AVG Secure Search memberi amaran kepada anda sebelum anda melawat halaman web yang berbahaya untuk memastikan identiti, maklumat peribadi dan komputer anda dilindungi. Di samping itu, AVG Do Not Track kami bersepadu memberikan kembali kawalan terhadap privasi anda kepada anda.
Perlindungan semasa mencari dan melayari
AVG Secure Search memberikan lapisan keselamatan tambahan semasa mencari dan melayari untuk melindungi anda dari tapak web yang dijangkiti. AVG Secure Search menyemak setiap halaman sebelum anda mengklik pada pautan untuk memastikan identiti anda, maklumat peribadi anda dan PC anda dilindungi.
Menilai setiap pautan untuk keselamatan
AVG Secure Search memberikan penilaian keselamatan yang jelas untuk setiap pautan dalam hasil carian anda, membolehkan anda mentaksirkan dengan segera keselamatan setiap tapak yang anda minati sebelum anda pergi ke tapak tersebut.
Tapak yang dijangkiti ditandakan supaya anda mengetahui dengan serta-merta tapak mana yang selamat dan tapak mana yang harus dielakkan.
Menemui ancaman di mana perisian lain mungkin terlepas
Perlindungan unik, pencegahan, perlindungan masa nyata semasa anda mencari dan melayari. Sebaik sahaja anda mula menyemak imbas laman web yang dijangkiti dan telah dinilai sebagai 'Berbahaya' oleh AVG, AVG Secure Search memberi amaran kepada anda dan menghalang halaman itu daripada dibuka:
AVG Secure Search juga melindungi anda semasa anda memasukkan terus alamat web ke dalam pelayar anda, semasa anda mengklik pautan pada enjin carian atau tapak rangkaian sosial dan semasa atur cara atau aplikasi membuka pelayar web anda.
Kawalan privasi dalam talian
AVG Do Not Track membolehkan anda mengenal pasti tapak web mana yang mengumpul data mengenai aktiviti dalam talian anda dan memberikan anda pilihan sama ada hendak membenarkannya atau tidak.
Miliki kawalan ke atas privasi anda
Ketahui tapak web mana yang mengumpul maklumat tentang tabiat menyemak imbas anda dan buat keputusan sama ada anda ingin dijejaki atau tidak. AVG Do Not Track membantu anda mengenal pasti dan menyekat Ad networks, Social Buttons dan Web Analytics yang mungkin menjejaki aktiviti anda. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk memberitahu tapak web tersebut mengenai pilihan anda untuk tidak dijejaki.
Ikon dalam AVG Security toolbar memberitahu anda jika tapak web atau pengiklan sedang menjejaki aktiviti anda pada halaman yang sedang anda lawati.
Klik pada ikon AVG Do Not Track untuk melihat penjejak mana yang aktif pada halaman yang sedang anda lawati. Sekat perkhidmatan yang anda tidak mahu menjejak aktiviti dalam talian anda dengan mengklik pada simbol mata (
).
Pengalaman web yang lebih mudah dan lebih pantas
Membantu anda mengakses dengan pantas perkara yang sedang anda cari. Di sebelah kotak carian, anda akan menemui ciri lain yang berguna yang memberikan anda maklumat penting tanpa menyesakkan pelayar anda. Selain itu, AVG Rewards kami yang disepadukan membantu anda menemukan tawaran beli-belah dalam talian yang hebat.
Tawaran beli-belah yang hebat di hujung jari anda
AVG Rewards membantu anda menemukan beberapa tawaran terbaik dan harga terendah semasa anda membeli-belah dalam talian. Ia menjimatkan masa dan wang anda dengan melakukan carian terperinci di Internet untuk memberikan anda semua tawaran dan promosi yang berkaitan daripada peruncit dalam talian kegemaran anda.