RSS : Maklumat AVG pada Sentuhan Satu Butang
Terima maklumat dengan pantas dan mudah melalui suapan RSS dan kekal terkini mengenai ancaman dan berita keselamatan.
Apa itu RSS ?
RSS adalah format pensindiketan kandungan web. RSS membenarkan anda melihat apabila tapak dari seluruh internet mempunyai kandungan baru yang ditambah. Anda boleh mendapat tajuk utama dan artikel terbaru di satu tempat, sebaik sahaja ia diterbitkan, tanpa usaha melawati setiap tapak setiap hari. Setiap item mengandungi tajuk utama, ringkasan pendek, dan pautan kepada butiran lanjut. Maklumat terbaru daripada AVG kini tersedia melalui RSS.
Menerima maklumat melalui RSS
Muat turun dan pasang pembaca RSS pada komputer anda. Di sini ada dua untuk dipilih:
- SharpReader (www.sharpreader.com)
- FeedReader (www.feedreader.com)
Sebagai alternatif, pembaca bersepadu RSS tersedia sebagai sambungan boleh muat turun percuma bagi pelayar Mozilla Firefox.
- Mozilla Firefox (www.mozilla.com/firefox) Sambungan pembaca
- RSS addons.mozilla.org/extensions
Sebaik sahaja pembaca RSS telah dipasang pada komputer anda, pilih pilihan menu yang sesuai dan masukkan alamat sebenar saluran RSS untuk maklumat yang anda ingin terima:
-
Blog AVG
Untuk melihat item baru apabila ia tersedia, tekan butang "Segar Semula" dalam pembaca RSS anda (ada pembaca RSS dikemas kini secara automatik).





