Perlindungan cemerlang untuk pelayaran, pencarian dan perangkaian sosial.
Perlindungan antivirus luar biasa
Perlindungan antivirus yang mengemas kini secara automatik untuk melindungi anda daripada ancaman yang terus berkembang. Oleh kerana penggodam menghasilkan teknik baharu, makmal penyelidikan AVG sentiasa memproses data web untuk memberikan pertahanan baharu untuk memastikan anda dilindungi secara automatik.
- Anti-Virus, Anti-Malware, Anti-Spyware
- Teknologi AntiVirus kami melindungi anda daripada menjadi mangsa kepada (atau penyebaran yang tidak disengajakan) virus, cecacing atau kuda Trojan. Lapisan pertama perlindungan adalah antivirus tradisional, yang memastikan ancaman diketahui dijauhkan daripada sistem anda dengan memadankannya dengan pangkalan data.
AVG Anti-Spyware melindungi anda daripada Spyware dan Adware yang mengesan maklumat peribadi anda.
AVG Resident Shield memberikan lapisan perlindungan tambahan dengan memeriksa fail untuk ancaman apabila ia disalin dibuka atau disimpan dan menghalang anda membuka fail yang dijangkiti. - AVG Protective Cloud Technology
- Ancaman yang muncul dikenal pasti “dalam awan” dan menghalang daripada menjangkiti komputer anda melalui kemas kini automatik AVG kepada perisian antivirus anda.
- AVG Community Protection Network
- Maklumat mengenai ancaman terkini dikumpulkan daripada pelanggan yang memilih untuk menyertai, membolehkan kami untuk sentiasa mengenal pasti ancaman baharu, menyokong semua orang dalam komuniti AVG dan membantu kami untuk memberikan perlindungan antivirus superior.
- AVG Identity Protection™
- AVG Identity Protection™ jauh lebih hebat daripada perisian perlindungan kecurian identiti biasa. Bukan sahaja kami akan memastikan anda selamat daripada pencuri dalam talian – kami juga boleh melihat apabila sesuatu yang mungkin tidak elok berlaku pada PC anda dan menghentikannya sebelum ia boleh melakukan sebarang kerosakan.
Dimaklumkan dan dalam kawalan
Baru
Dapatkan akses Internet yang lebih pantas, selamat apabila anda sangat memerlukannya. Dengan khidmat nasihat yang proaktif daripada AVG, kuasa untuk merangsang prestasi dan mempertingkatkan perlindungan berada dalam tangan anda.
- AVG Do Not Track
- Memberikan kembali kawalan ke atas privasi anda. AVG Do Not Track membantu anda mengenal pasti dan menyekat Ad Networks, Social Buttons, Web Analytics yang berpotensi menjejaki aktiviti anda. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk memberitahu laman web tersebut mengenai pilihan anda untuk tidak dijejaki.
- AVG Advisor
- Memantau masalah komputer anda secara proaktif dan mencadangkan penyelesaian untuk pengalaman penyemakan lalu yang lebih baik. Terima pemberitahuan tentang aplikasi yang banyak menggunakan lebar jalur dan penggunaan memori yang tinggi supaya anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
- AVG WiFi Guard
- Elakkan penggodam penyangak yang menggunakan titik akses WiFi untuk mengintip anda. AVG WiFi Guard memberi amaran kepada anda jika PC anda cuba mengakses rangkaian WiFi yang dicurigai – walaupun jika ia mempunyai nama yang sama seperti rangkaian yang anda ketahui dan percaya.
Permainan dan pelayaran tanpa gangguan
Teruskan dengan pelayaran dan permainan anda tanpa gangguan. Imbasan beroperasi apabila anda meninggalkan PC anda, dan ia juga mengetahui apabila anda bermain dan memastikan bahawa jaminan keselamatan beroperasi di latar belakang sahaja, membolehkan anda bebas untuk bermain.
- AVG Smart Scanning
- Teknologi imbasan kami yang cerdas dan ringan beroperasi dalam mod keutamaan tinggi apabila anda meninggalkan PC anda dan jatuh ke mod keutamaan rendah apabila anda menggerakkan tetikus anda atau memulakan kekunci. AVG Smart Scanning mengabaikan fail yang diimbas pada masa lalu dan diketahui selamat, membolehkan peningkatan meluas dalam masa imbasan.
- Mod Permainan
- Mod Permainan AVG memberikan perlindungan tanpa henti semasa tindakan tanpa henti dalam permainan berbilang pemain seperti Call of Duty tanpa gantung dan pegun yang mengganggu disebabkan oleh kemas kini dan imbasan yang dijadualkan. AVG melindungi profil digital anda terhadap pasukan penggodam yang merayap di web, khusus mencari untuk mencuri anugerah permainan anda dan menjualnya untuk mendapat wang sebenar.
