Hak Anda untuk Meminta Bayaran Balik

Jika anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan produk AVG anda, 
sila hubungi kami dalam masa 30 hari daripada tarikh pembelian untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.

Selepas 30 hari, AVG biasanya tidak memberi bayaran balik jika anda berubah fikiran. Namun begitu, kami memberikan sokongan teknikal 24/7 dan berbesar hati untuk menyelesaikan sebarang masalah teknikal yang mungkin anda hadapi.

Sila ambil perhatian: Jaminan pulangan wang 30 hari ini tidak berkaitan dengan pembelian AVG di kedai. Setiap penjual mempunyai dasar bayaran balik mereka sendiri dan hendaklah dihubungi terus berkaitan masalah ini.

Selain itu, dasar bayaran balik kami tidak meliputi kos penyediaan dan penghantaran CD AVG Backup apabila permohonan telah dibuat dan CD/DVD tidak rosak. Dalam keadaan ini, dasar bayaran balik kami hanya meliputi kos langganan AVG anda.

Hak Anda untuk Membatalkan

Anda boleh membatalkan Langganan anda atas sebarang sebab sehingga 14 hari selepas anda membelinya. Untuk membatalkan dalam tempoh 14 hari ini, cuma ikut arahan di www.avg.com/billing dan anda akan menerima bayaran balik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pembatalan.

Harap maklum bahawa hak anda untuk membatalkan TIDAK meliputi:

Perisian yang dimuat turun daripada tapak web AVG dan telah digunakan
Perisian yang dibungkus kedap udara yang telah dibuka selepas penghantaran
Sebarang perkhidmatan yang telah dibeli yang sudah berfungsi sepenuhnya


Sebagai tambahan pada hak anda untuk membatalkan, AVG menawarkan jaminan pulangan wang 30 hari kepada kebanyakan Penyelesaian. Jika anda telah membayar untuk produk yang layak dalam masa 30 hari sebelumnya, anda boleh mendapatkan bayaran balik dengan mengikut arahan di www.avg.com/billing.

Cara paling cepat untuk mendapatkan bayaran balik ke atas Penyelesaian Mudah Alih adalah dengan mengikut proses yang diwujudkan oleh Gedung Aplikasi Mudah Alih di mana anda membeli Penyelesaian tersebut. Jika gedung aplikasi mudah alih tidak memenuhi permohonan bayaran balik anda tetapi anda masih lagi berada dalam jangka masa 30 hari daripada tarikh pembelian awal, anda boleh mengembalikan Penyelesaian mudah alih anda untuk mendapatkan bayaran balik bagi semua jumlah yang telah dibayar (selain daripada pembelian atau langganan dalam aplikasi) dengan mengikut arahan di www.avg.com/billing.

Anda tidak boleh mengembalikan atau mendapatkan bayaran balik bagi mana-mana pembelian dalam aplikasi dari Penyelesaian mudah alih. Untuk Langganan yang dibeli dalam aplikasi, anda boleh membatalkan Langganan anda sebelum langganan itu dilanjutkan dan anda tidak akan dikenakan bayaran lagi. Namun, anda akan mengekalkan akses kepada kandungan Langganan yang anda beli untuk baki Tempoh Langganan akhir. Melainkan disediakan dalam Perjanjian Lesen Pengguna Akhir, anda boleh mengembalikan mana-mana Penyelesaian selain daripada Penyelesaian mudah alih yang telah anda beli dengan mengikut arahan di www.avg.com/billing.

Sentiasa tertakluk pada terma dan syarat Perjanjian Lesen Pengguna Akhir, anda membeli lesen bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan setiap penyelesaian yang anda beli atau sebaliknya diperoleh (Langganan), dalam setiap hal semasa tempoh langganan yang berkaitan untuk setiap pembelian atau perolehan (Tempoh Langganan). Di penghujung mana-mana Tempoh Langganan, Langganan anda akan dilanjutkan secara automatik untuk tempoh masa yang berturutan. Apabila Tempoh Langganan dilanjutkan secara automatik untuk bulan, tahun tambahan atau tempoh berturut-turut yang serupa, AVG boleh memberikan anda notis melalui e-mel yang mengandungi arahan tentang cara membatalkan Langganan anda pada penghujung Tempoh Langganan semasa dan cara memohon bayaran balik untuk permohonan pembatalan dalam masa 30 hari daripada bermulanya Tempoh Langganan yang dilanjutkan.

Jika alamat e-mel yang anda berikan kepada AVG berubah, anda mesti mengemas kini profil pengguna akaun AVG anda, yang boleh diakses di myaccount.avg.com/my-account-login . Memastikan alamat e-mel anda sentiasa dikemas kini dalam profil pengguna akaun AVG membolehkan anda menerima notis mengenai lanjutan Tempoh Langganan. Anda boleh membatalkan Langganan anda pada penghujung Tempoh Langganan dengan mengikut arahan dalam notis ini.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu