Perlindungan penuh untuk PC Windows 8 anda

Lindungi PC Windows 8 anda daripada virus, perisian hasad, ransomware dan ancaman lain dengan antivirus yang tidak akan memperlahankan komputer anda. Perisian antivirus percuma kami menggabungkan kecerdasan buatan dan data yang diperoleh daripada jutaan pengguna kami yang dipercayai untuk memastikan komputer Windows 8 anda selamat dan dilindungi.

Feature icon Stopwatch

Dipasang hanya beberapa minit

Dapatkan perlindungan yang hebat dengan pemasangan yang ringan dan mudah.

Feature icon with blue laptop outline

Perlindungan PC Masa Nyata

Mengemas kini secara automatik menggunakan analisis masa nyata tanpa memperlahankan anda.

Feature icon Globe

Perlindungan Web & E-mel

Mengimbas peranti anda dan menyekat pautan, muat turun dan lampiran yang tidak selamat.

AVG AntiVirus FREE bekerja sepanjang masa untuk memberikan komputer Windows 8 anda perlindungan perisian hasad yang terbaik dengan mengemas kini dalam masa nyata untuk memastikan anda, PC anda serta keluarga anda selamat dalam talian.
Mudah. Efisien. Percuma.

Mengapa gunakan AVG AntiVirus untuk PC Windows 8 anda?

Feature icon Shield

Menghentikan perisian intip, virus & perisian hasad.

Feature icon Magnifier with Cursor

Memberi amaran kepada anda tentang pautan web yang tidak selamat.

Feature icon Radar

Mengimbas dengan pantas dan senyap.

Feature icon, gift, blue

Dan yang paling bagus?
Semuanya percuma.

Benar, Windows 8 disertakan dengan keselamatannya sendiri yang terbina dalam tetapi ciri ini tidak memberikan perlindungan yang lengkap untuk PC anda seperti yang diberikan oleh AVG AntiVirus FREE. Malah, dalam ujian terbaharu oleh AV-Comparatives, AVG telah menyekat 100% ancaman perisian hasad berbanding hanya 95.6% oleh Microsoft  ini bermakna PC Windows 8 anda adalah lebih selamat dan lebih terjamin dengan AVG. Sedia?

Menaik taraf PC Windows 8 anda?

Tiada sokongan atau kemas kini keselamatan yang tersedia untuk pengguna Windows 8 sejak 12 Januari 2016 dan kini Microsoft telah mengumumkan bahawa sokongan lanjutan untuk Windows 8.1 akan tamat pada Januari 2023. Oleh itu, kami sangat mengesyorkan semua pengguna Windows 8.1 untuk menaik taraf kepada versi Windows terkini.

AVG AntiVirus FREE memastikan komputer anda dilindungi daripada ancaman dalam talian. Jika anda menaik taraf sistem pengendalian Microsoft Windows 8, AVG AntiVirus anda akan terus berfungsi kerana ia serasi dengan semua versi Windows terkini. Layari Internet dengan penuh yakin, mengetahui bahawa kedua-dua keselamatan dalam talian dan komputer anda dalam keadaan selamat.

Cara memasang AVG AntiVirus pada Windows 8

Number 1, blue circle

Muat turun fail pemasangan di bawah.

Number 2, blue circle

Jalankan fail untuk memulakan pemasangan anda.

Number 2, blue circle

Ikut langkah mudah pada skrin anda.

Number 4, blue circle

Selepas pemasangan selesai, mulakan semula komputer. Mudah!

Bantu sebarkan berita ini

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan Sistem

Windows Logo

Windows 11, 10, 8, 7

Feature icon Apple

OS X 10.10 Yosemite atau lebih tinggi

Feature icon Android

Android 5.0 atau lebih tinggi

Feature icon iOS

iOS 10.3 atau lebih baharu

Bahasa

Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.

Untuk Mac: Bahasa Inggeris sahaja.

Untuk Android: Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.

Soalan Lazim

  • Mengapakah AVG merupakan salah satu aplikasi antivirus percuma yang terbaik untuk Windows 8?

    AVG AntiVirus FREE ialah salah satu aplikasi keselamatan percuma terbaik untuk Windows 8 kerana perlindungan komprehensif yang diberikannya terhadap perisian hasad, serangan pemancingan data, penceroboh Wi-Fi, dan ancaman lain. Terima kasih kepada rangkaian pengesanan ancaman global kami, kami dapat mencegah serangan daripada ancaman baru ketika ancaman ini muncul. Sekiranya PC anda sudah dijangkiti, AVG AntiVirus FREE boleh membuang perisian intip, ransomware, dan jenis perisian hasad lain sebelum ancaman ini boleh melakukan bahaya tambahan.

  • Mengapakah Windows 8 memerlukan perlindungan antivirus?

    Umumnya diakui bahawa Windows Defender tidak cukup untuk melindungi sepenuhnya peranti anda. Walaupun Windows Defender menawarkan perlindungan yang wajar terhadap ransomware dan jenis perisian hasad yang biasa, pertahanan antipemancingan datanya terhad kepada Microsoft Edge. AVG AntiVirus FREE melindungi daripada serangan pemancingan data dan serangan pharming tidak kira jenis pelayar yang anda gunakan. Dan perisian ini memantau rangkaian rumah anda untuk mengesan sebarang tanda-tanda pencerobohan. Anda lebih selamat apabila melindungi PC anda dengan perisian antivirus pihak ketiga yang kuat seperti AVG AntiVirus FREE.

  • Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika peranti Windows 8 saya terdapat virus?

    AVG AntiVirus untuk Windows 8 mengimbas PC anda secara automatik dan membuang virus serta perisian hasad lain, sambil mengesan dan menyekat ancaman perisian hasad yang masuk. Perisian ini juga mengesan dan menyekat pautan yang mencurigakan, tapak web yang tidak selamat dan lampiran yang meragukan. Sekiranya terdapat virus komputer atau perisian hasad lain di PC anda, AVG AntiVirus Free untuk Windows 8 akan mengesan dan membuangnya dengan segera, sebelum perisian ini boleh menyebabkan bahaya tambahan.

  • Adakah saya masih akan dilindungi apabila menaik taraf?

    Ya! Apabila anda menaik taraf kepada sistem pengendalian Windows yang lebih baru, seperti Windows 10, AVG akan terus melindungi peranti anda – perisian ini serasi dengan semua versi Windows yang terkini. Selepas anda menaik taraf, pasang semula AVG AntiVirus FREE sebaik sahaja anda selesai. Anda boleh memuat turun AVG AntiVirus untuk Windows 10 di sini.

Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Privasi  |  Perjanjian lesen  |  Kuki  |  Semua tanda dagangan pihak ketiga adalah hak milik pemilik masing-masing.  |  © 2024 AVG Technologies. Hak cipta terpelihara.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu