Sila maklum bahawa mulai 21 Januari 2008, nama korporat Grisoft, s.r.o. telah bertukar menjadi AVG Technologies CZ, s.r.o. (“AVG Technologies”). Ini merupakan pertukaran nama sahaja: semua pautan, rujukan, obligasi undang-undang, kontraktual dan privasi Grisoft, s.r.o. akan terus kekal.
Laman web ini diselenggarakan oleh AVG Technologies di Brno, Republik Czech. AVG Technologies juga merupakan pengumpul data. Data pengguna akhir mungkin dianggap maklumat peribadi menurut Akta Czech no. 101/2000 Coll. berkenaan dengan perlindungan maklumat peribadi, seperti yang dipinda (kemudian daripada ini disebut "Akta"). Dasar Privasi berikut menerangkan amalan privasi AVG Technologies yang mematuhi Akta tersebut dan undang-undang yang diguna pakai lain.
Dasar Privasi
Tarikh Kuat Kuasa: 2009-05-26
Kemas Kini Terakhir: 2009-05-26
Dasar Privasi ini menerangkan amalan privasi kami berkaitan dengan maklumat yang kami kumpul tentang pelanggan dan pelawat kami yang (1) menggunakan, menyemak imbas, mencari tawaran terbaik di mana-mana laman Web AVG Technologies, termasuk laman web serantau kami (dirujuk secara kolektif sebagai “Laman kami”) untuk membuat pembelian atau mendapatkan muat turun percuma dan (2) mendaftar untuk menggunakan Laman kami. Jika amalan privasi yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini berkonflik atau bercanggah dengan terma-terma perjanjian kontraktual peribadi yang anda buat dengan AVG Technologies, seperti Perjanjian Lesen Pengguna Akhir, terma-terma kontraktual peribadi akan diutamakan.
Komitmen kepada Privasi
Sebagai pengeluar perisian keselamatan, AVG Technologies tahu bahawa anda mengambil berat tentang cara maklumat anda digunakan dan dikongsi. Kami menghormati hak privasi anda. Kemampuan anda untuk membuat pilihan termaklum tentang penggunaan maklumat anda adalah penting bagi kami. Kami mahu memastikan bahawa anda memahami jenis maklumat yang kami kumpul tentang anda, cara ia digunakan dan pelindung yang kami gunakan untuk melindunginya. Dasar Privasi ini menjelaskan dasar kami berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan perlindungan ke atas maklumat peribadi yang anda kongsi dengan kami.
Apakah Maklumat Yang Dikumpul Oleh AVG Technologies?
Jenis maklumat yang kami kumpul dan kekalkan adalah bergantung pada interaksi anda dengan Laman kami. Di sini adalah gambaran keseluruhan yang ringkas bagi dua jenis interaksi utama.
1. Maklumat Yang Anda Berikan Kepada Kami. Kami mengumpul maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi yang anda berikan kepada kami di Laman kami, termasuk nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon anda, serta maklumat akaun anda jika anda membayar dengan menggunakan kad kredit apabila anda:
- Mencipta akaun pengguna, membuat pesanan, mendaftarkan produk (maklumat yang kami kumpul adalah perlu untuk melengkapkan urus niaga dan supaya kami boleh memaklumkan anda tentang produk dan perkhidmatan AVG Technologies, seperti nama, nama keluarga, alamat e-mel dan negara anda).
- Meminta sokongan produk atau perkhidmatan lain (maklumat yang kami kumpul adalah perlu untuk membekalkan sokongan dan menjawab pertanyaan seperti nama dan alamat anda serta maklumat tentang perkakasan dan perisian (termasuk Nombor Lesen anda) komputer anda, serta sifat masalah yang anda alami).
- Menyertai kaji selidik (maklumat yang kami kumpul mungkin termasuk maklumat demografi seperti umur, jantina dan bilangan ahli isi rumah).
Anda memiliki keputusan muktamad sama ada untuk meneruskan atau tidak meneruskan sebarang aktiviti yang meminta maklumat peribadi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak ingin membekalkan maklumat yang diperlukan untuk suatu urus niaga, anda mungkin tidak dapat melengkapkannya.
2. Maklumat Yang Dikumpul dan Disimpan Secara Automatik. Apabila anda berinteraksi dengan AVG Technologies, kami mungkin mengekalkan rekod bagi jenis maklumat berikut.
- Alamat Protokol Internet ("IP") anda atau maklumat teknikal lain seperti laman web rujukan, jika ada, dan laluan yang anda ambil melalui Laman AVG Technologies apabila anda melawat kami dalam talian.
