5 Cara untuk Membetulkan Masalah PC & Meningkatkan Prestasi

Mengalami ralat fail, kehilangan fail, skrin biru atau masalah PC lain yang biasa? Jangan bazirkan wang di kedai membaiki PC yang mahal. Cuba AVG TuneUp!

AVG TuneUp baharu membetulkan tetapan PC yang salah, kelemahan, isu kestabilan dan cerutan prestasi yang lain. Berikut terdapat 5 cara AVG TuneUp boleh membantu anda:

Award, Softonic Imprescindible
Award CNET Editors' Rating Outstanding, color
Award Editor's Review EXCELLENT Softpedia

 LANGKAH 1 

Jalankan Penyelenggaraan 1 Klik

Penyelenggaraan

Perkara pertama didahulukan: semak kesihatan keseluruhan PC anda. Selepas anda memasang AVG TuneUp dan melancarkan produk "AVG PC TuneUp", anda akan melihat skrin Penyelenggaraan 1 Klik kami yang membolehkan anda menjalankan beberapa penalaan paling penting dengan cepat seperti membersihkan saki-baki fail dan jejak pelayar serta membaiki ralat daftaran.

 
 
 

 LANGKAH 2 

Semak pemacu, tetapan keselamatan dan Windows® untuk mengesan ralat

Betulkan Masalah

AVG TuneUp melakukan kira-kira 200 semakan pada pemacu, tetapan Windows, keselamatan, privasi, ruang cakera keras dan Kemas Kini Windows, kemudian memaparkan keputusannya secara automatik dalam wizard Betulkan Masalah. Penyelesaian dalam beberapa klik. Anda akan menemui wizard di bawah Betulkan Masalah dan Betulkan masalah biasa.

 
 
 

 LANGKAH 3 

Jalankan Repair Wizard kami

Repair Wizard (seperti di atas) membetulkan kebanyakan masalah Windows. Ciri ini berupaya memulihkan pustaka dynamic-link yang paling penting (DLL) dalam Windows supaya masalah dengan Windows Updater atau program yang salah dipasang boleh dibetulkan dalam masa beberapa saat. Jika ikon desktop dipaparkan dengan salah, AVG TuneUp akan mengedit daftaran Windows untuk anda dan memastikan ikon ini dipaparkan dengan betul.

 
 
 

 LANGKAH 4 

Pulihkan fail yang hilang atau rosak

UI dengan AVG Undelete

Op! Pernahkah anda menghapuskan fail yang bernilai secara tidak sengaja seperti gambar kegemaran anda, laporan yang anda usahakan selama berbulan-bulan atau dokumen perniagaan yang penting? Jangan belanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan perkhidmatan pemulihan profesional. Cuma gunakan ciri Undelete kami, disertakan dalam AVG TuneUp.

Undelete membantu anda memulihkan fail dan folder yang dihapuskan secara tidak sengaja atau terhapus secara misteri, termasuk yang telah dipadamkan daripada Tong Kitar Semula mahupun imej yang dihapuskan sebelum ini daripada kad memori kamera digital anda!

 
 
 

 LANGKAH 5 

Semak cakera anda untuk mencari ralat

UI Mengimbas Pemacu

Kerosakan perkakasan, gangguan bekalan kuasa dan masalah lain boleh menyebabkan ralat sistem fail yang akan menjurus kepada isu keutuhan dan masalah mengakses fail. Disk Doctor, sebahagian daripada AVG TuneUp menyelesaikan masalah ini dengan menyemak kawasan sistem fail berikut dengan teliti:

Sektor cakera: Semua sektor yang mengandungi data disemak dan dibetulkan jika sebarang ralat ditemui.

Struktur fail dan folder: Kandungan dan struktur fail serta folder disemak.

Indeks: Penunjuk fail dan folder yang rosak disemak dan dipaut semula jika perlu.

Pemerihal keselamatan: Pemerihal keselamatan NTFS yang rosak yang boleh membenarkan akses tanpa kebenaran atau menghalang akses ke fail dan folder disemak dan dibetulkan.

Halang kehilangan data dan isu keutuhan hari ini! Gunakan AVG Disk Doctor untuk mengimbas cakera keras anda bagi mengesan potensi ralat sistem fail dan membaikinya serta-merta. Cubalah sekarang:

Dipercayai pakar. Digemari pengguna.

Award 10 top ten reviews, blue black and white, 191 x 78 px
Computer Bild - Test-Sieger
Award bn, blue and white, 62 x 78 px
Award Thetechhacker Editor's Choice, color
Award PC Magazin Gesamtnote GUT December 2013
Award TG Review Tech Gadget Review!

B. Steverink

Saya baru sahaja membeli komputer riba beberapa hari lalu dan seperti yang dijangka: penuh diprapasang dengan aplikasi yang tidak berguna [...] Perkara pertama yang saya lakukan ialah memasang gabungan berbisa kegemaran saya: AVG Internet Security dan AVG PC TuneUp. Terasa perbezaan kelajuan dan kestabilannya hampir serta-merta! Selepas membuat beberapa penyesuaian, komputer saya berjalan pada kelajuan tinggi.

Anthony Drury

PC TuneUp hebat! Semua perkara dilakukannya - menjadikan komputer benar-benar laju dan sememangnya pembersih terbaik yang ada. Syabas, AVG.

Gerardo Tosca

Sejak saya memasang PC TuneUp, permainan saya berjalan dengan lebih pantas.

Rolf Schmidtke

Produk ini memang handal, memang berfungsi. Perniagaan anda benar-benar boleh dipercayai. Terima kasih!

Luther Stewart JR.

AVG PC Tune Up ialah satu-satunya cara. Mengekalkan komputer saya dalam keadaan baik dan berjalan dengan lancar ialah segala-galanya.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu