Versi 1.0 (18 Februari 2020)
Isi kandungan
Tenaga Kerja |
---|
Tiada Diskriminasi Tiada Tenaga Kerja Paksaan Tiada Tenaga Kerja Kanak-kanak Tenaga Kerja Pelajar, Pelatih dan Perantis |
Kesihatan dan Keselamatan |
Keselamatan Pekerjaan dan Kebersihan Industri Persiapan Kecemasan Kecederaan Pekerjaan dan Penyakit Kerja yang Mencabar secara Fizikal atau Kerja yang Berulang Kemudahan Komunikasi |
Keadaan Bekerja |
Jam bekerja Gaji dan Manfaat Kebebasan untuk Menyertai Persatuan Perlakuan terhadap Pekerja |
Tingkah Laku dan Etika Perniagaan |
Integriti Tiada Percanggahan Kepentingan Ketelusan Harta intelek Urusan yang wajar Privasi |
Persekitaran |
Bertanggungjawab Pengurusan Mengenal pasti Risiko Permit dan Pendaftaran |
Mineral Konflik |
Penyumberan mineral yang bertanggungjawab (3TG) Tiada pembiayaan langsung atau tidak langsung pesalah yang melanggar hak asasi manusia dengan serius |
Sistem Pengurusan |
Tanggungjawab Pengurusan Keperluan Undang-Undang Ketekunan Wajar Pelaporan Pemberitahuan Maklumat dan Tiada Tindakan Menuntut Balas Pengauditan dan Pemantauan Menyiasat Latihan Pemulihan Tindakan |
Tenaga Kerja | Kesihatan dan Keselamatan | Keadaan Bekerja | Tingkah Laku dan Etika Perniagaan | Persekitaran | Mineral Konflik | Sistem Pengurusan |
---|---|---|---|---|---|---|
Tiada Diskriminasi Tiada Tenaga Kerja Paksaan Tiada Tenaga Kerja Kanak-kanak Tenaga Kerja Pelajar, Pelatih dan Perantis |
Keselamatan Pekerjaan dan Kebersihan Industri Persiapan Kecemasan Kecederaan Pekerjaan dan Penyakit Kerja yang Mencabar secara Fizikal atau Kerja yang Berulang Kemudahan Komunikasi |
Keadaan Bekerja | Tingkah Laku dan Etika Perniagaan | Bertanggungjawab Pengurusan Mengenal pasti Risiko Permit dan Pendaftaran |
Penyumberan mineral yang bertanggungjawab (3TG) Tiada pembiayaan langsung atau tidak langsung pesalah yang melanggar hak asasi manusia dengan serius |
Tanggungjawab Pengurusan Keperluan Undang-Undang Ketekunan Wajar Pelaporan Pemberitahuan Maklumat dan Tiada Tindakan Menuntut Balas Pengauditan dan Pemantauan Menyiasat Latihan Pemulihan Tindakan |
AVG Technologies adalah sebahagian daripada Syarikat Kumpulan Avast. Garis Panduan Pembekal AVG (“Garis panduan”) ini menjelaskan standard sosial, etika dan persekitaran serta jangkaan untuk rantaian bekalan kami. Selaras dengan peraturan global, nilai-nilai teras kami, Dasar Perhambaan Moden Avast, Tatakelakuan dan dasar-dasar berkaitan lain, Garis Panduan ini merangkumi prinsip-prinsip yang kami patuh dan menuruti. Dalam hubungan anda dengan kami sebagai rakan kongsi, pembekal, kontraktor atau sebaliknya, kami menjangka nilai-nilai dan standard ini dipatuhi, selaras dengan undang-undang, peraturan dan undang-undang negara tempat anda beroperasi. Mematuhi Garis Panduan juga bermaksud bahawa anda bertanggungjawab terhadap sesiapa sahaja yang anda subkontrak untuk melaksanakan perjanjian anda dengan kami kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan kami. Apa-apa bukti pelanggaran Garis Panduan Pembekal kami boleh menyebabkan penamatan hubungan kontraktual kita.