- Tarikh dan masa, alamat Internet laman web yang anda gunakan untuk menghubungkan secara terus ke laman web kami.
- Nama fail atau perkataan yang anda cari dan pelayar yang anda gunakan untuk mencapai laman web kami.
Maklumat yang dikumpul dan disimpan secara automatik oleh Laman kami digunakan untuk mengira bilangan pelawat ke pelbagai bahagian Laman kami dan untuk mengenal pasti prestasi sistem atau bagi isu pelayan. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu kami mengembangkan liputan Laman kami dan untuk menjadikan Laman kami lebih berguna. Maklumat ini tidak dihubungkan oleh kami kepada maklumat yang dapat mengenal pasti pengguna secara peribadi dan kami tidak mendedahkan ini dalam bentuk yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi, kecuali dalam keadaan yang memerlukan kami membekalkan alamat IP kepada pemproses kad kredit tertentu berkaitan dengan pemprosesan urus niaga kad kredit anda. Anda mungkin mahu menghubungi pengeluar kad kredit anda untuk bertanya apa-apa soalan berkenaan dengan maklumat urus niaga yang mereka perlukan.
Adakah Kami Menggunakan Kuki?
“Kuki” adalah cebisan maklumat unik kecil yang dihantar oleh laman web dan disimpan dalam cakera keras komputer anda oleh pelayar web anda. Kuki membolehkan laman web menyesuaikan maklumat yang dikemukakan kepada anda berdasarkan pilihan menyemak imbas anda. AVG Technologies menggunakan kuki untuk memperibadikan halaman anda di Laman kami apabila anda meminta perkhidmatan dan sokongan atau untuk mengingati anda apabila anda mendaftar bagi produk atau perkhidmatan.
AVG Technologies juga mungkin menggunakan kuki untuk menjejak lawatan anda ke Laman kami. Walaupun pelayan web kami mungkin mencatat alamat IP anda secara automatik, jenis maklumat yang kami kumpul adalah berkaitan dengan cara anda melayari, menyemak imbas dan membeli di Laman kami. Maklumat ini tidak dapat mengenal pasti pengguna secara peribadi dan kami tidak menghubungkaitkan maklumat ini dengan maklumat peribadi anda.
Jika anda tidak mahu kami menyimpan maklumat ini atau jika anda menggunakan komputer awam, bahagian “Help” pada bar alat dalam kebanyakan pelayar akan memberitahu anda cara menghalang pelayar anda daripada menerima kuki baru, cara membuatkan pelayar memberitahu anda apabila anda menerima kuki baru atau cara melumpuhkan kuki sama sekali. Walau bagaimanapun, menolak kuki mungkin mempengaruhi kemampuan anda untuk menggunakan sesetengah produk dan/atau perkhidmatan di Laman kami.
Bagaimanakah Kami Menggunakan Maklumat Yang Kami Kumpul?
Maklumat peribadi yang kami kumpul pada umumnya digunakan untuk memproses permintaan dan urus niaga anda, membekalkan anda dengan perkhidmatan berkualiti tinggi, memberitahu anda tentang peluang yang kami rasa akan menarik minat anda, menyesuaikan pengalaman anda di Laman kami dan memahami keperluan anda supaya kami boleh membekalkan anda dengan produk dan perkhidmatan yang paling sesuai. Contohnya, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami:
- Membekalkan anda dengan maklumat tentang amaran virus, peningkatan produk, produk baru, perkhidmatan, penyelidikan ke atas idea atau perbaikan masa depan;
- Menghantar surat berita, e-mel informatif atau maklumat lain yang mempunyai sifat pengumuman perniagaan. AVG Technologies berhak menggunakan maklumat hubungan pelanggan untuk menghantar maklumat kepada mereka yang dianggap penting bagi penggunaan sepenuhnya ke atas produk dan perkhidmatannya. Setiap pelanggan berdaftar boleh memilih untuk tidak menerima maklumat sedemikian daripada AVG Technologies dengan cuma membalas sebarang mesej yang mempunyai lebih kurang begitu maksudnya dan menulis perkataan “berhenti melanggan” dalam baris perkara (dengan pengecualian bagi mesej yang perlu untuk kefungsian produk dan perkhidmatan kami);
- Mencipta kandungan yang berkaitan dengan anda;
- Membekalkan anda dengan tawaran istimewa yang mungkin menarik minat anda;
- Membantu kami mencipta produk dan perkhidmatan tersuai yang lebih baik demi memenuhi keperluan anda;
- Membenarkan anda membeli dan memuat turun produk, memperoleh capaian kepada perkhidmatan atau sebaliknya melibatkan diri dalam aktiviti yang anda pilih;
- Membantu anda mencari perisian, perkhidmatan atau maklumat produk yang penting bagi anda dengan cepat;
- Membenarkan anda menyertai dalam ciri-ciri interaktif perkhidmatan kami apabila anda memilih untuk berbuat demikian; dan
- Memberitahu anda tentang perubahan dalam perkhidmatan kami.
