membenarkan pembatalan dan bayaran balik untuk pembelian mana-mana:

_ Penyelesaian jika anda telah menyelesaikan pembelian selama lebih daripada 30 hari sebelum tarikh anda meminta pembatalan dan bayaran balik

_ CD, DVD atau medium fizikal lain yang mengandungi salinan Penyelesaian yang kami bekalkan, kecuali medium fizikal tersebut adalah rosak

_ perkhidmatan yang telah kami laksanakan sepenuhnya sebelum tarikh anda meminta pembatalan dan bayaran balik

_ Penyelesaian dalam tempoh 6 bulan selepas anda telah menerima pembatalan dan bayaran balik untuk sebarang pembelian terdahulu bagi Penyelesaian yang sama

_ Penyelesaian VPN atau Penyelesaian komunikasi lain yang telah anda gunakan untuk memuat naik dan/atau memuat turun lebih daripada 10GB data secara teragregat, atau yang telah anda gunakan untuk menyambung ke VPN atau perkhidmatan komunikasi lain kami lebih daripada 100 kali 

_ Penyelesaian berkaitan yang telah anda langgar Perjanjian Lesen Pengguna Akhir kami

Penyelesaian Pertikaian (Pemastautin EU Sahaja). Jika anda seorang pengguna dan menetap di Kesatuan Eropah dan anda telah membeli langganan dan/atau Penyelesaian secara dalam talian daripada salah satu syarikat kami yang berpangkalan di Kesatuan Eropah, anda mungkin berhak untuk menangani sebarang pertikaian dengan kami melalui platform internet untuk penyelesaian pertikaian dalam talian yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Eropah ( Platform ODR).  Platform ODR bertujuan untuk memudahkan penyelesaian di luar mahkamah yang berkaitan dengan pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian antara pengguna dan pedagang yang berpangkalan di Kesatuan Eropah.  Anda boleh mendapatkan Platform ODR dengan mengikut pautan ini: http://ec.europa.eu/consumers/odr/.  Sila ambil perhatian bahawa Perjanjian Lesen Pengguna Akhir kami mengkehendaki anda untuk menghubungi kami terlebih dahulu dan memberi kami peluang untuk menyelesaikan isu anda, sebelum anda memulakan sebarang proses penyelesaian pertikaian.


Maklumat Berkaitan Dengan Produk Pengguna.

Isu

Avast

AVG

HMA!

CCleaner

Memasang Penyelesaian

https://www.avast.com/faq.php?article=AVKB1

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Download-and-install-AVG-AntiVirus-Internet-Security-or-Premium-Security

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Download-and-install-AVG-Protection

https://support.hidemyass.com/s/article/download-install-and-get-started-with-hma-vpn-version-5

https://piriform.zendesk.com/hc/en-us/articles/204043864-How-do-I-download-CCleaner

https://piriform.zendesk.com/hc/en-us/articles/204044234-Where-can-I-get-the-latest-versions-of-Piriform-products-

Mengaktifkan langganan saya

https://www.avast.com/faq.php?article=AVKB157

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Activate-AVG-AntiVirus-or-Internet-Security-with-a-new-license-number

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Activate-AVG-Zen-Protection-Performance-or-Ultimate

https://support.hidemyass.com/s/article/faq-on-activation-code

Saya telah memadam e-mel pengesahan/ invois saya

https://www.avast.com/faq.php?article=AVKB182#artTitle -

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Finding-your-Invoice-ID-and-Order-Number

https://piriform.zendesk.com/hc/en-us/articles/204044264-I-ve-lost-my-product-license-key

Membatalkan langganan saya

https://www.avast.com/faq.php?article=AVKB24#idt_0430

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Cancel-automatic-license-renewal

https://support.hidemyass.com/s/article/how-can-i-cancel-my-subscription

https://support.cleverbridge.com/hc/en-us/articles/204345588-How-do-I-cancel-my-subscription-

Menyahdayakan pelanjutan automatik untuk langganan saya

https://www.avast.com/faq.php?article=AVKB126#artTitle

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Cancel-automatic-license-renewal

https://support.hidemyass.com/s/article/how-can-i-cancel-my-subscription  -

https://support.cleverbridge.com/hc/en-us/articles/204345588-How-do-I-cancel-my-subscription-

Sokongan Pelanggan

https://www.avast.com/faq.php?article=AVKB266#idt_300

https://support.avg.com/SupportArticleView?urlName=Contacting-AVG-Customer-Care

https://support.hidemyass.com/

https://piriform.zendesk.com/hc/en-us/requests/new

Maklumat Berkaitan Dengan Produk Perniagaan. 

Avast Business

https://www.avast.com/en-us/business-support

AVG Business

https://support.avg.com/business?l=en

Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu