Kebenaran untuk mengakses dari jauh

Saya mengakui dan bersetuju bahawa dengan memuat turun dan/atau menjalankan LogMeIn Rescue® Applet (“Applet”), saya memberikan kebenaran kepada AVG Technologies untuk mengakses dan mengawal komputer saya dari jauh. Akses kawalan jauh ini dikuasakan oleh LogMeIn Rescue®, satu perkhidmatan LogMeIn, Inc. (“LMI”). Saya dengan ini memberi kebenaran kepada AVG Technologies untuk mengakses dan mengawal satu atau beberapa sesi (setiap satu dipanggil “Sesi”) untuk tujuan menilai dan menangani isu yang menjejaskan pemasangan dan/atau operasi produk perisian AVG yang saya miliki lesen. Untuk tujuan Kebenaran ini, AVG Technologies bermakna AVG Technologies CZ, s.r.o. dan/atau mana-mana Anggota Gabungannya, di mana Anggota Gabungan adalah syarikat yang dikawal, mengawal atau di bawah kawalan bersama dengan AVG Technologies CZ, s.r.o.

Dalam memberikan kebenaran ini, saya bersetuju seperti berikut:

Autoriti

Saya menyatakan dan menjamin bahawa saya pemilik komputer yang digunakan untuk memasang Applet atau sebaliknya saya mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran kepada AVG Technologies untuk mengakses dan mengawal komputer seperti yang dimaksudkan oleh Kebenaran ini.

Aktiviti

AVG Technologies akan menggunakan Applet untuk melakukan apa sahaja fungsi yang sewajarnya dianggap perlu oleh AVG Technologies atau sesuai untuk mencapai matlamat Sesi. Aktiviti ini boleh termasuk, antara lainnya, menyalin, mengalihkan, menulis ganti dan menghapuskan fail; menjalankan program diagnostik dan pembaikan; mengebut semula komputer saya dan mewujudkan semula Sesi.

Firewalls dan sebagainya.

Saya mungkin akan diminta oleh Wakil Perkhidmatan Applet atau AVG Technologies untuk melumpuhkan firewall saya dan perkakasan serta perisian keselamatan lain untuk membolehkan AVG Technologies mengawal komputer saya. Saya memahami bahawa menjadi tanggungjawab saya di penghujung Sesi supaya memulihkan semula ciri keselamatan ini kepada tetapannya sebelum ini.

Gangguan Sesi

Saya boleh mengganggu Sesi pada bila-bila masa dengan mengklik pada butang “Putuskan sambungan” pada kotak dialog Applet dan apabila saya melakukannya, saya boleh menghalang AVG Technologies daripada menyelesaikan kerjanya, membiarkan perisian AVG atau program lain menjadi tidak berfungsi dan/atau membiarkan komputer saya berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Tiada Waranti

AVG Technologies menyatakan dan menjamin bahawa mereka akan melaksanakan penjagaan dan penilaian yang sewajarnya dalam menyelesaikan kerjanya semasa Sesi berlangsung. AVG Technologies dan LMI tidak membuat sebarang jaminan lain sehubungan dengan mana-mana sesi atau kerja yang dilakukan semasa mana-mana sesi. AVG dan LMI secara khususnya menafikan sebarang pernyataan atau jaminan bahawa aktiviti semasa sesi ini akan berjaya, bahawa mereka akan membetulkan mana-mana atau semua kerosakan, masalah atau isu dengan sebarang perisian, perkakasan atau sistem, atau bahawa operasi mana-mana perisian, perkakasan atau sistem tidak akan terganggu atau bebas ralat pada bila-bila masa. 

Pembatasan Liabiliti

Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang berkaitan, AVG, LMI atau pembekalnya tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara kepada saya atau mana-mana pihak ketiga bagi sebarang kerosakan tidak langsung, berbangkit, sampingan, punitif atau kerosakan khas, tidak kira punca atau teori liabiliti (termasuk, tanpa had, kerosakan yang berlaku terhadap kehilangan keuntungan atau hasil perniagaan, kehilangan privasi, kehilangan penggunaan sebarang komputer atau perisian termasuk perisian tersebut, gangguan perniagaan, kehilangan maklumat perniagaan atau kerugian kewangan lain) yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada mana sesi atau aktiviti AVG Technologies atau LMI semasa sesi, walaupun jika AVG atau LMI telah dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut. Dalam apa jua keadaan, liabiliti AVG atau LMI yang berkaitan dengan mana-mana sesi tidak boleh melebihi AS $40.00. Pembatasan di atas akan digunakan walaupun terdapat apa sahaja kegagalan tujuan penting bagi sebarang remedi terhad.  

Kebenaran ini dikawal selia oleh undang-undang Negeri Delaware. Bidang kuasa eksklusif untuk sebarang pertikaian akan dibawa ke mahkamah negeri atau persekutuan dalam Negeri Delaware.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu