Di rumah, pejabat dan kebanyakan tempat di antaranya, Internet hampir sentiasa dapat dicapai.
Peranti, data dan manusia... Semuanya berhubung. Internet daripada komputer, tablet dan telefon telah diperluas hingga ke kereta, kunci pintu malah benda yang kita pakai.
Semua keperluan ini perlu dilindungi lebih daripada sebelumnya. Inilah sebabnya kami berusaha gigih untuk memberikan perisian keselamatan dan perkhidmatan untuk keluarga dan perniagaan.
Kami adalah perintis keselamatan, menawarkan pelbagai penyelesaian perlindungan, prestasi dan privasi untuk pengguna dan perniagaan. Kini, kami adalah sebahagian daripada keluarga Avast yang menerajui dunia dalam produk keselamatan digital, khusus untuk memastikan pengguna di seluruh dunia selamat.