Skip to content

Program penjual semula

AVG merupakan pembangun utama penyelesaian keselamatan komputer dengan lebih 202 juta pengguna yang berpuas hati di seluruh dunia. Sejak penubuhan kami dalam tahun 1991, fokus kami adalah mengenai perlindungan daripada virus komputer dan malware lain.

Bahagian kejayaan kami yang ketara dan berkembang adalah disebabkan oleh Penjual Semula kami. Penyelesaian AVG adalah sangat sesuai dengan jualan Penjual Semula. Kelebihan termasuk edisi yang disasarkan pada keperluan berbeza bagi segmen pelanggan khusus.

Beberapa sebab untuk mempertimbangkan menjadi Penjual Semula AVG

Kelebihan untuk anda

  • Penetapan harga pengguna akhir yang sangat kompetitif
  • Tiada keperluan jumlah jualan minimum
  • Diskaun awal yang tinggi menjadikannya menarik daripada segi kewangan walaupun bagi Penjual Semula kecil
  • Struktur diskaun berperingkat agresif memastikan pulangan tinggi bagi Penjual Semula yang mempunyai jumlah jualan yang tinggi
  • AVG Technologies tidak menjual lebih rendah daripada Penjual Semula kami apabila masa naik taraf atau pembaharuan lesen tiba
  • Sebagai Penjual Semula AVG, anda akan merupakan "kaki kami di atas jalan" menyediakan nilai tambah kepada pelanggan tempatan anda
  • Program diskaun agresif bagi Kerajaan/Gereja/Sekolah/Kebajikan

Mengenai produk kami

  • Lesen 2 tahun lanjutan berbanding lesen 1 tahun biasa
  • Akses e-mel 24/7 percuma kepada sokongan teknikal AVG, dengan rundingan pakar dan tindak balas pantas
  • Pangkalan data virus dan kemas kini produk percuma bagi tempoh lesen - pelanggan anda akan dijamin mempunyai keupayaan pengesanan anti-virus yang paling terkini
  • AVG mempunyai barisan produk yang memenangi anugerah - diperakukan oleh agensi ujian bebas di seluruh dunia
  • Kemudahan pemasangan dan sokongan, kestabilan dan kebolehpercayaan produk, dan kemudahan penggunaan untuk pelanggan anda, menjadikan tugas anda lebih mudah
  • Bahasa yang disokong: English, German, French, Czech, Slovak, Brazilian Portuguese, Polish, Serbian, Latin-American Spanish, Italian, Hungarian and Dutch

Bagaimana kami akan membantu anda

  • Sebagai Penjual Semula, anda akan mempunyai akses prioriti kepada sokongan teknikal 24/7 melalui telefon dan e-mel
  • Pasukan sokongan Penjual Semula kami tersedia untuk membantu anda dengan jualan dan isu lain
  • Akses kepada Pusat Penjual Semula AVG mengandungi alat pemasaran (logo, risalah, brosur, poster, testimoni, dll.), sistem pesanan dalam talian, alat pengurusan lesen, dan banyak lagi
  • Penjual semula dan pengguna berdaftar menerima Peringatan Virus kami melalui e-mel
  • Surat berita membawa kepada anda berita penting mengenai perisian, Program Penjual Semula dan syarikat AVG

Adalah mudah untuk memahami mengapa rangkaian Penjual Semula AVG berkembang pesat.

Tontoni video untuk melihat faedah bagi Penjual Semula AVG

Pendaftaran

Pendaftaran Penjual Semula Baru

Nota

Jika anda ingin menjadi Penjual Semula bagi Pengedar AVG kami atau Rakan Kerjasama yang terdapat di negara anda, sila hubungi terus syarikat berkenaan.

Ketahui lebih lanjut

Pusat Penjual Semula

LOg Masuk Pusat Penjual Semula

Maklumat tambahan

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Program Penjual Semula AVG sila hubungi Sokongan JUalan kami.