Langkah 1

Muat turun AVG TuneUp

Muat turun, pasang dan bersedia untuk menala PC anda.

Muat turun AVG TuneUp di sini. Kemudian, klik fail yang dimuat turun untuk memasang AVG PC TuneUp®.

Selepas melancarkan PC TuneUp, anda akan dialu-alukan dengan skrin aluan. Anda boleh melangkau imbasan untuk pergi ke papan pemuka utama.

Papan Pemuka PC TuneUp

Langkah 2

Matikan program yang menghabiskan bateri

Banyak program akan berjalan di latar belakang dan menggunakan kuasa penuh pemproses anda walaupun untuk tugas yang mudah. Walaupun langkah ini dapat meningkatkan prestasi, program tersebut turut menghabiskan tenaga bateri anda dengan lebih pantas apabila anda tidak mengecas. Mod Ekonomi akan mematikan program yang banyak menghabiskan kuasa dengan satu klik.

Klik pada Mod Ekonomi (ikon bateri) di penjuru bawah sebelah kiri. Jika anda tidak pernah menggunakannya sebelum ini, anda dapat memilih antara penjimatan kuasa sederhana atau maksimum.

PETUA! Terjumpa salur kuasa elektrik atau berada di rumah? Beralih kepada Mod Standard semula dengan mengklik ikon main.

 

Mod Ekonomi

Membantu meningkatkan hayat bateri dengan mengurangkan penggunaan kuasa. Apakah yang teknik ini lakukan?

Mengurangkan penggunaan kuasa pemproses

Mod Ekonomi mengurangkan penggunaan kuasa pemproses anda untuk mendapatkan hayat bateri maksimum sementara masih mengekalkan prestasi yang mencukupi untuk penggunaan asas harian.

Penjimat kuasa yang hebat untuk peranti anda

Mod Ekonomi mengurangkan penggunaan kuasa untuk kebanyakan peranti terbina dalam dan peranti yang disambungkan.

Matikan program yang banyak menggunakan tenaga

Mod Ekonomi mematikan proses latar belakang yang tidak diperlukan yang memperlahankan prestasi PC.

UI Mod Ekonomi

Langkah 3

Matikan WiFi® & Bluetooth® yang banyak menggunakan bateri

Walaupun semasa anda tidak menggunakannya, komponen WiFi dan Bluetooth yang aktif pada PC anda mengimbas setiap rangkaian yang ditemui untuk mencari sambungan. Carian ini amat banyak menggunakan bateri. Mod Pesawat boleh membantu anda memanjangkan hayat bateri sama ada anda berada dalam pesawat atau tidak dengan mematikan fungsi tersebut.

Cuma klik pada suis Mod Pesawat (ikon pesawat) untuk mematikan Bluetooth dan Wi-Fi serta dapatkan manfaat sepenuhnya daripada bateri komputer anda semasa dalam perjalanan.

UI Mod Pesawat

Laju! Anda sudah selesai.

PC anda seharusnya sudah menjimatkan bateri.

AVG TuneUp - Tanpa had

Tala dan bersihkan semua peranti anda

  RM 130.00

Apa sahaja peranti anda, kami melindungi anda

Ikon ciri PC
Ikon ciri Komputer Riba
Ikon ciri Telefon
Langkau ke kandungan Langkau ke menu