- Auto-Fix
- AVG 2012 sentiasa memantau tahap perlindungan anda dan melaporkan kembali kepada pasukan makmal kami jika ia mengesan risiko jaminan keselamatan. Bersebelahan dengan mesej amaran dibenderakan anda akan melihat butang Auto-Fix -- sebaik sahaja klik menyelesaikan masalah. Butang Auto-Fix dalam AVG2012 akan membetulkan ralat secara automatik dan menetapkannya sendiri ke mod perlindungan terbaik.
Muat turun selamat
Fail diperiksa sebelum anda muat turunnya tanpa anda perlu melakukan apa-apa. AVG Anti-Virus juga akan melindungi anda apabila menukar fail melalui mesj ringkas popular seperti MSN dan Yahoo.
- AVG Online Shield™
- AVG Online Shield menyemak fail sebelum anda muat turunnya dan memastikan pautan bila dalam talian adalah selamat. Ia menyemak terhadap kedua-dua Enjin Imbasan AVG dna teknologi LinkScanner milik kami. Perlindungan Mesej Ringkas juga memastikan anda selamat semasa menukar fail menggunakan ICQ, MSN dan Yahoo! pemesej segera.
Layari dan membuat carian web dengan selamat
Anda mahu mencari dan melayari, tetapi anda tidak mahu pergi ke mana-mana tapak web yang dijangkiti. AVG membantu anda dengan memberi amaran dengan jelas kepada anda terhadap ancaman dan memastikan anda bebas daripadanya.
- LinkScanner® Search-Shield
- AVG LinkScanner® menunjukkan penilaian keselamatan dalam keputusan enjin carian anda, membolehkan anda untuk menilai keselamatan tapak sebelum anda membukanya. Search-Shield bekerja dengan Google, Yahoo!, Bing dan pembekal carian popular lain, dengan meletakkan penilaian keselamatan di sebelah setiap pautan, membolehkan anda mengetahui tapak mana yang boleh dipercayai dan yang perlu dielakkan. Tapak dinilai dalam empat kategori, setiap satu berkod warna untuk pengecaman mudah.
- LinkScanner® Surf-Shield
- AVG Surf-Shield memeriksa laman web secara aktif dalam masa nyata pada masa ia diperlukan sahaja - sebelum anda tiba di laman. Jika ia mengesan sesuatu yang mencurigakan, ia mengelakkan anda daripada melawati tapak tersebut. Surf-Shield melindungi kedua-dua anda apabila anda klik ke laman web dan setiap kali anda memasukkan alamat web secara terus ke dalam penyemak imbas anda. Dalam AVG 2011 kami telah meningkatkan LinkScanner selanjutnya untuk memberikan kadar pengesanan kami yang terbaik.
Kongsi kehidupan anda di Facebook, bukan virus
Dengan AVG melindungi sistem anda, anda boleh berbual dan menghantar mesej kepada rakan anda di Facebook dan rangkaian sosial lain dengan menyedari bahawa setiap laman web dan pautan diperiksa untuk keselamatan. Anda tidak akan mengambil pautan berniat jahat daripada rakan anda - dan anda juga tidak akan menghantarnya!
- AVG Social Networking Protection
- Social Networking Protection adalah berkuasa untuk AVG 2012 dan unik kepada AVG. Pautan yang ditukar dalam Facebook, Twitter dan MySpace diperiksa secara automatik pada masa nyata supaya anda dan rakan anda selamat.
AVG Social Networking Protection akan diaktifkan sebaik sahaja anda memasang AVG - tidak perlu risau dengan tetapan akaun atau aplikasi tidak cekap.
Sokongan percuma daripada pakar teknologi yang mengambil berat
AVG memahami keperluan untuk kekal disambungkan ke web dengan selamat tanpa mengira lokasi geografi atau masa anda - matlamat kami adalah untuk memberikan ketenangan fikiran berterusan untuk 24/7.
- Sokongan AVG
- Kami mempunyai pasukan pakar yang anda boleh rujuk pada bila-bila masa untuk sokongan teknikal. Walaupun menjadi pertanyaan pemasangan, konfigurasi produk atau soalan teknikal berkaitan AVG kami di sini untuk menghilangkan tekanan hidup anda dan memastikan anda dilindungi sepenuhnya.
Apa yang pengguna kami katakan
Saya sangat sukakan produk antivirus anda, saya menggunakannya setiap hari untuk melindungi komputer saya, dan ia sangat membantu untuk melihat dalam kubah virus pada pada masa tertentu untuk melihat virus berbahaya yang saya dapat di Facebook! Tahniah, AVG! Ia adalah PRODUk TERBAIK yang anda bina!! Saya mempercayainya!
Kim-Ha Albert (From Frankfurt, Germany. Tinggal di Seattle, Washington)
Versi berbayar AVG telah menyelamatkan komputer saya pada banyak kejadian apabila menonton video muzik juga mencari permainan dalam talian juga apabila seseorang yang tidak mempunyai antimalware atau perlindungan virus menghantar e-mel kepada saya, jadi saya telah memberikan amaran kepada mereka dan memberitahu mereka untuk mendapatkan AVG juga.