Dengan Siapakah Kami Berkongsi Maklumat Anda?
Pejabat AVG Technologies Di Seluruh Dunia
Memandangkan AVG Technologies merupakan sebuah syarikat global, kami membekalkan maklumat tentang pengguna produk AVG Technologies kepada pejabat kami di seluruh dunia (subsidiari dan anggota gabungannya) yang disenaraikan di www.avg.com/contacts Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin boleh dicapai oleh pejabat-pejabat AVG Technologies ini bagi tujuan pemasaran dan pengurusan hubungan pelanggan.
Pihak Ketiga
AVG Technologies tidak menjual atau menyewakan maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi kepada pihak ketiga. Di bawah sesetengah keadaan dan dari semasa ke semasa, AVG Technologies mungkin berkongsi maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi dengan pihak ketiga seperti yang ditetapkan di bawah. Dalam keadaan sedemikian, kami hanya membekalkan maklumat yang perlu untuk melaksanakan fungsi atau menyediakan perkhidmatan yang telah dikongsi. Pihak ketiga ini dikehendaki untuk merahsiakan maklumat tersebut dan tidak dibenar menggunakan maklumat peribadi yang dibekalkan oleh kami bagi apa-apa tujuan, kecuali diberi kuasa oleh AVG Technologies.
AVG Technologies mungkin berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga seperti:
- Pembekal Perkhidmatan: Kami mungkin berkongsi maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi dengan pembekal perkhidmatan yang boleh dipercayai yang membekalkan perkhidmatan pengendalian atau perkhidmatan sokongan lain kepada Pelanggan kami atau pembekal perkhidmatan yang melaksanakan sesetengah fungsi bagi pihak kami. Contohnya pembekal yang memenuhi pesanan, mengirim produk, memproses urus niaga (termasuk urus niaga kad kredit), mengedar e-mel, menjalankan penyelidikan atau analisis statistik atau menyediakan bantuan pemasaran lain. Ia mungkin perlu untuk berkongsi maklumat peribadi pengguna dengan pembekal perkhidmatan ini bagi membenarkan mereka membekalkan perkhidmatan mereka. Anda berhak untuk tidak memberikan maklumat yang diminta tetapi dalam keadaan sedemikian, anda mungkin tidak dapat menerima perkhidmatan ini. Pembekal perkhidmatan itu akan dibenarkan untuk memperoleh hanya maklumat peribadi yang mereka perlu bagi menyediakan perkhidmatan dan kami menghendaki agar mereka menyimpan maklumat peribadi pelanggan kami dengan selamat dan sulit serta mematuhi Akta tersebut dan semua undang-undang yang diguna pakai lain. Kami juga menghendaki agar kontraktor ini menggunakan maklumat peribadi pelanggan kami hanya bagi pihak AVG Technologies dan tidak mendedahkannya kepada pihak ketiga atau menggunakannya bagi apa-apa tujuan lain.
- Rakan Kongsi, Pengedar dan Penjual Semula Tempatan: Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda seperti hubungan e-mel anda dengan rakan kongsi, pengedar dan penjual semula AVG Technologies tempatan terpilih supaya mereka boleh menghubungi anda sama ada bagi pihak kami atau bagi mereka sendiri tentang produk, perkhidmatan atau tawaran kami yang kami percaya adalah penting bagi anda atau perniagaan anda dan untuk membekalkan anda dengan sokongan teknikal dan pelanggan tempatan.
- Pendedahan Lain: Kami mungkin berkongsi maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi jika kami percaya secara suci hati bahawa pendedahan sedemikian adalah: a) dibenarkan oleh undang-undang atau perlu untuk mematuhi proses undang-undang; b) sebagai respons kepada tuntutan undang-undang; c) dikehendaki untuk melindungi dan mempertahankan hak, harta atau kepentingan sah AVG Technologies (termasuk penguatkuasaan perjanjian kita); d) perlu untuk melindungi keselamatan peribadi, harta atau hak lain AVG Technologies dan pelanggan atau pekerjanya; atau e) bahagian penting jualan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan kami.
