Dapatkan keselamatan siber yang memenangi anugerah yang disokong oleh 30 tahun pengalaman dengan AVG AntiVirus Free

Penjana Kata Laluan Rawak

Bantu selamatkan akaun dalam talian anda dengan menjana kata laluan rawak yang kukuh secara automatik.

Cara mencipta kata laluan yang kukuh

Tambah kepanjangan

Tingkatkan keberkesanan kata laluan dengan menjadikannya lebih panjang. Kata laluan kukuh anda hendaklah sekurang-kurangnya 10 aksara.

Jadikannya rumit

Cipta kata laluan yang lebih kukuh dengan menggabungkan simbol, huruf dan nombor tetapi elakkan nama atau perkataan harian.

Pastikan ia satu-satunya yang unik

Pastikan anda mencipta kata laluan tersuai yang kukuh untuk setiap akaun dalam talian untuk bantu melindungi setiap akaun daripada akses yang tidak dibenarkan.

Soalan lazim penjana kata laluan anda telah dijawab

Jika anda ada soalan tentang penjana kata laluan rawak kami, bantuan tersedia di bawah!

Adakah selamat menggunakan Penjana Kata Laluan AVG?

Ya. Penjana Kata Laluan Rawak AVG kami mencampurkan data untuk mencipta kata laluan unik yang terdiri daripada huruf, simbol dan nombor. Yakinlah, kata laluan peribadi anda akan kekal sulit, tersembunyi daripada pandangan kami pada setiap masa.

Bagaimanakah penjana kata laluan memberi manfaat kepada saya?

Penjana kata laluan seperti kami memberi manfaat dengan meningkatkan keselamatan dalam talian anda. Sesetengah algoritma komputer boleh meneka kata laluan biasa dalam beberapa saat, dan penggodam yang canggih boleh mengakses teknologi ini dengan mudah. Walau bagaimanapun, alat kami menawarkan perlindungan tambahan. Bagaimanakah ia berfungsi? Ia menjana kata laluan yang unik dan selamat dengan memanfaatkan data rawak, membantu anda memperdaya penjenayah siber dan alat pemecah kata laluan mereka.

Hasilnya, anda boleh mengelakkan risiko mencipta kata laluan yang mudah diteka, yang boleh membantu meningkatkan keselamatan akaun dan perkhidmatan dalam talian yang anda gunakan. Selain itu, kami tidak menyimpan sebarang data yang anda kongsi melalui penjana kata laluan kami. Sebaliknya, kami menggunakan fungsi matematik setempat pada peranti anda untuk menjana kata laluan rawak yang kukuh untuk anda.

Mengapakah saya memerlukan kata laluan tersuai terlebih dahulu untuk setiap akaun dalam talian?

Mengekalkan kata laluan yang unik dan kukuh untuk setiap akaun dalam talian yang anda miliki akan membantu meningkatkan keselamatan dalam talian anda. Mengapakah perkara ini terjadi? Jika salah satu kata laluan anda jatuh ke tangan yang salah disebabkan pelanggaran data yang memberi kesan kepada salah satu akaun dalam talian anda, mempunyai kata laluan yang sama untuk lebih daripada satu log masuk tapak web boleh menjadi sesuatu yang sangat buruk.. Mencipta kata laluan individu untuk setiap akaun dalam talian seperti memerlukan banyak usaha. Tetapi penjana kata laluan kami membantu memudahkan perkara ini dengan menjana kata laluan yang berbeza dan selamat secara automatik untuk anda. Lebih baik lagi, ia dilakukan tanpa menyimpan data kata laluan anda di tapak web kami.

Apakah 10 kata laluan yang paling lemah?

Daripada penggunaan perkataan "kata laluan" dan banyak lagi, berikut ialah senarai sepuluh pesalah terburuk kami.

  • Qwerty
  • 123456
  • 123456789
  • Letmein
  • 1234567
  • Bola sepak
  • sayasayangawak
  • Kata laluan
  • 12345678
  • 12345
  • Rentetan nombor, perkataan atau frasa yang mudah diteka ialah pilihan kata laluan yang lemah, terutamanya apabila penjenayah siber mempunyai akses kepada algoritma yang menggunakan berbilion-bilion pengiraan sesaat untuk memecahkan kata laluan anda. Namun ia juga berkaitan dengan masalah yang lebih luas iaitu minda manusia sangat teruk dalam mencipta kata laluan unik yang boleh menipu mesin, yang boleh menghuraikan dan mengatur data dengan lebih cepat.

    Untuk membantu melindungi diri anda, gunakan penjana kata laluan kami untuk mencipta kata laluan yang lebih selamat dan unik. Jangan lupa untuk menanda halaman ini juga, supaya anda boleh menjana lebih banyak kata laluan pada masa hadapan.

    Apakah penjana kata laluan yang terbaik?

    Penjana kata laluan yang ideal seharusnya dapat menghasilkan kerawakan dan sukar diramal dalam data untuk membantu menyediakan kata laluan yang benar-benar selamat dan unik. Yakinlah bahawa inilah yang kami berjaya capai dengan alat AVG kami untuk tujuan ini. Selain itu, kami membiarkan komputer anda mengambil bahagian sebagai penjana kata laluan itu sendiri dan tidak menyimpan sebarang maklumat tentang kata laluan yang anda buat di tapak kami.

    Organisasi kami terkenal dengan komitmennya terhadap keselamatan dan keselamatan dalam talian anda. Ia merupakan tumpuan yang membantu membezakan kami dalam hal menyokong keselamatan siber dalam talian anda, walaupun semasa menjana kata laluan secara automatik.

    Apakah yang anda perlukan untuk mencipta kata laluan yang kukuh?

