Langkah 1
Muat turun, pasang dan bersedia untuk menala PC anda.
Muat turun AVG TuneUp di sini. Kemudian, klik fail yang dimuat turun untuk memasang AVG PC TuneUp®.
Selepas melancarkan PC TuneUp, anda akan dialu-alukan dengan skrin aluan. Anda boleh melangkau imbasan untuk pergi ke papan pemuka utama.
Apabila tiba di sana, klik pada jubin Lajukan untuk mula melajukan PC anda.
Langkah 2
Jika PC anda sering sibuk melakukan sesuatu walaupun ketika anda tidak melakukannya atau anda mendapat banyak petua belon yang menyakitkan hati, maka sudah tiba masanya untuk meletakkan program latar belakang dalam mod “tunggu sedia” dengan Program Deactivator.
PC, baharu atau lama pasti menghadapi satu kenyataan sebenar: Lebih banyak program yang digunakan, PC akan menjadi lebih perlahan.
Ini penyelesaiannya: AVG TuneUp kami keluaran tahun 2017 didatangkan dengan penghasilan semula teknologi “Programs-On-Demand” yang telah dipatenkan. Program ini meletakkan program yang banyak menggunakan sumber ke dalam Mod Tidur pintar dan mengurangkan impaknya terhadap prestasi PC, hayat bateri, rangkaian dan storan kepada hampir sifar.
Langkah 3
Program bukan satu-satunya perkara yang melambatkan PC anda. Windows mempunyai banyak bahagian yang tersembunyi yang sering memerlukan sumber PC anda yang berharga. Menggunakan Mod Turbo boleh menghentikan ciri Windows daripada memperlahankan PC anda.
Pada papan pemuka utama, klik pada butang Mod Turbo (ikon tolok) di penjuru bawah sebelah kiri.
Anda akan ditanya beberapa soalan mudah mengenai item yang hendak dimatikan. Anda boleh juga memilih untuk menetapkan Mod Turbo supaya dihidupkan sentiasa atau hanya semasa anda memerlukan sedikit kuasa tambahan.
PETUA! Jika anda tidak tahu fungsi sesetengah ciri ini, tuding di atas setiap ikon untuk mendapatkan penerangan terperinci.
Mode Turbo
Mematikan lebih daripada 70 ciri yang sukar dicari & sering tidak diperlukan dalam Windows® seperti perkongsian Media Player, pengecaman pen atau proses bantuan jauh.
Ia benar-benar alat terbaik untuk prestasi yang lebih daripada biasa semasa mereka, menyunting video, bermain atau melakukan pengaturcaraan sama ada anda menggunakan Windows 10, 8, 7, Vista, XP SP3.
PC anda seharusnya berjalan dengan lebih laju.
Tala dan bersihkan semua peranti anda
RM 129.00