Keizinan
Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami apabila mendaftar di Laman kami atau apabila anda memperoleh atau menggunakan mana-mana produk atau perkhidmatan kami, anda mengizinkan AVG Technologies mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
Keizinan anda termasuk pengekalan maklumat peribadi yang dikumpul melalui Laman kami, termasuk maklumat peribadi anda yang anda serahkan melalui proses pendaftaran, selagi anda masih berdaftar di Laman kami atau anda merupakan seorang pengguna produk dan perkhidmatan AVG Technologies, serta selama tempoh yang berpatutan selepas itu, kecuali dan sehingga anda menarik balik keizinan anda.
Keselamatan
AVG Technologies komited untuk mengekalkan keselamatan maklumat di bawah kawalan kami. Kami telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang konsisten dengan amalan industri untuk melindungi maklumat peribadi anda. Untuk cuba menghalang capaian yang tidak dibenarkan, mengekalkan ketepatan data dan memastikan penggunaan maklumat dengan betul, kami telah menggunakan amalan fizikal, teknikal dan pentadbiran yang diterima oleh industri untuk melindungi maklumat yang kami kumpul.
Apabila kami membekalkan anda (atau apabila anda sudah memilih) kata laluan yang membolehkan anda mencapai bahagian tertentu Laman kami, anda bertanggungjawab untuk merahsiakan kata laluan ini. Untuk melindungi kerahsiaan kategori maklumat peribadi ini, anda mesti merahsiakan kata laluan anda dan tidak mendedahkannya kepada sesiapa sahaja. Jika orang lain boleh mencapai e-mel anda, mereka mungkin dapat mengubah maklumat tentang profil pengguna anda they may be able to change information about your user profile. Anda tidak harus menggunakan akaun e-mel yang dikendalikan oleh majikan kerana kebanyakan majikan memiliki hak undang-undang untuk mencapai akaun e-mel sedemikian. Jika anda berkongsi komputer dengan orang lain, sentiasa log keluar sebelum meninggalkan Laman kami untuk melindungi capaian kepada maklumat anda daripada pengguna berikutnya.
Semua maklumat yang anda berikan kepada kami disimpan pada pelayan kami yang selamat. Maklumat kad kredit dihantar menggunakan penyulitan lapisan soket selamat (SSL). Kami menggunakan penyulitan yang diterima oleh industri untuk meningkatkan keselamatan penghantaran data dan telah melaksanakan teknologi yang tersedia secara komersial untuk melindungi terhadap capaian yang tidak dibenarkan kepada sebarang maklumat peribadi yang disimpan secara elektronik oleh AVG Technologies. Kami mengehadkan capaian kepada maklumat peribadi tentang anda kepada pekerja AVG Technologies yang perlu mengetahui maklumat tersebut bagi tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.
Malangnya, penghantaran maklumat melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya. Walaupun kami akan melakukan sedaya upaya kami untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak boleh menjamin keselamatan sebarang maklumat yang anda hantar ke Laman kami menggunakan PC anda atau Pembekal Khidmat Internet, dan sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Sebaik sahaja kami menerima maklumat anda, kami akan menggunakan prosedur dan ciri-ciri keselamatan yang ketat untuk memastikan keselamatannya pada sistem kami dan cuba menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Bagaimanakah Anda Boleh Membetulkan Ketidaktepatan dalam Maklumat?
Pendaftaran
Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan ketepatan maklumat yang dikumpul melalui Laman kami. Tambahan pula, kami percaya bahawa individu tersebut adalah sangat berharga untuk memastikan agar data adalah lengkap dan tepat. Kami akan membekalkan anda dengan capaian kepada maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi yang anda berikan melalui Laman kami selagi kami mengekalkan maklumat itu dalam format yang boleh dicapai dengan mudah. Begitu juga, kami membenar dan menggalakkan anda untuk membetulkan ketidaktepatan dalam maklumat yang anda serahkan kepada kami melalui Laman kami. Jika anda percaya bahawa AVG Technologies tidak mempunyai maklumat peribadi semasa anda, anda boleh mengemaskininya dengan menghubungi Pasukan Jualan AVG Technologies di AVG Customer Services.
Jika anda sudah membekalkan maklumat peribadi kepada AVG Technologies, anda boleh meminta kami menasihatkan anda mengenai skop maklumat yang diproses oleh AVG Technologies tentang anda, tujuan dan sifat pemprosesan tersebut dan penerima maklumat terbabit.
