AVG Online Security

Pelayaran tanpa kebimbangan di hujung jari anda – sambungan pelayar kami memastikan tiada perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada anda atau data anda.

Tersedia hanya di desktop.

Elakkan tapak pemancingan data

Melindungi anda daripada serangan pemancingan data dan tapak yang dijangkiti perisian hasad sebelum terlambat.

Layari dengan selamat

Penyemak tapak web palsu kami memberitahu anda jika tapak web dianggap tidak boleh dipercayai oleh komuniti kami yang terdiri daripada 435 juta orang pengguna.

Lindungi data peribadi anda

Menghalang tapak web daripada mengerumuni data peribadi anda dan kuki daripada menjejak aktiviti dalam talian anda.

Keselamatan yang mudah dan percuma untuk pelayar anda

AVG Online Security menawarkan perlindungan pelayar web sepenuhnya dengan menyemak setiap tapak web yang anda lawati, daripada Facebook hingga perbankan dalam talian, supaya anda dapat melayari dengan selamat dan terjamin. Dengan komuniti lebih daripada 435 juta orang pengguna, kami dapat memberitahu anda dengan segera apabila ada sesuatu yang tidak betul. Layari web tanpa rasa takut dengan AVG Online Security melindungi anda.

Pemalam pelayar yang melindungi sepanjang masa

  • Tambahkan sambungan AVG Online Security

    Tambahkan sambungan AVG Online Security pada pelayar anda untuk pengalaman dalam talian yang lebih selamat. Pemalam pelayar kami berfungsi dengan lancar di latar belakang.

  • Ingin menyemak ranking keselamatan dan reputasi tapak web?

    Semak penilaian sebarang tapak web dengan mudah hanya dengan menuding di atas pautan dan menilai sendiri tapak web menggunakan tanda suka atau tidak suka. Mudah.