AVG Internet Security

Dapatkan keselamatan menyeluruh yang memastikan anda selamat dalam talian dengan antivirus pemenang anugerah, perlindungan ransomware, tembok api yang boleh disesuaikan dan banyak lagi.

2023
VB100

2022
Perlindungan Terbaik

Cubalah

Cuba selama 30 hari secara percuma

Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Juga tersedia untuk Mac

Lindungi setiap bahagian kehidupan dalam talian anda

AVG Internet Security menyekat virus dan perisian hasad, memastikan e-mel anda selamat, melindungi fail peribadi, kata laluan dan kamera web anda daripada penggodam serta membolehkan anda melakukan aktiviti membeli-belah dan bank dalam talian tanpa perlu bimbang.

Perlindungan Komputer

Perlindungan Web & E-mel

Perlindungan Serangan Penggodam

Perlindungan Privasi

Perlindungan Bayaran

Barisan pertahanan pertama kami untuk PC anda

Antivirus Lanjutan: Mengimbas PC anda untuk mengesan virus, ransomware, perisian intip dan jenis perisian hasad lain.

Perisai Tingkah Laku: Menghantar amaran jika mengesan tingkah laku perisian yang mencurigakan pada PC anda.

Pengesanan AI: Mengenal pasti perisian hasad secara proaktif untuk melindungi anda daripada ancaman baharu.

CyberCapture: Perisian antivirus kami menyekat ancaman baharu dengan memuat naik ancaman ini untuk dianalisis.

Pengimbas PUA: Mengenal pasti aplikasi yang berpotensi tidak diingini yang mungkin telah dimuat turun tanpa pengetahuan anda.

Imbasan Turbo: Memendekkan masa imbasan dengan melangkau fail yang telah diketahui selamat

Kemas Kini Masa Nyata: Memastikan anda sentiasa dilindungi dengan mendapatkan kemas kini keselamatan, pembetulan pepijat dan ciri baharu secara automatik.

Mod Jangan Ganggu: Menghentikan semua tetingkap timbul dan pemberitahuan aplikasi buat sementara waktu supaya anda boleh memberi tumpuan terhadap perkara yang sedang dilakukan.

Mod Senyap: Menunda imbasan, kemas kini dan tetingkap timbul AVG untuk mengelakkannya daripada mengganggu anda semasa sedang bekerja.

Cara paling selamat untuk menyambung

Kekal selamat semasa anda masuk ke dalam talian dengan mengimbas pautan, muat turun dan lampiran e-mel untuk mengesan ancaman dan mengelakkan rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat.

Link Scanner: Elakkan tapak web berbahaya dengan mengimbas pautan untuk mengesan sesuatu yang mencurigakan.

Perisai Web: Semak fail untuk mengesan perisian hasad tersembunyi sebelum memuat turunnya ke komputer anda.

Perisai E-mel: Sekat lampiran e-mel berbahaya untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada serangan pemancingan data.

Pengawal Wi-Fi: Dapatkan amaran jika anda menyambung kepada rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat.

Toolbar Remover: Alih keluar bar alat dan sambungan pelayar yang tidak diingini atau berpotensi berniat jahat.

Jauhkan perisian anda daripada penggodam dan pencari tebusan

Kawal trafik masuk dan keluar dari PC anda, lindungi fail dan foto anda daripada penggodam, dan lindungi kata laluan anda.

Tembok Api Yang Dipertingkatkan: Halang penggodam daripada mengakses fail dan foto peribadi anda dengan tembok api kami.

Kemandirian Ransomware: Lindungi fail dan foto peribadi anda supaya penggodam tidak dapat menguncinya dan mengawal aplikasi yang dapat mengubah atau menghapuskannya.

Perlindungan Kata Laluan: Halang "aplikasi yang disekat" daripada membaca, mengubah atau menghapuskan kata laluan yang disimpan dalam pelayar anda.

Halang pengintip daripada mengintip anda

Halang kamera web anda daripada dicerobohi serta hapuskan data lama dengan selamat dan secara kekal.

Perlindungan Kamera Web: Lindungi daripada penggodaman kamera web dengan memaksa aplikasi yang tidak dipercayai untuk meminta kebenaran menggunakan kamera web anda.

Pemusnah Data: Hapuskan fail serta data dengan selamat dan secara kekal untuk menghalang pemulihan yang tidak disengajakan atau tidak dibenarkan.

Amaran Godaman: Menghantar amaran kepada anda jika mana-mana kata laluan e-mel anda telah digodam atau bocor.

Berbelanja dan membuat urusan perbankan dalam talian dengan bebas dan selamat

Dapatkan lapisan keselamatan dalam talian tambahan supaya maklumat sensitif anda tidak jatuh ke tangan yang salah.

Perisai Tapak Web Palsu: Elakkan tapak web palsu dengan dihalakan semula ke tapak web sebenar secara automatik jika anda telah sampai ke tapak web palsu secara tidak sengaja.