Buletin Pengemaskinian AVG dan Komunikasi E-mel Lain
Jika anda tidak ingin meneruskan penerimaan surat berita, buletin atau maklumat lain melalui e-mel daripada AVG Technologies, anda boleh menghentikannya pada bila-bila masa dengan membalas sebarang e-mel yang anda terima daripada kami dan menulis perkataan “berhenti melanggan” dalam baris perkara balasan tersebut. Sila ambil berhatian bahawa e-mel kami mungkin termasuk maklumat penting atau berguna tentang produk anda, termasuk maklumat tentang Nombor Lesen anda atau status pesanan atau akaun anda, dan kami tidak membenarkan pelanggan kami menghentikan komunikasi yang diperlukan untuk kefungsian produk dan perkhidmatan kami.
Pautan ke Syarikat Lain
Secara berkala, Laman kami mungkin mengandungi pautan ke dan dari laman web rakan kongsi perkongsian, pengedar, penjual semula, pengiklan atau pihak ketiga lain kami. Jika anda mengikut pautan ke mana-mana laman web ini, sila ambil perhatian bahawa laman web ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri yang patut anda baca sebelum anda menyerahkan sebarang maklumat peribadi ke laman web ini. Kami menafikan sebarang liabiliti ke atas aktiviti pemprosesan data rakan kongsi perniagaan, pengedar dan penjual semula kami, semuanya bertindak sebagai pengawal pemprosesan data bebas.
Laman Web Jenama Bersama
Kami juga mempunyai pautan ke laman web jenama bersama yang diselenggarakan oleh AVG Technologies dan satu atau lebih daripada rakan kongsi perniagaan kami. Contoh laman web jenama bersama adalah e-kedai AVG Technologies. Apabila anda menyerahkan maklumat ke salah satu daripada laman web jenama bersama kami, anda mungkin menyerahkannya kepada AVG Technologies dan juga rakan kongsi perniagaan kami. Sila ambil perhatian bahawa dasar privasi laman web jenama bersama ini mungkin berbeza daripada Dasar Privasi ini. Kami menggalakkan anda supaya membaca dasar privasi pada mana-mana laman web jenama bersama yang anda lawati dan kami menafikan sebarang liabiliti ke atas aktiviti pemprosesan data rakan kongsi perniagaan kami yang bertindak sebagai pengawal pemprosesan data bebas.
Kanak-Kanak
Kami menggalakkan ibu bapa untuk menaruh minat pada anak-anak mereka apabila mereka menggunakan Internet. Laman kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. AVG Technologies tidak mengumpul atau menyimpan maklumat tentang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dengan sengaja. Pelawat di bawah umur 13 tahun boleh menggunakan Laman kami hanya dengan pengawasan dan keizinan ibu bapa atau penjaga. Tiada satu pun produk atau perkhidmatan yang tersedia melalui Laman Kami boleh dibeli oleh sesiapa di bawah umur 18 tahun.
Kumpulan dan Forum Perbincangan
Sila ingat bahawa maklumat yang anda serahkan dalam kumpulan atau forum perbincangan di Laman kami akan dianggap maklumat umum dan tidak sulit. Terdapat risiko dalam tempat komunikasi sedemikian bahawa pelbagai maklumat dan data boleh dikumpul dan digunakan oleh orang lain. Sila berhati-hati dan amalkan sikap bertanggungjawab apabila anda berada dalam talian.
Perubahan dalam Dasar Privasi
Kami berhak mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda apabila perubahan telah dibuat dengan menunjukkan tarikh kemas kini terakhir di bahagian atas Dasar Privasi tersebut. Jika pada bila-bila masa kami membuat perubahan penting ke atas cara kami menggunakan maklumat yang anda bekalkan dan penggunaan baru tersebut tidak berkaitan dengan penggunaan yang kami dedahkan dalam Dasar ini, kami akan menyampaikan perubahan terbabit dalam notis ketara di Laman kami sebelum pelaksanaannya dan memberikan anda peluang untuk mengubah pilihan pemasaran anda bagi menghentikan penggunaan sedemikian. Kami akan menggunakan maklumat menurut dasar privasi yang diguna pakai dalam pengumpulan maklumat tersebut.
Bahasa
Asalnya Dasar Privasi ini disediakan dalam bahasa Inggeris. Walaupun AVG Technologies mungkin menyediakan satu atau lebih terjemahan untuk kemudahan anda, versi bahasa Inggeris akan diutamakan jika berlaku apa-apa konflik atau percanggahan.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai apa-apa persoalan atau cadangan berkenaan dengan Dasar Privasi kami, sila hubungi kami di AVG Customer Services.