Tony Greybeard (Melbourne, Victoria, Australia)
Saya membeli dan memasang AVG pada komputer baharu saya pada April tahun lepas. Semenjak itu saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya hanya boleh menganggap bahawa AVG mengesan dan menghapuskan semua Pepijat sebelum ia mendekati komputer saya jadi saya tidak perlu berasa risau untuk satu perkara. Tahniah AVG!
John Jacobs (Waterlooville, England)
Saya bermula dengan Free AVG dua tahun lalu selepas bertahun-tahun menggunakan pesaing. Pesaing nampaknya memberikan lebih banyak masalah daripada yang ia selesaikan, termasuk melambatkan dan pegun. Kemudian, saya mendapatkan AVG melalui cadangan rakan dan hanya berasa berpuas hati. Saya tidak akan menukar dengan orang lain dan mencadangkan AVG kepada semua orang.
Jonathan Siegel (London, England)
Saya menyukai AVG Anti-Virus kerana ia menghalang virus daripada memasuki komputer anda dan terus menghapuskannya. Selain itu ia juga mengimbas pautan di internet untuk memastikan anda tidak pergi ke tapak yang akan mempunyai banyak perisian pengintip dipasang pada komputer anda. Saya juga berasa lebih selamat, apabila sekarang AVG juga mempunyai pelindung perangkaian sosial dan gajet mudah untuk mengimbas komputer anda dan tidak perlu membuka antara muka AVG. Saya sukakan AVG dan saya akan mencadangkan program Antivirus ini kepada sesiapa sahaja!
Coley Dixon (Durham, North Carolina)
| AVG Anti-Virus 2012 | AVG Internet Security 2012 |
|
|---|---|---|
| Lajukan pengalaman web anda Nikmati video dalam talian lebih cepat daripada sebelum ini. |
![]() |
|
| Sekat Penggodam Perlindungan penting untuk membeli-belah dan urusan perbankan. |
![]() |
|
| Pastikan pemesejan anda bebas daripada spam, cecacing dan komplot Pastikan peti masuk anda bersih daripada spam dan selamat daripada komplot pemancingan. |
![]() |
|
| Sokongan percuma dan kemas kini keutamaan Matlamat kami adalah untuk memberikan ketenangan fikiran selama 24/7. |
![]() |
![]() |
| Hentikan Pencuri Identiti Lindungi daripada ancaman identiti yang mensasarkan PC anda. |
![]() |
![]() |
| AntiVirus memenangi anugerah yang tidak akan mengganggu anda Perlindungan daripada ancaman yang terus berkembang. |
![]() |
![]() |
| Melayari, mencari dan menggunakan Facebook dengan selamat AVG memaklumkan anda terhadap ancaman sebelum anda klik. |
![]() |
![]() |
| AVG Anti-Virus 2012 RM 100 Percubaan |
AVG Internet Security 2012 RM 150 Percubaan |
|
Perkakasan Komputer
Keperluan sistem minimum
| Pemproses | Intel Pentium 1.5 GHz atau lebih cepat |
| Memori | 512 MB RAM |
| Ruang kosong cakera keras (untuk pemasangan) | 950 MB |
Keperluan sistem yang disyorkan
| Pemproses | Intel Pentium 1.8 GHz atau lebih cepat |
| Memori | RAM 512 MB |
| Ruang kosong cakera keras (untuk pemasangan) | 1350 MB |
Penyemak imbas web
Teknologi AVG LinkScanner® serasi dengan:
- Microsoft Internet Explorer
- Mozilla Firefox
- Google Chrome
Sistem pengendalian
AVG Antivirus sesuai dengan:
| Sistem Pengendalian | AVG Anti-Virus 2012 |
|---|---|
| MS Windows XP | ![]() |
| MS Windows XP Pro x64 Edition | ![]() |
| MS Windows Vista | ![]() |
| MS Windows Vista x64 Edition | ![]() |
| MS Windows 7 | ![]() |
| MS Windows 7 x64 Edition | ![]() |
Bahasa
AVG Antivirus tersedia dalam bahasa berikut:
| Bahasa | AVG Anti-Virus 2012 |
|---|---|
| Bahasa (Indonesia) | ![]() |
| Portugis Brazil | ![]() |
| Cina (Tradisional) | ![]() |
| China (Mudah) | ![]() |
| Czech | ![]() |
| Denmark | ![]() |
| Belanda | ![]() |
| Inggeris | ![]() |
| Perancis | ![]() |
| Jerman | ![]() |
| Hungary | ![]() |
| Itali | ![]() |
| Jepun | ![]() |
| Korea | ![]() |
| Bahasa Melayu | ![]() |
| Bahasa Poland | ![]() |
| Portugis (Portugal) | ![]() |
| Rusia | ![]() |
| Serbia | ![]() |
| Slovak | ![]() |
| Sepanyol | ![]() |
| Turki | ![]() |
1 tahun langganan Beli Sekarang
Jaminan Wang Balik
BANTUAN DENGAN PEMBELIAN
Hantar e-mel kepada kami:
Tulis kepada kami



