AVG Secure VPN untuk PC — cuba percubaan percuma 60 hari kami

Tingkatkan keselamatan trafik web komputer riba atau PC anda di Wi-Fi awam dengan penyulitan gred tentera. Lakukan lebih lagi untuk menyembunyikan aktiviti dalam talian anda. Akses kandungan kegemaran anda. Lakukan semuanya pada 10 peranti maksimum.

Cubalah

Cuba selama 60 hari secara percuma

Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Juga tersedia untuk Mac, Android dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Android dan iOS
Layari dalam talian secara lebih rahsia
Penyulitan gred tentera
Akses 50+ lokasi pelayan
Berfungsi pada 10 peranti maksimum

Pertingkatkan privasi dan keselamatan dalam talian anda dengan Secure PC VPN kami

Menggunakan VPN melindungi privasi anda dan mengukuhkan keselamatan anda. Anda boleh menyembunyikan lokasi dan aktiviti dalam talian anda, serta menyekat penggodam dalam rangkaian Wi-Fi awam — dengan menukar kepada AVG Secure VPN.

Membantu menyembunyikan lokasi dan alamat IP anda

Menyembunyikan aktiviti anda untuk pelayaran, perbankan, beli-belah dalam talian, e-mel, sembang dan carian lebih selamat — di rumah dan Wi-Fi awam.

Mengukuhkan keselamatan trafik web PC anda

Penyulitan gred tentera kami menjamin sebarang sambungan Internet supaya semua aktiviti anda melalui rangkaian dilindungi, termasuk di Wi-Fi awam.

Mengurangkan data anda kongsikan tentang aktiviti dalam talian anda

Sulitkan sambungan anda supaya tiada sesiapa boleh melihat atau mengesan aktiviti dalam talian anda. Bukan jiran, bukan penggodam, bukan ISP anda – bukan juga kerajaan.

Lihat kandungan kegemaran anda pada bila-bila masa yang anda mahukan

Hanya pilih negara daripada senarai pelayan tanpa nama antarabangsa dan akses kandungan (cth. khidmat penstriman, rancangan, filem) seperti anda berada di sana.

VPN pantas, dipercayai, dan selamat untuk PC Windows anda

Nikmati kelajuan dan kemudahan. AVG Secure VPN tidak akan memperlahankan kelajuan sambungan anda, jadi anda boleh melayari, menstrim atau main permainan tanpa gangguan. Kami juga akan menyambungkan anda secara automatik ke pelayan optimum untuk pengalaman VPN yang mudah.

Mulakan percubaan percuma 60 hari anda

Akses lebih 50 lokasi pelayan dengan VPN selamat untuk PC kami — dan bukan itu sahaja

Perkhidmatan VPN yang ringkas dan berkuasa

Muat turun VPN anda, pasang dan sambung ke jaringan dengan selamat dengan satu klik.

Penyulitan gred tentera

Penyulitan 256 bit melindungi aktiviti dalam talian anda daripada pengintip.

Guna lebih daripada 50 lokasi pelayan

Lakukan lebih lagi untuk mengakses rancangan TV dan tapak web kegemaran anda serta memintas penapisan kerajaan.

Berfungsi pada 10 peranti serentak

Gunakan VPN kami merentas peranti berbeza pada rangkaian anda: PC, komputer riba, peranti mudah alih dan Mac.

Jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 30 hari

Cuba tanpa risiko dan jika anda tidak yakin, dapatkan kembali wang anda. Tiada kerumitan, tiada gangguan.

Guna perisian VPN untuk Windows dengan 3 langkah mudah

Sambung kepada mana-mana
Wi-Fi

Di rumah atau di tempat kerja, di sekolah atau di kedai kopi, lapangan terbang, atau kedai – klien VPN kami berfungsi di mana-mana sahaja.

Hidupkan Secure VPN

Lancarkan Secure VPN dan klik butang HIDUP. Anda boleh memilih lokasi lain pada bila-bila masa.

Layari dengan selamat dan
tanpa nama

Itu sahaja! Pelayaran tanpa nama, alamat IP tersembunyi dan lokasi tersembunyi, semuanya dalam satu klik.

Nikmati kandungan kegemaran anda di mana-mana sahaja dengan PC VPN selamat kami

Nikmati pengalaman dalam talian yang lebih lancar dengan kurang kerumitan

Memudahkan anda menikmati video, muzik dan bermain permainan dalam definisi tinggi tanpa penimbalan berterusan.

Akses kandungan yang anda gemari

Pergi lebih jauh dalam membuka sekatan tapak web dan mengakses kandungan kegemaran anda dari negara anda. Pilih salah satu daripada lebih 50 lokasi pelayan kami.

