Gambaran Keseluruhan Teknologi
AVG 2013 MERANGKUMI TEKNOLOGI PENCEGAHAN YANG TERKINI. KETAHUI SELANJUTNYA MENGENAI BAGAIMANA KAMI MEMASTIKAN BERJUTA-JUTA ORANG DI SELURUH DUNIA SELAMAT.
Apakah itu AVG Internet Security 2013
AVG Internet Security 2013 dan AVG Internet Security 2013 Business Edition menyediakan perlindungan yang kukuh untuk kegunaan di rumah dan perniagaan. Produk itu sendiri mendapat manfaat daripada pasukan pakar keselamatan Internet yang berdedikasi dan komuniti pengguna di seluruh dunia, yang membantu AVG untuk sentiasa memajukan set ciri dan kekuatan produknya.
Dikhususkan untuk berfungsi pada tahap yang sesuai dengan keperluan pengguna yang berberza-beza, setiap satu produk ini disesuaikan untuk kegunaan di rumah dan di pejabat. Peranan utama mereka adalah untuk menjadikan virus, spam, perisian intip dan Trojan lemah ketika membaut kecurian identiti, eksploitasi web, pemalsuan pandu lalu dan rootkit memori jauh.
AVG Internet Security 2013 melindungi pengguna ketika mereka melayari web dan berkomunikasi pada perkhidmatan Instant Messenger (IM), sambil menyediakan keselamatan secara serentak kepada Rangkaian Kawasan Setempat (jika ia wujud) terhadap serangan berbahaya sistem.
Dengan teknologi pelbagai lapisan (tetapi bersepadu), pengguna AVG akan mendapat ketenangan fikiran apabila berkaitan dengan pencuri identiti, virus atau risiko berkaitan dengan melawati tapak web berbahaya. Cadangan teknologi di sini adalah peluang untuk membeli, bank dan membuat transaksi dengan keyakinan, menghalang spam dan pengkomplot, muat turun/berkongsi fail dan sembang dengan selamat. Pengguna juga boleh menikmati ketenangan fikiran apabila perangkaian di Rangkaian Sosial.
AVG 2013 Internet Security dibina dengan ciri-ciri baharu sepenuhnya sejak keluaran produk 2011 kami Baharu dalam 2013 adalah Pemecut AVG, yang membantu mempercepatkan pengalaman Internet dengan pemecutan muat turun dan video Flash. Juga yang baharu adalah Nasihat AVG yang memberikan bantuan dan cadangan jika dapat mengesan masalah memori yang disebabkan oleh sesi penyemak imbas di mana tab telah dibuka untuk jangka masa yang lama.
AVG 2013 menggunakan kuasa syarikat komuniti pengguna global yang terbesar untuk menjadikan Internet lebih selamat untuk pengguna di mana sahaja. Pendekatan "People-Powered Protection" AVG adalah asas kepada tawaran perisian keselamatan AVG; dengan memanfaatkan kuasa pada komuniti dalam talian, AVG meningkatkan keupayaannya untuk meramal, mengenal pasti dan menghalang serangan sebelum ia merebak. Disebabkan ini, perisian boleh mengasingkan dan mengesan aktiviti hasad lebih cepat daripada yang sebelum ini.
Kaedah Pengesanan AVG
Kunci kepada kecekapan AVG untuk mengesan fail yang telah terinfeksi dan mengeksploitasi adalah pelindungan teknologi pelbagai lapisan. Fail terlebih dahulu diproses - dan yang dianggap tidak perlu untuk analisis virus dikecualikan untuk dayakan pengimbasan yang lebih cepat.
Pengesanan berdasarkan penanda
Ini percubaan untuk memadankan fail kepada penanda virus yang dikenali - jujukan bait yang diketahui ciri-ciri virus tertentu. Analisis terperinci kemudiannya dilakukan untuk mengenal pasti jangkitan sebenar.
Pengesanan berdasarkan polimorfi
Kaeda biasa untuk mengesan virus yang dikenali, ini digunakan untuk menentukan variasi baharu virus yang dikenali, walaupun variasi baharu berkelakuan berlainan. Kaedah ini efektif terutamanya dalam pengesana virus makro dan virus skrip.
Analisis berdasarkan Heuristik
Lapisan ketiga untuk mengesan virus adalah analisis heuristik, yang melihat kepada kelakuan perisian untuk mengenal pasti sama ada atau tidak ia hasad. Ini membenarkan ia mengesan virus, yang tidak termasuk dalam pangkalan data dalaman virus.
Analisis Berdasarkan Kelakuan
Ini adalah lapisan keempat untuk mengesan virus. Teknologi paten-pending (menunggui paten) ini melihat kepada bagaimana perisian berkelakuan untuk menentukan kelakuan failyang diserang dan mencegah perlaksaan mereka.
Ciri Baharu
AVG Internet Security 2013 adalah satu-satunya produk keselamatan yang dimasukkan Pemecut AVG - komponen produk ini direka untuk menambah, bukan menjejaskan (dengan melambatkan PC), kandungan yang pengguna akan meluangkan masa untuk menggunaknnya dalam talian.
Penasihat AVG
- Penasihat AVG adalah perkhidmatan proaktif yang baharu yang memantau komputer dan menasihatkan pengguna dengan penyelesaian untuk pelbagai masalah yang komputer tersebut ada. Penyelidikan menunjukkan pengguna selalu membuka penyemak imbas untuk berjam-jam lamanya (sebanyak 15-24 jam pada setiap masa) tanpa mengetahui aplikasi ini sentiasa memakan memori tersedia PC.
- Dari semasa ke semasa, memori tersedia dikurangkan ke tahap yang rendah dan ini menyebabkan komputer menjadi lambat.