Garis Panduan kami adalah berdasarkan standard antarabangsa, mengambil contoh dan penggunaan beberapa bahasa daripada pelbagai sumber, termasuk Prinsip Panduan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (United Nations Guiding Principles, UNGP), Kod Asas Inisiatif Dagangan Beretika (Ethical Trading Initiative, ETI), Tatakelaku Perikatan Perniagaan yang Bertanggungjawab (Responsible Business Alliance, RBA), Pengurusan Risiko Berkaitan dengan Penghambaan Moden Nota Amalan Baik untuk Sektor Swasta (Managing Risks Associated with Modern Slavery A Good Practice Note for the Private Sector, GPN), Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights, UDHR), Pengisytiharan mengenai Prinsip-prinsip dan Hak-hak Asas di Tempat Kerja Organisasi Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation Declaration on Fundamental Principles and Rights of Work, ILO Declaration), dan Draf Panduan untuk Entiti Pelapor bagi Akta Perhambaan Moden Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Kerajaan Australia 2018.
Kami mematuhi hak asasi pekerja-pekerja dan memperlakukan setiap pekerja dengan kemuliaan dan rasa hormat menurut standard antarabangsa. Istilah 'pekerja' merangkumi semua yang bekerja secara tetap, sementara, kontrak dan pelajar.
Tiada Diskriminasi
Kami tidak mendiskriminasi mana-mana pekerja berdasarkan bangsa, warna, umur, jantina, agama, etnik, ketidakupayaan, orientasi seksual, hubungan politik, keanggotaan kesatuan, asal usul negara , atau status perkahwinan dalam amalan pengambilan pekerja dan pekerjaan seperti latihan, kenaikan pangkat, ganjaran, penugasan pekerjaan, gaji, manfaat, disiplin, penamatan, dan persaraan. Kami tidak boleh meminta ujian kehamilan atau mendiskriminasi terhadap pekerja hamil, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang atau peraturan yang berkaitan. Kami juga tidak meminta pekerja atau bakal pekerja untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau pemeriksaan fizikal yang boleh digunakan untuk mendiskriminasi, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang atau peraturan yang berkenaan, atau diperlukan untuk keselamatan di tempat kerja.
Tiada Kerja Paksaan
Kami tidak memaksa atau mengancam pekerja untuk melakukan pekerjaan mereka. Kami tidak boleh menggunakan apa-apa bentuk tenaga pekerja banduan secara paksaan, terikat jaminan, diperhambakan, atau dieksploitasi. Kami tidak boleh meminta pekerja kami untuk menyerahkan pengenalan diri, pasport, atau permit kerja yang dikeluarkan oleh kerajaan, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Pekerja kami bebas bergerak untuk datang dan pergi, dan untuk menamatkan pekerjaan mereka dengan pemberitahuan yang munasabah.
Tiada Tenaga Kerja Kanak-kanak
Kami tidak menggajikan kanak-kanak. Had umur minimum pekerjaan atau bekerja ialah 15 tahun, umur minimum pekerjaan di negara berkaitan, atau umur untuk melengkapkan pendidikan wajib di negara tersebut, mana-mana yang lebih besar.
Pekerja Pelajar, Pelatih dan Perantis
Kami menyediakan sokongan dan latihan wajar kepada pekerja pelajar, pelatih dan pekerja perantis kami, dan memastikan mereka dibayar dengan secukupnya menurut standard yang ditetapkan oleh undang-undang tempatan atau jika tidak ditetapkan, sekurang-kurangnya kadar gaji yang sama dengan pekerja peringkat kemasukan lain yang melakukan kerja yang sama.
Kami menghargai pekerja dan yakin bahawa tenaga kerja yang sihat adalah lebih produktif. Kajian telah menunjukkan bahawa bekerja untuk waktu yang panjang tidak semestinya menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi, dan sebenarnya, kemungkinan berlaku sebaliknya.
Waktu Bekerja
Melainkan terdapat situasi yang terkecuali, waktu bekerja tidak boleh melebihi 60 jam, termasuk kerja lebih masa. Pekerja kita mesti dibenarkan paling minimum satu hari cuti dalam seminggu, dan waktu bekerja tidak boleh melebihi jam maksimum yang ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara itu. Kita mesti memberi masa untuk percutian, cuti sakit, dan hari cuti yang konsisten dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Gaji dan Manfaat
Kita dikehendaki membayar pekerja kita sekurang-kurangnya gaji minimum dan semua manfaat wajib seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Kerja lebih masa hendaklah dibayar pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar jam biasa, menurut undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Kita tidak mengenakan potongan gaji sebagai tindakan disiplin. Kami membayar pekerja tepat pada waktu dan secara teratur, menyediakan kepada mereka penyata gaji boleh difahami.