Mulakan percubaan percuma 60 hari anda

Cara untuk memasang

  1. Muat turun AVG Secure VPN untuk Windows.
  2. Klik kanan fail persediaan yang dimuat turun avg_secure_vpn_setup.exe dan pilih Jalankan sebagai pentadbir daripada menu konteks.
  3. Ikuti arahan aplikasi di skrin.

Untuk arahan yang lebih terperinci, sila pergi ke halaman sokongan pemasangan kami.

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan sistem

  • Windows Windows 10, 8, dan 7
    (Windows XP boleh ditemui di sini)
  • Mac MacOS 10.11 (El Capitan) atau lebih tinggi
  • Android Android 5.0 (Lollipop, API 21) atau lebih tinggi
  • iOS iOS 10.0 atau lebih tinggi

Bahasa

Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.

Untuk Mac: Inggeris, Bulgaria, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Czechoslovakia, Denmark, Belanda, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Itali, Jepun, Korea, Norway, Poland, Portugis, Rusia, Sepanyol, Sweden, Slovak, Thailand, Turki, Vietnam

Untuk Android: Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.

Soalan Lazim

Apa itu VPN dan apakah fungsinya?

VPN menyulitkan sambungan rangkaian anda dan menghalakannya melalui satu lagi pelayan untuk menyembunyikan alamat IP anda dan memastikan anda tidak dikenali dalam talian. Dengan alamat IP baharu dan sambungan Internet yang disulitkan dengan selamat, anda dapat menyembunyikan aktiviti dalam talian anda daripada penggodam dan ISP anda, melindungi data anda menerusi Wi-Fi awam percuma, menyamarkan identiti anda dalam talian serta membuka sekatan tapak web dan kandungan kegemaran anda. Terdapat banyak manfaat menggunakan VPN

Lihat panduan lengkap kami yang merangkumi semua perkara yang perlu anda ketahui tentang perlindungan VPN, kemudian ketahui cara menyediakan VPN pada Windows atau cara menggunakan VPN pada telefon mudah alih anda. Pastikan juga anda melihat semua petua, panduan dan nasihat kami tentang VPN.

Bagaimanakah cara untuk menukar alamat IP saya?

Untuk menukar alamat IP anda, ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan. Salah satu cara paling mudah ialah menggunakan VPN. VPN menyulitkan sambungan Internet anda dan menghalakannya melalui pelayan yang berbeza, yang menutup alamat IP asal anda dan menetapkan yang baharu. Anda juga mungkin boleh menukar alamat IP anda dengan menghubungi pembekal perkhidmatan Internet (ISP) anda dan meminta yang baharu.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak sentiasa dijamin dan mungkin tidak disediakan oleh semua ISP. Secara keseluruhan, menggunakan VPN lazimnya merupakan cara yang termudah dan paling berkesan untuk menukar alamat IP anda, terutamanya jika anda ingin memilih lokasi alamat IP baharu anda.

Bagaimanakah cara untuk menyembunyikan alamat IP saya?

Untuk menyembunyikan alamat IP anda, gunakan VPN. VPN menyulitkan sambungan Internet anda dan menghalakannya melalui pelayan jauh. Tindakan ini membuatkan trafik anda kelihatan seperti datang dari alamat IP yang berbeza, lantas dengan berkesan menyembunyikan IP anda sendiri. Anda juga boleh menggunakan pelayan proksi yang menyembunyikan alamat IP anda dan menggantikannya dengan alamat IP pelayan proksi.

Terdapat banyak pelayan proksi yang tersedia, tetapi bukan semua boleh dipercayai atau selamat, jadi secara keseluruhan, pilihan yang lebih baik adalah menggunakan VPN.

Bilakah saya perlu menggunakan VPN?

Pertimbangkan untuk menggunakan VPN dalam situasi berikut:

  • Apabila anda menggunakan Wi-Fi awam: rangkaian Wi-Fi awam selalunya tidak selamat.
  • Apabila anda perlu mengelakkan sekatan kandungan seperti kandungan yang dikenakan sekatan geografi.
  • Apabila anda mahu melindungi privasi anda. Walaupun anda menggunakan sambungan Internet peribadi, ISP (penyedia perkhidmatan Internet) anda masih boleh melihat aktiviti dalam talian anda. Dengan menggunakan VPN, anda boleh menyulitkan sambungan anda dan memastikan aktiviti anda dalam talian lebih rahsia.

Adakah terdapat versi percuma AVG Secure VPN?

Ya. Anda boleh mencuba percubaan percuma 60 hari kami dan dapatkan semua manfaat privasi dan keselamatan AVG Secure VPN. Anda akan dapat menyembunyikan alamat IP anda dan menyulitkan sambungan Internet anda dengan selamat untuk kekal selamat di Wi-Fi awam, menghalang sesiapa sahaja daripada mengetahui perkara yang anda lakukan dalam talian, dan mengakses kandungan kegemaran anda dari seluruh dunia. Cuba AVG Secure VPN secara percuma hari ini.

Bolehkah anda dijejaki menggunakan AVG Secure VPN?

AVG Secure VPN menghalang sesiapa sahaja daripada menjejaki anda dalam talian berdasarkan alamat IP sebenar anda. Dan kerana sambungan anda ke Internet disulitkan, tiada sesiapa yang dapat memantau jejak digital yang anda tinggalkan dalam talian.

Walau bagaimanapun, kaedah penjejakan web yang lain – seperti kuki penjejakan atau cap jari pelayar – akan tetap berfungsi sama ada anda menggunakan VPN atau tidak. Walaupun VPN dapat meningkatkan privasi anda dengan ketara, anda memerlukan perisian antipenjejakan khusus untuk mengelakkan jenis penjejakan pelayar yang wujud pada masa kini.

Berbaloi untuk mengatakan bahawa AVG Secure VPN tidak merekodkan tapak web yang anda lawati, data yang anda pindahkan dan alamat IP yang anda akses. Anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang dasar privasi kami.

Adakah VPN percuma berbahaya?

Ya, ia boleh menjadi berbahaya dalam konteks bahawa ia mungkin membuat anda terdedah kepada perisian hasad atau perisian iklan dan menjejaskan keselamatan siber anda. Namun, bukan semua VPN percuma tidak selamat, terutamanya jika memilih percubaan percuma atau langganan VPN berbayar daripada pembekal dengan reputasi baik seperti AVG.

Muat turun percubaan 60 hari kami untuk membantu melindungi data peribadi anda di Wi-Fi awam dengan penyulitan gred tentera sambil mengukuhkan privasi dalam talian anda. Dan peroleh akses yang lebih hebat kepada kandungan yang anda gemari melalui lebih daripada 50 lokasi pelayan.

Bolehkah saya menggunakan AVG Secure VPN untuk PC pada peranti saya yang lain pada masa yang sama?

Ya, boleh. Jika anda mendapatkan salah satu langganan AVG Secure VPN (Berbilang Peranti) berbayar kami, anda boleh menggunakan aplikasi VPN kami pada 10 peranti maksimum secara serentak: Windows, Mac, Android, atau iOS.

Apakah perbezaan antara menggunakan VPN pada Windows 7, 8 dan 10?

Jawapan pendeknya adalah tidak banyak. Ketiga-tiga versi terkenal Windows ini berfungsi dengan kebanyakan perkhidmatan VPN. Untuk ketiga-tiga versi, anda juga perlu memuat turun aplikasi VPN pilihan anda, pasangkannya dan mengkonfigurasi sambungan anda.

Anda boleh menjangka kebanyakan jenama VPN yang boleh dipercayai seperti AVG untuk memberi anda antara muka yang mudah digunakan untuk menyediakan VPN anda atau menukar tetapannya. Tidak kira versi yang anda gunakan antara tiga versi Windows ini.

Manakah yang terbaik antara VPN, proksi atau Tor?

VPN menawarkan keseimbangan privasi, keselamatan dan kelajuan dalam talian yang terbaik dari segi keseluruhan manfaat yang anda dapat daripada menggunakan satu untuk menyulitkan trafik web PC anda. Banyak aplikasi dengan reputasi baik membuatnya sangat mudah untuk digunakan juga, seperti AVG Secure VPN kami.

Menggunakan Tor membantu membuat trafik web anda lebih tidak dikenali tetapi boleh menjadi perlahan. Mungkin kelebihannya yang mengejutkan adalah ia membolehkan anda mengakses web tertutup atau mengelak penapisan kerajaan. Proksi boleh menyembunyikan alamat IP anda untuk membantu anda mengatasi sekatan geografi. Walau bagaimanapun, ia kekurangan kebolehan VPN atau Tor untuk menyulitkan data trafik web anda atau menyembunyikan aktiviti pelayaran anda.

Anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang VPN, proksi dan Tor.

AVG Secure VPN untuk PC

Perlindungan percuma yang pantas, ringan dan berkuasa. Ia hanya memerlukan satu klik sahaja.

Cubalah

Cuba selama 60 hari secara percuma

Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows?
Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada iOS anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi iOS anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi iOS anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda.

Windows Mac Android iOS (daripada Google Play) (daripada Google Play) (daripada Google Play) Kembali