Lindungi seluruh keluarga anda

Lindungi seluruh keluarga anda

Lindungi hingga 10 peranti dengan satu langganan supaya anda dapat melindungi dengan mudah setiap peranti yang digunakan oleh keluarga anda

Mobile security disertakan

AVG Internet Security juga melindungi Android, tablet, iPhone dan iPad anda. Kekal selamat dalam talian, kunci aplikasi dan foto peribadi anda, cari telefon anda jika hilang dan jauhkan pencuri daripada data peribadi anda.

Perlindungan bertaraf dunia

Kami telah memenangi ratusan anugerah sejak memulakan operasi pada tahun 1991 dan lebih 25 anugerah sepanjang dua tahun lalu. Dengan anugerah terbaik untuk perlindungan dan prestasi "dunia sebenar", anda tahu anda dilindungi dengan baik.

2023
VB100

2022
Perlindungan Terbaik

2022
Ujian Perlindungan
Titik Akhir Lanjutan

AVG Internet Security

Lindungi semua peranti peribadi anda dengan keselamatan terbaik yang ditawarkan oleh AVG

Cubalah

Cuba selama 30 hari secara percuma

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan Sistem

MacOS 10.11 (El Capitan) atau lebih tinggi

Android 8.0 atau lebih tinggi

iOS 14.0 atau lebih tinggi

Bahasa

Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.

Untuk Mac: Bahasa Inggeris sahaja.

Untuk iOS: Bahasa Inggeris, Czech, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Sepanyol.

Untuk Android: Bahasa Arab, China (mudah), China (tradisional), Czechoslovakia, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Ibrani, Hindi, Hungari, Indonesian, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovak, Sepanyol, Sweden, Thailand, Turki, Ukrain, dan Vietnam.

Soalan Lazim

  • Bagaimanakah AVG Internet Security meningkatkan keselamatan dalam talian anda?

    AVG Internet Security meningkatkan perlindungan antivirus percuma kami yang berkuasa dengan ciri-ciri dan pilihan lanjutan untuk memberikan anda dengan lapisan tambahan keselamatan dalam talian. Bersama dengan keselamatan antivirus bertaraf dunia kami, anda akan mendapat:

    • Perlindungan Kamera Web untuk menghalang sesiapa daripada mengakses kamera web anda tanpa kebenaran anda.
    • Tembok Api Yang Dipertingkatkan yang memastikan seluruh rangkaian anda selamat bagi menghalang sesiapa daripada mendapat akses yang tidak diingini.
    • Perlindungan daripada laman web palsu untuk memastikan anda daripada ditipu secara tidak sengaja melalui pemancingan data dan laman web pemancingan data (pharming) ketika melakukan aktiviti perbankan atau membeli-belah dalam talian.
    Alami perlindungan dipertingkatkan AVG Internet Security hari ini dengan percubaan percuma.

  • Kenapa pilih AVG Internet Security daripada antivirus percuma?

    Sebarang perlindungan antivirus lebih baik daripada tiada, dan dengan AVG AntiVirus FREE, anda akan mendapat perlindungan daripada semua jenis perisian hasad – termasuk perlindungan ransomware percuma – serta pautan, muat turun dan e-mel yang tidak selamat. Untuk keselamatan yang lebih kuat, gunakan perlindungan tambahan dalam AVG Internet Security. Anda akan mendapat Tembok Api Yang Dipertingkatkan untuk menjauhkan penggodam daripada rangkaian rumah anda, keselamatan kamera web untuk mempertahankan diri daripada pengintip, dan perlindungan menyeluruh daripada laman web pemancingan data yang berbahaya untuk kekal selamat semasa membeli-belah dalam talian.

    Alami segala yang ditawarkan oleh AVG Internet Security secara percuma dengan percubaan percuma kami.

  • Apakah perbezaan antara AVG Internet Security dan AVG Ultimate?

    AVG Ultimate adalah pakej 3 dalam 1 kami yang merangkumi semua perkhidmatan premium yang paling popular dengan potongan harga. Ia mengandungi AVG Secure VPN, sebuah alat privasi yang mantap, AVG TuneUp, perisian peningkatan prestasi kami, dan AVG Internet Security, suite keselamatan dalam talian teratas kami. Jadi, AVG Ultimate merangkumi AVG Internet Security, tetapi anda juga boleh mendapatkan AVG Internet Security dengan sendirinya.

  • Adakah saya perlu menyahpasang AVG AntiVirus Free sebelum menaik taraf kepada AVG Internet Security?

    Tidak, anda tidak perlu menyahpasang dan memasang semula AVG AntiVirus Free jika anda menaik taraf ke AVG Internet Security. Setelah anda membeli AVG Internet Security, anda akan mendapat kod produk yang boleh anda masukkan ke dalam langganan AVG AntiVirus Free anda yang sedia ada, dan secara automatik ia akan dinaik taraf menjadi langganan antivirus premium. Mudah sahaja.

Perlukan bantuan memilih perlindungan yang terbaik?

Ya
Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows?
Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada iOS anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi iOS anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi iOS anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda.

Windows Mac Android iOS (daripada Google Play) (daripada Google Play) (daripada Google Play) Kembali