Kebebasan untuk Menyertai Persatuan
Kami menghormati hak pekerja kita untuk menyertai persatuan secara bebas, bebas membentuk dan bergabung dengan organisasi-organisasi pekerja, mendapatkan perwakilan, dan berunding secara kolektif, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Tiada Layanan dan Gangguan Kasar
Kita tidak seharusnya mengganggu ketenteraman pekerja kita, mahupun mengancam atau memperlakukan mereka secara kasar atau tidak berperikemanusiaan. Ini bermaksud penggangguan secara seksual atau lisan, hukuman dera (corporal punishment), paksaan mental atau fizikal ke atas pekerja tidak dibenarkan.
Kita komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja. Kami mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat dengan menerapkan amalan pengurusan kesihatan dan keselamatan yang betul dalam semua aspek perniagaan.
Keselamatan Pekerjaan dan Kebersihan Industri
Kita menilai kemungkinan pekerja terdedah kepada bahaya keselamatan di tempat kerja kita, termasuk terdedah kepada apa-apa agen kimia, biologi dan fizikal yang berbahaya, menyediakan kawalan yang wajar, proses kerja yang selamat, penyelenggaraan pencegahan, dan langkah-langkah perlindungan untuk mengawal risiko kesihatan dan keselamatan.
Apa pun risiko keselamatan tersebut, langkah-langkah mesti diambil, termasuk menyediakan alat pelindung diri yang sesuai kepada pekerja. Pekerja harus boleh membantah keadaan kerja yang tidak selamat tanpa rasa takut terhadap tindakan balas, dan pihak pengurusan mesti menangani kebimbangan mereka supaya situasi tersebut menjadi selamat.
Persiapan Kecemasan
Kami menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja dengan memastikan kita dapat menjangkakan, mengenal pasti dan menilai kemungkinan situasi kecemasan supaya risiko tersebut dapat dikurangkan. Kami menyediakan pelan kecemasan dan prosedur gerak balas yang sesuai termasuk prosedur evakuasi, bekalan pertolongan cemas yang mudah, latihan kebakaran, dan laluan keluar yang mencukupi.
Kecederaan Pekerjaan dan Penyakit
Kita mesti menyediakan sistem yang betul untuk mengurus, menjejak, dan melaporkan kecederaan pekerjaan dan penyakit supaya kita dapat menyiasat kejadian dan melaksanakan tindakan pemulihan untuk penambahbaikan atau menghapuskan penyebabnya, memastikan rawatan perubatan yang betul, dan melaksanakan dasar kembali kerja untuk mereka yang terjejas.
Mencabar secara Fizikal atau Kerja yang Berulang
Kita mesti mengenal pasti, menilai, dan mengurus keterdedahan pekerja terhadap tugas-tugas yang mencabar secara fizikal dan mental, termasuk mengangkat beban berat, berdiri terlalu lama, atau tugas yang sering berulang.
Kemudahan
Kita menyediakan untuk pekerja kita tandas yang bersih, akses kepada air minum yang selamat, dan di mana terdapat kantin, penyediaan makanan dan penyimpanan makanan yang bersih. Di mana pekerja tinggal di tempat tinggal yang disediakan oleh syarikat, tempat-tempat ini mesti bersih dan selamat, cukup luas dan dilengkapi dengan penggera api serta laluan keluar yang sesuai, pemanasan dan pengudaraan yang mencukupi.
Komunikasi
Kita mesti memberikan maklumat yang relevan kepada pekerja kita tentang kesihatan dan keselamatan di tempat kerja untuk semua bahaya pekerjaan yang terdedah kepada pekerja, serta latihan yang betul untuk menangani risiko tersebut.
Kami mematuhi standard etika tertinggi dalam urusan perniagaan untuk memenuhi tanggungjawab sosial kami.
Integriti Perniagaan
Kami tidak bertolak ansur dengan amalan rasuah, sogokan, peras ugut, dan penyelewengan. Kami memastikan bahawa kami mematuhi semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa yang berkenaan dengan perkara-perkara ini, termasuk konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (Economic Co-operation and Development, OECD).
Tiada Konfilk Kepentingan
Kita tidak boleh mempunyai konflik kepentingan dalam membuat keputusan perniagaan kita, maka kita meminta rakan kongsi dan bakal rakan kongsi agar tidak menhantar jemputan dan hadiah untuk mendapatkan apa-apa bentuk pengaruh. Apa-apa hadiah atau jemputan kepada pekerja kita mesti tidak mempunyai nilai monetari yang tinggi dan menurut amalan atau adab perniagaan tempatan yang biasa.
Urus Niaga yang Telus
Urusan perniagaan kita haruslah telus dan dicatatkan dalam penyata dan rekod syarikat kita. Selaras dengan undang-undang yang berkenaan dan amalan terbaik, kami mendedahkan semua maklumat yang diperlukan. Ditegah memalsukan rekod atau memberi gambaran yang salah terhadap keadaan dan amalan.