- Nasihat "Penggunaan memori berlebihan" oleh penyemak imbas Internet
(Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer sahaja.) - Menggesa "penggunaan memori berlebihan" oleh penyemak imbas Internet
(Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer sahaja.) - Boleh dimatikan secara manual.
- Menguruskan melalui pautan daripada proaktif timbul, yang membuka tetapan lanjutan dalam dulang pemberitahuan.
AVG Accelerator
- AVG Accelerator memaksimumkan keterkaitan komputer untuk menghantar maklumat dengan lebih cepat.
- Kurang masa yang diluangkan untuk video dan fail kandungan lain untuk dimuat turun.
- Menyokong Video Flash dan beberapa fail kandungan yang lain - (fail sasaran tambahan akan ditambah dalam keluaran berikutnya).
- Secara lalai, tetapan boleh diuruskan dalam tetapan lanjutan.
Ciri Dipertingkatkan
- Jejak dan prestasi dipertingkatkan secara menyeluruh.
- Proses yang kurang, penggunaan memori yang kurang, masa but yang lebih cepat, cadangan teknologi AVG 2013 fokus kepada mempercepatkan PC anda semasa ia melindungi.
- Sekuriti web dipertingkatkan
- Meningkatkan pengesanan mengelak ancaman web.
- User Interface (UI) menyusun semula untuk kelihatan dan rasa lebih intuitif.
- Beberapa komponen UI telah dikumpulankan bersama untuk mengurangkan jumlah komponen secara keseluruhan.
- Terdapat juga tetapan lalai tambahan untuk dialog panjar "tetapan Perlindungan Identiti".
- AVG telah membaiki pemberitahuan mengenai pengguna yang log masuk pada dialog permintaan memulakan semula dan pilihan "Abaikan keadaan komponen ini" yang tersedia daripada tetapan lanjutan.
- Prestasi AntiRootkit sekarang lebih baik supaya pengesanan malware yang tersorok dalam OS dapat dijumpai -- serta sokongan tambahan untuk pengecualian antirootkit.
Ciri Baru Lain
- Menambah butang tetap semula untuk statistik AntiSpam.
- Statistik lanjutan komponen pengimbas dokumen SharePoint.
- Statistik lanjutan VSAPI dan komponen pengangkutan ejen antivirus.
- Menambah pilihan untuk mematikan imbasan e-mel keluar dalam pemalam VSAPI
Memastikan Dikemas Kini
Ia adalah penting untuk memastikan perisian antivirus anda dikemas kini. AVG 2013 menjadikan ia mudah untuk mengemas kini dan dilindungi daripada ancaman terkini melalui proses manual dan automatik.
Fail kemas kini tersedia apabila permintaan untuk memuat turun kemas kini dihantar ke pelayan AVG dalam jumlah yang besar. Ini adalah kerana AVG mengedarkan fail kemas kini menggunakan pelayan rangkaian perkhidmatan seluruh dunia yang teguh.
Ciri utama termasuk:
- Fail kemas kini kecil (saiz biasanya hanya sepuluh KB)
- Keperluan jarang untuk memulakan semula komputer selepas kemas kini
- Mengemas kini sekali sehari
- Kemungkinan untuk menjadualkan atau melakukan kemas kini secara manual
- Sokongan pengesahan pelayan proksi
- E-mel kemas kini AVG membolehkan pengguna berdaftar menerima maklumat kemas kini terkini
- Kemas kini fail tersedia walaupun sewaktu tempoh permintaan muat turun tinggi
Produk Lain dari AVG pada tahun 2013
AVG PC Tuneup
Dalam tambahan kepada rangkaian teras produk, AVG PC TuneUp sekarang tersedia untuk membantu pengguna semua tahap kepakaran mendapat lebih daripada PC mereka. Semua pengguna boleh menggunakan imbasan satu masa tetap secara percuma.
Memberikan semua pengguna dengan 16 alatan, ia mendayakan pengguna untuk:
- Meningkatkan kelajuan, prestasi dan kestabilan PC
- Mengosongkan ruang pada pemacu keras
- Melajukan sambungan Internet
- Dapatkan semula fail yang dipadamkan secara tidak sengaja
- Mencarik fail dan menghapuskan cakera - secara kekal
- Membuang kesan aktiviti pengguna daripada PC
AVG Family Safety
http://www.avg.com/avg-family-safety
Mobile Protection from AVG Mobilation™
http://www.avg.com/antivirus-for-android
AVG LiveKive™
- Menjadualkan sandaran automatik kepada data peribadi dan profesional untuk ketenangan fikiran. Anda juga boleh mengembalikan semula fail penting, folder, dsb yang dipadam secara tidak sengaja.
- Mengetahui maklumat berharga anda disimpan dengan selamat dalam pusat data yang selamat kami yang dilindungi dengan penyulitan industri terkemuka.
- Gabung data daripada semua folder anda dan peranti didayakan web ke satu lokasi selamat untuk akses mudah.
- Akses fail anda bila-bila masa, daripada mana-mana dengan AVG LiveKive™
MultiMi™
- Penggunaan atas akaun e-mel, Facebook, Twitter dan Linkedln dalam aplikasi mudah dan selamat.
- Antara muka intuitif MultiMi membuatkan ia mudah untuk menerima dan menghantar semula fail, termasuk gambar, muzik dan video.
- Mempunyai semua kenalan dan kalendar dalam satu tempat membuatkan ia senang untuk memantau semua yang berlaku dalam kehidupan anda.
- Dengan menggabungkan AVG LinkScanner®, MultiMi secara automatik menilai pertukaran pautan melalui media sosial dalam masa sebenar.
Sambung dengan AVG