Alat ujian profesional kami, PC Mark 8®, melakukan siri ujian seperti sembang video, pelayaran web dan menyunting foto sehingga bateri habis digunakan. Keputusannya sungguh menakjubkan.
Sony Vaio: Hayat bateri tidak dapat melepasi tanda 2 jam pada komputer riba Sony yang lama. Selepas kami menggunakan Mod Ekonomi & Mod Pesawat, komputer riba itu bertahan lebih daripada 3 1/2 jam.
HP Spectre x360: Keputusan yang sama dapat dilihat pada HP ultrabook yang melihatkan peningkatan daripada hampir 3 1/2 jam kepada 5 jam. Agak bagus dengan hanya melakukan tindakan menekan 2 butang dalam AVG PC TuneUp.
Jika anda gemar menonton filem atau rancangan TV sewaktu menghabiskan masa yang lama dalam penerbangan atau tren, hayat bateri merupakan keutamaan anda. Terima kasih kepada gabungan keupayaan penjimatan kuasa Mod Ekonomi dan Mod Pesawat, hayat bateri dapat ditingkatkan dengan ketara.
Sony Vaio 2011: Selepas semua ciri Sony Vaio yang banyak menggunakan kuasa dimatikan menggunakan AVG PC TuneUp, hayat bateri meningkat daripada bertahan selama 2 jam lebih kepada 4 1/2 jam: Tenaga tambahan itu cukup untuk menonton satu filem blockbuster Hollywood.
HP Spectre x360: Peranti ini lebih mengagumkan. Nampaknya semua aktiviti latar belakang dan pengurusan kuasa lalai Windows menghabiskan bateri selepas selama kira-kira 4 1/2 jam. Tetapi selepas semua ini dibetulkan dengan AVG, kami melihat peningkatan hayat bateri melebihi dua kali ganda kepada hampir 10 jam.
Kami melakukan ujian pada PC desktop yang berusia 7 tahun & ultrabook baharu, kedua-duanya dimuatkan dengan 200 perisian yang paling popular. Untuk melihat semua ujian, prosedur dan cara kami mengoptimumkan sistem ini, baca kertas putih kami di sini.
Tala dan bersihkan semua peranti anda
RM 129.00