Dasar Penggunaan Boleh Diterima AVG Safe Surf

Bilangan Sambungan Serentak.  Langganan anda untuk produk VPN kami secara lalainya membolehkan anda untuk menggunakan paling banyak 2 sambungan serentak sahaja, melainkan anda telah membayar akaun yang mempunyai lebih daripada 2 sambungan bagi satu akaun.  Jika anda melebihi bilangan sambungan pada akaun anda, kami akan menggantung akaun anda tanpa notis.  Jika anda ingin menambahkan bilangan sambungan serentak anda yang telah diperuntukkan, sila hubungi kami di info@hidemyass.com.

Anda boleh menggunakan tapak kami atau produk VPN serta perkhidmatan kami untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang sahaja.  Anda tidak boleh menyalahgunakan tapak kami, produk VPN kami atau sebarang perkhidmatan kami, atau menggunakannya dalam apa jua cara yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan tempatan, negara atau antarabangsa yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:

  • dalam apa jua cara yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan tempatan, negara atau antarabangsa yang berkaitan;
  • memuat naik, mengirim, menghantar e-mel atau menghantar atau mengakses mana-mana kandungan ang melanggar mana-mana kontrak, paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak proprietari mana-mana pihak lain;
  • bagi tujuan membahayakan atau cuba membahayakan kanak-kanak dalam apa jua cara;
  • dalam apa jua cara yang melanggar syarat peruntukan virus dan penggodaman yang ditetapkan di bawah (Virus, Menggodam dan Kesalahan Lain).
  • memuat naik, mengirim, menghantar e-mel atau menghantar sebarang kandungan yang ditujukan untuk menghasut atau menyebabkan kelakuan yang pasti berlaku yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat, mengganggu, tidak jujur, memfitnah, tidak beradab, lucah, libel, menceroboh privasi orang lain, kebencian atau perkauman, etnik atau tidak menyenangkan dan berkemungkinan menyebabkan kelakuan sedemikian;
  • menyamar sebagai sesiapa sahaja atau mana-mana entiti atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan anda dengan seseorang atau entiti;
  • terlibat dalam mana-mana fraud atau penipuan;
  • memalsukan tajuk atau memanipulasikan identiti untuk menyembunyikan tempat asal mana-mana kandungan yang dihantar menerusi sistem;
  • memuat naik, mengirim, menghantar e-mel atau menghantar apa-apa pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan, bahan promosi, "mel sarap", "spam", "surat berantai" atau "skim piramid";
  • mengganggu atau menjejaskan tapak kami atau sistem, pelayan atau rangkaian produk VPN yang disambungkan ke tapak kami atau sistem produk VPN atau tidak mematuhi mana-mana keperluan, prosedur, dasar atau peraturan rangkaian yang disambungkan ke tapak kami atau sistem produk VPN;
  • mengumpul atau menyimpan data peribadi tentang pengguna lain tanpa pengetahuan atau keizinan mereka;
  • menggalakkan atau memberikan maklumat berbentuk arahan tentang aktiviti haram, menggalakkan kecederaan fizikal atau kecederaan terhadap mana-mana kumpulan atau individu atau menggalakkan sebarang tindakan kekejaman terhadap haiwan; atau
  • untuk sebarang tujuan yang kami tentukan mengikut budi bicara kami sebagai penyalahgunaan sistem kami.

Menurut budi bicara kami, kami boleh menolak daripada menawarkan sokongan e-mel kepada mana-mana pengguna yang menggunakan bahasa yang menyinggung atau kesat atau yang melanggar mana-mana terma kami termasuk dasar penggunaan boleh diterima ini.
 

Virus, menggodam dan kesalahan lain

Anda tidak boleh menyalahgunakan tapak atau produk VPN kami dengan sengaja memperkenalkan virus, trojan, cecacing, bom logik atau bahan lain yang berniat jahat atau berbahaya dari segi teknologi. Anda tidak boleh cuba untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran ke tapak atau produk VPN kami, pelayan tempat tapak atau produk VPN kami disimpan atau mana-mana pelayan, komputer atau pangkalan data yang disambungkan ke tapak atau produk VPN kami. Anda tidak boleh menyerang tapak atau pelayan VPN kami melalui serangan penafian perkhidmatan atau serangan penafian perkhidmatan teragih. Apabila anda melanggar peruntukan ini, anda akan melakukan jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer 1990. Kami akan melaporkan sebarang pelanggaran sedemikian kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tersebut dengan mendedahkan identiti anda kepada mereka. Sekiranya berlaku pelanggaran, hak anda untuk menggunakan tapak dan produk VPN kami akan dihentikan serta-merta. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh serangan penafian perkhidmatan teragih, virus atau bahan lain yang berbahaya dari segi teknologi yang boleh menjangkiti peralatan komputer anda, atur cara komputer, data atau bahan proprietari lain yang disebabkan oleh penggunaan tapak atau produk VPN kami atau oleh muat turun sebarang bahan yang disiarkan padanya atau pada mana-mana tapak web yang dipaut padanya.

Ingin melihat dasar kami yang lain?
Langkau ke kandungan Langkau ke menu