Harta Intelek
Kita menghormati hak harta intelek, dan memastikan bahawa pemindahan teknologi dan pengetahuan dilakukan dengan cara yang melindungi hak harta intelek, serta maklumat pelanggan dan pembekal.
Privasi
Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi pihak-pihak yang berurus niaga dengan kami, dan mematuhi undang-undang privasi dan keselamatan maklumat dan keperluan peraturan yang berkaitan dengan maklumat peribadi yang dikumpulkan, disimpan, diproses, dipindahkan, dan dikongsi.
Urusan yang Adil
Kita mematuhi standard perniagaan, pengiklanan dan persaingan yang adil.
Kami komited untuk mempertimbangkan persekitaran dalam apa jua yang kami lakukan, dan untuk mewujudkan tempat kerja yang lestari.
Pengurusan yang bertanggungjawab
Kita berhasrat untuk mengurangkan kesan persekitaran yang berbahaya melalui reka bentuk, proses, dan pengitaran semula bahan buangan kita. Kita mengamalkan kaedah keberkesanan kos untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Rantaian bekalan kita mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkenaan yang melarang atau mengehadkan penggunaan, pelepasan, dan pencemaran bahan-bahan tertentu.
Mengenal pasti risiko
Kita mesti mengenal pasti dan mengendali bahan-bahan yang berisiko kepada alam sekitar. Kita mematuhi undang-undang berkenaan berkaitan apa-apa bahan berbahaya atau toksik yang digunakan di tempat kerja dan memberi latihan sewajarnya kepada pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan itu.
Permit dan Pendaftaran
Kami memohon semua keperluan permit dan pendaftaran alam sekitar seperti yang dikehendaki. Kami menjangka rantaian bekalan kami untuk membangunkan Sistem Pengurusan Alam Sekitar yang mematuhi ISO 14001 atau yang setara.
Kami tidak menyokong atau membiayai kumpulan bersenjata secara langsung atau tidak langsung yang menyokong penyalahgunaan hak asasi manusia yang serius di Republik Demokratik Kongo atau negara bersempadan.
Penyumberan Mineral Secara Bertanggungjawab
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab global kami, kami mengharapkan pembekal kami agar mematuhi semua peraturan mineral konflik yang berkenaan dan mengusahakan penyumberan secara bertanggungjawab. Sekiranya produk yang dibekalkan mengandungi satu atau lebih ‘mineral konflik’ (timah, tantalum, tungsten dan emas atau bijih mineral-mineral ini), rakan kongsi atau pembekal harus, atas permintaan, bersikap telus tentang rantaian bekalan sehingga proses peleburan. Oleh itu, kita harus menyimpan satu set rekod yang lengkap untuk mengesan penyediaan semua barangan dan perkhidmatan kepada kita.
Kami komited untuk melaksanakan sistem pengurusan yang membantu kami mengenal pasti dan mengurangkan risiko operasi, mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan operasi dan produk dan memastikan pematuhan Garis Panduan ini oleh kami.
Tanggungjawab Pengurusan
Kami mengenal pasti eksekutif kanan dan wakil yang bertanggungjawab untuk melaksanakan sistem pengurusan pematuhan. Pengurusan kanan menyemak sistem pengurusan dengan kerap.
Keperluan Undang-Undang
Kami sentiasa mengenal pasti, mengikuti perkembangan dan memahami undang-undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk keperluan Garis Panduan ini, untuk menentukan risiko operasi dan memastikan pematuhan.
Ketekunan Wajar Perhambaan Zaman Moden
Kita mesti melaksanakan ketekunan wajar dalam penyemakan agar rantaian bekalan kita dan pegawainya, pekerja atau individu-individu lain yang berkaitan dengannya, tidak tersabit dengan apa-apa kesalahan yang melibatkan perhambaan dan pemerdagangan manusia.
Dengan membuat pertanyaan yang munasabah, kita mesti memastikan mana-mana rakan kongsi, pembekal, kontraktor yang berpotensi atau selainnya, sepanjang pengetahuan terbaiknya, tidak menjadi subjek siasatan, inkuiri atau prosiding penguatkuasaan oleh mana-mana badan kerajaan, pentadbiran atau peraturan berkenaan apa-apa kesalahan atau kesalahan yang didakwa atau berkaitan dengan perhambaan dan pemerdagangan manusia.
