Dapatkan perlindungan antivirus penuh dengan ciri tambahan untuk Windows XP

AVG antivirus untuk Windows XP memberi anda perlindungan lengkap daripada ancaman dalam talian, serta semua ciri tambahan  seperti mengimbas fail tertentu secara berasingan pada PC Windows XP anda dan memberi amaran sebelum anda menyambung kepada rangkaian yang tidak selamat.

Ikon ciri Jam Randik

Dipasang hanya beberapa minit

Melindungi selama-lamanya dengan pemasangan yang ringan dan mudah.

Ikon ciri dengan rangka komputer riba berwarna biru

Perlindungan PC Masa Nyata

Mengemas kini secara automatik menggunakan analisis masa nyata tanpa memperlahankan anda.

Ikon ciri Dunia

Perlindungan Web & E-mel

Mengimbas peranti anda dan menyekat pautan, muat turun dan lampiran yang tidak selamat.

Perisian percuma kami menggabungkan data daripada jutaan pengguna kami untuk memberikan anda keselamatan Windows XP yang terbaik untuk PC anda. AVG AntiVirus FREE mengemas kini secara berterusan dalam masa nyata untuk memberikan komputer Windows XP anda perlindungan malware yang muktamad bagi memastikan anda, PC anda serta keluarga anda selamat dalam talian.

Semuanya dengan satu klik.

Sebab anda perlukan perlindungan tambahan untuk Windows XP

Anda berpendapat anda sudah memiliki keselamatan dengan perisian Windows XP? Firewall terbina dalamnya tidak mencukupi dan Windows XP tiada antivirus, tiada antiperisian pengintip dan tiada kemas kini keselamatan. Malah, Microsoft sendiri telah menghentikan sokongan terhadap Windows XP pada tahun 2014, ini bermakna mereka tidak mengeluarkan kemas kini keselamatan untuk Windows XP lagi.

Dan AVG AntiVirus FREE? Kami ada semuanya. Kerana, apabila bercakap tentang keselamatan PC Windows XP anda, ada risiko yang tidak berbaloi untuk diambil.

Ikon ciri Shield

Menghentikan perisian pengintip, virus & malware.

Ikon ciri Kanta Pembesar dengan Kursor

Memberi amaran kepada anda tentang pautan web yang tidak selamat.

Ikon ciri Radar

Mengimbas dengan pantas dan senyap.

Ikon ciri, hadiah, biru

Dan yang paling baik?
Semuanya secara percuma.

Menaik taraf PC Microsoft Windows XP anda?

AVG antivirus memberi anda perlindungan penting untuk PC Windows XP anda, menghentikan virus, perisian pengintip dan malware lain. Program ini serasi dengan semua versi terkini Windows, maka apabila anda sudah sedia untuk menaik taraf daripada Windows XP kepada Windows 7, Windows 8 atau Windows 10, AVG antivirus anda akan terus berfungsi. Padat dan serasi dengan Windows XP, ini ialah antivirus yang dipermudahkan. Dan percuma.

Cara memasang AVG Antivirus pada Windows XP

Nombor 1, bulatan biru

Muat turun fail pemasangan di bawah.

Nombor 2, bulatan biru

Jalankan fail untuk memulakan pemasangan anda.

Nombor 2, bulatan biru

Ikut langkah mudah pada skrin anda.

Nombor 4, bulatan biru

Selepas pemasangan selesai, mulakan semula komputer. Mudah!

Bantu sebarkan berita ini

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan Sistem

Logo Windows

Windows 10, 8, 7, Vista, XP SP3

Ikon ciri Apple

OSX 10.8 Mountain Lion atau lebih tinggi

Ikon ciri Android

Android 2.2 atau lebih tinggi

Bahasa

Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.

Untuk Mac: Bahasa Inggeris sahaja.

Untuk Android: Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu