Alat Penyahsulitan Ransomware Percuma

Dijangkiti ransomware? Jangan bayar wang tebusan!

Alat nyahsulit ransomware percuma kami boleh membantu menyahsulitkan fail yang disulitkan dalam bentuk ransomware berikut. Cuma klik nama untuk melihat tanda jangkitan dan dapatkan penyelesaian percuma kami.


Ingin membantu menghalang jangkitan ransomware pada masa akan datang?

Muat turun percubaan PERCUMA AVG Antivirus Protection PRO atau AVG Internet Security Business Edition.

 

Apocalypse

Apocalypse ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Apocalypse menambahkan .encrypted, .FuckYourData, .locked atau .SecureCrypted di hujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.doc.locked)

   

Mesej tebusan:

Membuka fail dengan sambungan .How_To_Decrypt.txt, .README.Txt, .Contact_Here_To_Recover_Your_Files.txt atau .Where_my_files.txt (misalnya, Thesis.doc.How_To_Decrypt.txt) akan memaparkan pelbagai mesej:

Tangkapan skrin ransomware Apocalypse

BadBlock

BadBlock ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Mei 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

BadBlock tidak menukar nama fail anda.

   

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, BadBlock memaparkan satu daripada mesej ini (daripada fail bernama Help Decrypt.html):

Tangkapan skrin ransomware BadBlock
Tangkapan skrin ransomware BadBlock

Jika BadBlock telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat turun Penyelesaian BadBlockuntuk Windows 32 bit

Bart

Bart ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada penghujung Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Bart menambahkan .bart.szf di hujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.docx.bart.zip) Ini ialah arkib ZIP yang disulitkan yang mengandungi fail asal.

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, Bart menukar hias latar desktop anda kepada imej seperti di bawah ini. Teks pada imej ini turut boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti Bart dan disimpan pada desktop dalam fail yang bernama recover.bmp dan recover.txt.

Skrin ransomware Bart

Jika Bart telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat turun Penyelesaian Bart

Pengakuan: Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Peter Conrad, pengarang PkCrack, yang memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan pustakanya dalam alat penyahsulitan Bart kami.

Crypt888

Crypt888 (turut dikenali sebagai Mircop) ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Crypt888 menambahkan Lock. pada permulaan nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Lock.Thesis.doc)

   

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, Crypt888 menukar hias latar desktop anda kepada ini:

Tangkapan skrin ransomware Crypt888

Jika Crypt888 telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat turun Penyelesaian Crypt888

Nota penting: Memandangkan Crypt888 merupakan sejenis kod yang ditulis dengan teruk, anda mungkin tidak dapat memulihkan sepenuhnya semua fail anda!

Legion

Legion ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Legion menambahkan varian ._23-06-2016-20-27-23_$f_tactics@aol.com$.legion atau .$centurion_legion@aol.com$.cbf di hujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.doc._23-06-2016-20-27-23_$f_tactics@aol.com$.legion)

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, Legion menukar hias latar desktop dan memaparkan pop timbul seperti ini:

Tangkapan skrin ransomware Legion

Jika Legion telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat turun Penyelesaian Legion

SZFLocker

SZFLocker ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Mei 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

SZFLocker menambahkan .szf pada penghujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.doc.szf)

   

Mesej tebusan:

Apabila anda cuba membuka fail yang disulitkan, SZFLocker memaparkan mesej berikut (dalam bahasa Poland):

Tangkapan skrin ransomware SZFLocker

Jika SZFLocker telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat turun Penyelesaian SZFLocker

TeslaCrypt

TeslaCrypt ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Februari 2015. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

TeslaCrypt versi terkini tidak menukar nama fail anda.

   

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, TeslaCrypt memaparkan pelbagai mesej berikut:

Tangkapan skrin ransomware TeslaCrypt

Jika TeslaCrypt telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat turun Penyelesaian TeslaCrypt
Langkau ke kandungan Langkau ke menu