Kita mesti melaksanakan prosedur ketekunan wajar untuk memantau pembekal, subkontraktor dan peserta lain untuk memastikan tiada perhambaan atau pemerdagangan manusia.
Pelaporan Perhambaan Moden
Rakan kongsi kami mesti memberitahu kami sebaik sahaja menyedari kewujudan perhambaan atau pemerdagangan manusia yang benar atau yang disyaki, dalam rantaian bekalan mereka yang mempunyai hubungan dengan kami.
Atas permintaan, rakan rantaian bekalan kami akan menyediakan dan menyerahkan kepada kami selewat-lewatnya lima bulan selepas penghujung setiap tahun, iaitu pada 31 Mei, pernyataan tahunan tentang perhambaan dan pemerdagangan manusia dengan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan bahawa tiada perhambaan dan pemerdagangan manusia dalam mana-mana rantaian bekalannya atau di mana-mana bahagian perniagaannya.
Pemberian Maklumat dan Tiada Tindakan Balas
Kami telah menyediakan mekanisme pelaporan sungutan, seperti Talian Penting, dan memastikan pekerja dan subkontraktor kami mengetahui tentang hak mereka berhubung dengan pelaporan.
Kami mempunyai Dasar Pemberi Maklumat, termasuk klausa Tiada Tindakan Balas untuk melindungi mereka yang menggunakannya, serta untuk merekod dan menangani aduan yang mengenal pasti risiko pekerjaan kepada kesihatan atau keselamatan atau insiden perhambaan moden dan pemerdagangan manusia.
Sekiranya rantaian bekalan kami tidak dapat secara munasabahnya, mewujudkan mekanisme pelaporan, pekerja rantaian bekalan dan subkontraktor harus dimaklumkan bahawa talian Penting Pemberi Maklumat kami tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan dapat dihubungi di seluruh dunia dengan menghubungi nombor tempatan (yang seharusnya disediakan untuk semua kakitangan dan subkontraktor) atau melalui e-mel ke whistleblower@avast.com, atau dalam talian melalui Talian Etika & Pelaporan Avast (dalam Bahasa Inggeris sahaja).
Pengauditan dan Pemantauan
Kami mungkin mengaudit rantaian bekalan kami sebagai sebahagian daripada proses ketekunan wajar kami. Ini mungkin termasuk lawatan ke tapak sama ada telah diumumkan atau tidak diumumkan di kemudahan Syarikat oleh pekerja atau ejen kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit pihak ketiga, untuk memantau dan mengesahkan pematuhan kepada Garis Panduan ini.
Kami mungkin meminta akses kepada maklumat yang relevan untuk memantau perhambaan zaman moden, pemerdagangan manusia dan risiko lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada: kontrak pekerjaan, kontrak agensi perekrutan, rekod gaji, waktu bekerja, dan pengesahan pembayaran.
Menyiasat
Di mana kami secara munasabahnya, mengesyaki bahawa perhambaan zaman moden atau pemerdagangan manusia atau pelanggaran lain berlaku atau mungkin berlaku dalam perniagaan atau rantaian bekalan kami, kami berhak untuk menyiasat kebimbangan tersebut dan rakan rantaian bekalan kami dikehendaki untuk memberikan kerjasama penuh untuk memastikan penyiasatan dapat diselesaikan. Sekiranya perlu, kami boleh bekerjasama dengan rakan rantaian bekalan untuk melaksanakan rancangan tindakan pembetulan dengan kerjasama pihak pengurusan atasan untuk menangani dan menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.
Latihan
Kami memastikan latihan tersedia untuk pekerja yang berkaitan sehingga mereka memahami prinsip undang-undang Perhambaan Moden, undang-undang sosial, etika dan alam sekitar, dapat mengenal pasti tanda-tanda bahaya, dan mencegah insiden perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan masalah lain. Kami menjangka rantaian bekalan kami menyimpan rekod mengenai semua latihan yang ditawarkan dan yang telah dilengkapi oleh pekerjanya, dan membuat salinan rekod tersebut tersedia atas permintaan.
Tindakan pemulihan
Kami komited untuk bekerjasama dengan rantaian bekalan kami untuk melaksanakan pelan tindakan pembetulan untuk memperbaiki insiden atau risiko perhambaan moden, pemerdagangan manusia, dan masalah lain, di mana mungkin. Apa-apa pelanggaran tunggal yang serius atau pelanggaran secara berterusan terhadap undang-undang yang berkenaan, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa boleh mengakibatkan penamatan hubungan kontraktual dan/atau melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.