    Jika anda mahukan kata laluan yang berkesan, anda perlu menjana kata laluan rawak menggunakan entropi matematik. Pendek kata, anda mahukan kata laluan yang mempunyai tahap ketaksekataan yang tinggi yang mengelakkan sebanyak mungkin corak yang mudah diteka. Kata laluan yang terdiri daripada koleksi aksara rawak bukan sahaja lebih sukar untuk diteka oleh manusia — ia juga lebih sukar buat algoritma komputer yang mungkin digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuba dan memecahkan salah satu kata laluan anda. Cuba penjana kata laluan percuma kami hari ini yang dikuasakan oleh entropi matematik untuk membantu memastikan diri anda lebih selamat dalam talian.

    Bagaimanakah saya boleh menjadikan kata laluan saya rawak?

    Untuk menjadikan kata laluan anda rawak dan kukuh, ikuti garis panduan ini:

    1. Gunakan tahap ketaksekataan yang tinggi: Apa yang kami maksudkan ini ialah elakkan nombor atau pola perkataan yang mudah diteka. Cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan penjana kata laluan automatik seperti kami.

    2. Menerima had input anda sendiri: Memandangkan anda berada di sini, ini bermakna anda bijak, tetapi anda mungkin belum cukup bijak untuk mencipta kata laluan yang benar-benar kukuh. Anda memerlukan kuasa percampuran data penjana kata laluan. Pengaruh manusia sahaja tidak mencukupi.

    3. Menggunakan data rawak: Ringkasnya, anda memerlukan kuasa pengkomputeran di belakang anda jika anda mahu bantuan mencipta kata laluan yang benar-benar unik dan tahan terhadap pengesanan corak. Alat seperti kepunyaan kami yang boleh menjana kata laluan secara automatik daripada data yang dicampur adalah sesuai untuk cara ini, dan berita baiknya ialah anda biasanya hanya memerlukan komputer peribadi dan sambungan Internet untuk menggunakannya.

    4. Menggunakan alatak penjana kata laluan: Berdasarkan apa yang telah kami nyatakan, ia tidaklah mengejutkan anda bahawa alatan seperti kepunyaan kami adalah cara terbaik untuk menjana kata laluan rawak.

    Bolehkah seseorang menggodam penjana kata laluan?

    Ya. Ada kemungkinan seseorang menggodam penjana kata laluan, terutamanya jika ia tidak benar-benar selamat. Penjenayah siber mungkin boleh menggunakan kaedah penyahsulitan pada tapak penjanaan kata laluan yang terdedah untuk mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda. Untuk membantu melindungi diri anda, sentiasa gunakan alatan dalam talian daripada jenama terkenal seperti AVG. Alat penjana kata laluan kami menggunakan algoritma keselamatan yang berfikiran ke hadapan dan mendapat kemas kini tetap supaya kami dapat mengetahui kaedah penggodaman yang baru muncul.

    Kami menyediakan ruang dalam talian yang ringkas dan percuma untuk anda mencipta kata laluan yang benar-benar unik. Kata laluan ini boleh memberikan keselamatan tambahan untuk akaun dalam talian yang anda kerap log masuk. Selain itu, kami menggunakan komputer peribadi anda untuk menjana kata laluan ini di tapak kami tanpa berkongsi maklumat tentang kata laluan ini melalui Internet atau menyimpannya. Bagi anda, perkara ini sangat mengurangkan risiko anda menjadi mangsa pelanggaran data jika menggunakan penjana kata laluan rawak seperti kepunyaan kami.

    Adakah mungkin untuk menyimpan kata laluan dengan selamat?

    Ya, anda boleh. Terdapat beberapa pilihan storan selamat di luar sana yang berguna memandangkan untuk mengingati berbilang kata laluan sekali gus boleh menjadi satu cabaran. Anda boleh mengunci senarai kata laluan pada peranti USB biometrik yang memerlukan cap jari anda, tetapi ia dtidak akan menghalang seseorang daripada memaksa anda membuka kunci peranti untuk manfaat mereka sendiri dengan meletakkan anda dalam situasi yang sukar.

    Mungkin perkara terbaik yang boleh kami cadangkan ialah menggunakan pengurus kata laluan yang bereputasi untuk menyulitkan dan melindungi kata laluan anda di satu tempat. Pada masa yang sama anda akan mengurangkan beban untuk menghafal setiap satu kata laluan sambil membantu melindungi data sensitif anda. Lebih baik mengelak daripada berkongsi kata laluan dengan orang lain dan mengelakkan tapak web yang mencurigakan.

    Bagaimanakah anda membuat kata laluan selamat?

    Kata laluan yang kukuh hendaklah sekurang-kurangnya 16 aksara panjang dan terdiri daripada gabungan simbol, nombor dan huruf kecil serta huruf besar. Terdapat juga perkara lain yang boleh anda lakukan. Sebagai contoh, jangan simpan kata laluan dalam pelayar web pilihan anda sekiranya komputer anda digodam. Walau bagaimanapun, idea berguna ini tidak seharusnya mengalihkan perhatian anda daripada fakta bahawa adalah sangat penting untuk mencipta kata laluan yang panjang, unik dan individual untuk setiap akaun dalam talian yang digunakan.

    Penjana kata laluan AVG kami memudahkan perkara ini. Ia membantu anda mencipta kata laluan tersuai yang selamat dengan meminjam beberapa kuasa pengkomputeran peranti anda untuk berbuat demikian. Lebih baik lagi, kami tidak berkongsi atau menyimpan sebarang maklumat tentang kata laluan yang dicipta di tapak kami untuk membantu memastikan keselamatan siber dalam talian anda.

    Chrome browser logo

    AVG mengesyorkan anda menggunakan
    pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.