Lindungi telefon atau tablet
perniagaan anda dengan aplikasi yang terbaik

AVG AntiVirus melindungi daripada virus, perisian pengintip, pencuri & pengintip

Antivirus

Perlindungan berkuasa untuk perniagaan anda

Lindungi syarikat dan rakan sekerja anda dengan enjin antivirus terbaik dalam industri untuk telefon pintar dan tablet Android. Selepas dipasang, aplikasi ini berjalan dengan senyap untuk melindungi anda daripada virus terkini, malware, perisian pengintip, aplikasi dan tetapan yang tidak selamat, pemanggil yang tidak dikehendaki dan ancaman jahat lain.

UI dua antikecurian telefon Android

Antikecurian

Hilang? Cari & kuncinya dari jauh.

Jika telefon atau tablet perniagaan anda hilang, anda boleh melawati tapak web antikecurian kami daripada telefon pintar atau komputer lain untuk mengunci peranti anda dari jauh jika peranti ini disambungkan kepada Internet. Anda boleh mencari telefon pintar anda di Google Maps®, malah anda boleh membunyikan penggera pada kelantangan maksimum.

Perangkap Kamera

Lihat siapa yang memiliki telefon atau tablet perniagaan anda

Bantu menangkap orang yang mengintip telefon pintar atau tablet perniagaan anda. Apabila peranti anda gagal dibuka kunci sebanyak 3 kali, Perangkap Kamera akan mengambil gambar mereka secara senyap dan menghantar foto itu kepada anda melalui e-mel dengan butiran masa dan lokasi kejadian.

Sandaran Aplikasi

Sandarkan mana-mana aplikasi ke kad SD anda

Sandaran Aplikasi menyandarkan aplikasi anda ke kad SD agar anda tidak akan sekali-kali terperangkap tanpa data dan utiliti kegemaran anda.

 

UI sandaran telefon Android dengan awan

AVG AntiVirus untuk Android™ – Business

Gambar kotak Antivirus untuk Android Business tanpa bayang
Langkau ke kandungan Langkau ke menu