Keutamaan Privasi

Bagaimanakah cara hendak memilih untuk tidak ikut serta?

AVG TIDAK berkongsi sebarang data bukan peribadi yang dikumpulkan daripada mana-mana aplikasi kami pada masa ini. Jika kami mula berkongsi data bukan peribadi yang dikumpulkan daripada aplikasi PERCUMA kami, anda akan dapat memilih dalam aplikasi itu sendiri sama ada hendak ikut serta atau tidak dengan menetapkan pilihan perkongsian anda sendiri. Jika tiada opsyen tersedia, maka anda boleh yakin bahawa kami tidak berkongsi sebarang data bukan peribadi dengan pihak ketiga.

Kami akan mengemas kini laman ini dan memberikan arahan yang jelas kepada anda tentang cara untuk menetapkan pilihan privasi anda sebelum bermulanya sebarang perkongsian.

Perkhidmatan Pihak Ketiga

Perkhidmatan pihak ketiga tertentu, seperti Google Analytics, yang digunakan dalam produk kami memberikan pilihan untuk tidak ikut serta bagi penjejakan dan analisis. Sila klik di sini untuk mendapatkan butiran tentang cara menukar pilihan ini.

E-mel

Bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan AVG secara berterusan, serta pengalaman anda menggunakannya, kami akan menghantar beberapa jenis e-mel secara berkala.

Kami bekerja keras untuk menjadikan e-mel ini paling berguna dan relevan kepada anda, oleh itu, kami pisahkan mel ini kepada beberapa kategori khusus (peringatan produk, berita dan petua, tawaran istimewa, dsb.).

Kami tidak akan sekali-kali menjual atau berkongsi alamat e-mel anda dengan pihak ketiga.

Sekiranya anda ingin berhenti melanggan daripada mana-mana (atau semua) kategori e-mel anda, anda boleh berbuat demikian dengan mengemas kini keutamaan e-mel AVG anda. Pilihan-pilihan yang tersedia untuk ini dihuraikan di bawah. 

Sila ambil perhatian: Sejumlah kecil e-mel berkaitan akaun AVG tidak boleh dihentikan langganan kerana ia dicetuskan oleh tindakan di pihak anda. Ini termasuk pengesahan dan resit pembelian, permintaan tetapan semula kata laluan dan jawapan terus daripada pasukan Khidmat Pelanggan kami.

My Account

Jika anda mempunyai AVG MyAccount, anda boleh mengubah keutamaan e-mel anda dengan memilih 'Profil Saya' dalam bar menu:

My Account

Nyahtandai kotak 'Maklumkan saya' dan klik 'Simpan Perubahan'. 

Dan jika anda ingin melanggan semula pada bila-bila masa, hanya tandakan kotak 'Maklumkan saya' sebelum menyimpan perubahan sekali lagi.

Maklumkan saya

Dalam e-mel

Anda boleh berhenti melanggan daripada e-mel AVG dengan mengklik pautan yang disertakan dalam pengaki mesej yang diterima:

Surat Berita E-mel

Pautan akan membawa anda ke halaman di mana anda boleh memilih kategori (atau kategori-kategori) e-mel yang anda ingin hentikan langganan. Klik 'BERHENTI MELANGGAN' untuk mengesahkan.

Berhenti melanggan
Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu