Skip to content

Sekarang tidak perlu untuk melawat setiap komputer atau pejabat untuk menguruskan perlindungan anda. Dengan AVG Remote Administration, anda boleh menguruskan seluruh rangkaian perniagaan anda dari satu tempat.

Pakar di Tolly telah menilai pentadbiran dari jauh kami sebagai salah satu yang terpantas untuk digunakan dalam market. Jadi sana ada anda adalah pakar IT dalam perniagaan anda mengikut pilihan atau secara lalai, AVG Remote Administration memastikan bahawa jaminan keselamatan rangkaian anda melakukan tugasnya tanpa mengganggu semua perkara lain pada pelantar anda.

Meluangkan masa yang sedikit untuk menguruskan jaminan keselamatan anda, lebih banyak masa untuk perniagaan anda

Menumpukan terhadap meningkatkan perniagaan anda dengan menggunakan salah satu yang terpantas untuk menguruskan produk jaminan keselamatan dalam pasaran.

AVG dinilai sebagai salah satu produk jaminan keselamatan rangkaian yang terpantas dalam pasaran oleh pakar di Tolly. Konsol mudah diguna kami membolehkan anda menguruskan keselamatan rangkaian anda dengan hanya beberapa klik dan menjadualkan imbasan atau membersihkan komputer yang jauh dalam masa kurang daripada seminit

Widget Admin AVG adalah alat ringkas yang berada pada desktop anda. Ia memaklumkan anda dengan segera jika terdapat sebarang mesin yang tidak mematuhi dan membiarkan anda mengambil tindakan dengan hanya beberapa klik

Memasang perlindungan pada komputer dari jauh

Terima kasih kepada Network Installer AVG, anda boleh memasang perlindungan dari jauh pada mana-mana komputer dalam rangkaian anda, dan memantau pemasangan.

Mengimbas rangkaian anda secara automatik untuk virus

Tetap yakin mengenai memastikan rangkaian anda bersih, terima kasih kepada imbasan automatik.

Anda boleh menjadualkan imbasan automatik secara tetap pada komputer individu, kumpulan atau seluruh rangkaian anda. Sebagai alternatif anda boleh menjadualkan imbasan secara manual untuk pendekatan amali.

Memantau seluruh rangkaian anda dengan alat pelaporan kami yang lebih baik

Alat pelaporan kami membolehkan anda untuk memantau dan mengoptimumkan perlindungan perniagaan anda dengan mudah.

Laporan grafik kami yang lebih baik membolehkan anda melihat statistik prestasi dan membuat pembaikan kepada dasar perlindungan anda. Anda boleh melihat laporan untuk seluruh perniagaan anda, atau mencipta laporan untuk komputer dan pelayan tertentu.

Menghalang virus dari rangkaian lain merebak kepada perniagaan anda

Sebaik sahaja komputer disambungkan ke rangkaian anda, ia diperiksa untuk virus dan perlindungan dikemas kini.

Jika jangkitan dijumpai, AVG membersihkan komputer. Jika tiada perlindungan, komputer akan dibenderakan sebagai tidak mematuhi. Perlindungan titik hujung terbaru kemudiannya boleh diatur dan terkonfigursi secara automatik selaras dengan dasar yang berkaitan untuk pengguna tersebut.

Perubahan dikenakan secara automatik di seluruh rangkaian anda

Terima kasih kepada penyepaduan terus dengan Active Directory dan perkhidmatan LDAP lain, pindaan dasar untuk dasar pasukan atau individu dikenakan secara automatik kepada semua mesin dalam dasar tersebut.

Testimonial

PRR Plus

“AVG membantu mengurangkan dengan nyata anggaran 37% masa rosak tidak terjadual dan membebaskan pelanggan untuk meneruskan urusan perniagaan, bukannya krisis”.

Pam Rodgers, Pengarah Urusan, PRR plus

Muat turun PDF

City of Brentwood

"Kami meluangkan masa kurang daripada 90% menguruskan antivirus dengan AVG. Kecekapan yang kami dapat daripada menggunakan AVG bermakna masa berharga yang boleh kami luangkan untuk projek IT lain untuk menepati keperluan konstituen kami."

John Allman, Pengarah Teknologi, City of Brentwood

Muat turun PDF

Force India

"Sekarang semua orang telah mengetahui kecekapan AVG di tempat kerja, kami telah diminta oleh rakan sekerja yang meminta kami menyahpasang perisian sedia ada mereka pada komputer riba peribadi mereka dan memasang AVG untuk mereka."

Adrian Collinson, Ketua IT, Force India

Muat turun PDF

Maricopa Schools

"AVG tidak sekali-kali membenarkan sesuatu masuk. Ia seolah-olah mengetahui segala-galanya. Ia menggunakan sumber minimum semasa ia mengimbas. Ia menjadikan saya dan orang lain lebih produktif menggunakan mesin di kawasan sekolah. Secara umumnya ia menghapuskan mana-mana masa rosak."

Al Allen, Pentadbir Rangkaian/Pengarah Teknologi, Maricopa Unified School District

Muat turun PDF

Virgin Digital Help

"AVG membawa jenama pilihan Virgin Digital Help untuk mereka yang mengetahui apa yang terkandung dalam Internet Security bersama dengan pangkalan klien yang setia seramai 110 juta pengguna dicipta hampir keseluruhannya daripada penyebaran mulut ke mulut."

Tim Dowling, Pengarah Operasi Pemasaran & Pelanggan, Virgin Digital Help

Muat turun PDF

Kolej Waingels

"Jaminan Keselamatan Internet tidak sepatutnya mengambil masa lama – ia adalah penting, tetapi jika ia diteruskan dan melakukan tugasnya, dan telah direka bentuk dengan baik, anda boleh melupakannya. Ia adalah pengalaman kami dengan AVG sepanjang 5 tahun yang lalu."

Simon Mills, Pengurus Rangkaian, Waingels

Muat turun PDF

R&O Construction

"AVG Anti-Virus Business Edition adalah produk yang hebat. Jika anda mencari penyelesaian antivirus yang boleh dipercayai, ciri penuh, dengan pengurusan terpusat yang mudah untuk dikonfigurasi, AVG adalah pilihan hebat. Anda boleh memasangnya dan tersedia dan dijalankan di seluruh domain anda dalam hanya beberapa jam."

Jim Sisco, Pentadbir Rangkaian, R&O Construction

Muat turun PDF

Ulasan

SC Magazine

"AVG menawarkan pakej perlindungan rangkaian dengan ciri terbaik yang mudah untuk diuruskan dan kelihatan nilai yang baik untuk perniagaan lebih kecil. Banyak ciri jaminan keselamatan, pengurusan terpusat yang baik dengan dasar kumpulan, pemasangan yang dipertingkatkan dan nilai yang sangat baik"

Dave Mitchell, SC Magazine

Baca Ulasan Penuh

Tolly Testing Labs

"Ujian menunjukkan bahawa, dengan AVG, pengguna boleh menjimatkan masa yang berharga dalam menguruskan penyelesaian jaminan keselamatan mereka – masa yang boleh digunakan dengan lebih baik untuk menumpukan terhadap perniagaan mereka. Dengan AVG, mereka boleh yakin bahawa mereka mempunyai penyelesaian yang merupakan salah satu yang paling mudah untuk digunakan untuk kebanyakan tugas paling biasa, seperti menjalankan imbasan, memasang di seluruh rangkaian perniagaan kecil, dsb."

Laporan Ujian Tolly

Muat turun PDF

Pakej Remote Administration terdiri daripada empat komponen yang bekerja bersama-sama untuk menghantar "salah satu daripada produk terpantas dalam pasaran … menjimatkan masa berharga pemilik perniagaan dan ahli profesional IT", menurut kepada ujian bebas yang dijalankan oleh Tolly. Anda boleh memuat turun laporan penuh di sini.

AVG Admin Console

Admin Console memberikan anda akses segera kepada status setiap sistem yang dirangkumi oleh perlindungan AVG:

  • Memaparkan statistik terperinci untuk mana-mana stesen kerja menggunakan pemalam Microsoft SharePoint baharu
  • Penutupan, pemulihan dan permulaan semula dari jauh mesin yang dijangkiti atau tidak (kurang) dilindungi
  • Mengkongfigurasi dan menjalankan laporan status grafik yang mudah digunakan
  • Pratonton dan cetak keputusan ujian untuk setiap stesen kerja individu
  • Mengkonfigurasi imbasan tetap, memadankan kekerapan terhadap kerentanan relatif individu atau kumpulan berbeza seperti yang dikonfigurasi dalam Active Directory anda atau perkhidmatan LDAP lain
  • Menyegerakkan dasar direktori dengan tetapan jaminan keselamatan
  • Menjadualkan dan mengatur kemas kini automatik untuk pekerja tempatan, bergerak dan jauh, walaupun apabila dinyahsambungkan daripada rangkaian
  • Menyesuai pemberitahuan titik hujung
  • Menguruskan kandungan kubah virus

AVG Network Installer

Pemasang Network bersepadu membolehkan anda untuk menambah titik hujung untuk pemasangan dari jauh dan memantau status pemasangan:

  • Imbasan rangkaian satu klik untuk menemui titik hujung tidak dilindungi
  • Mengeksport senarai titik hujung yang dilindungi atau tidak dilindungi untuk dimasukkan dalam laporan
  • Mula mengatur perlindungan AVG kepada semua titik hujung yang tidak dilindungi
  • Menambah titik hujung menggunakan domain atau julat IP

AVG DataCenter

DataCenter adalah komponen storan data utama untuk mengkonfigurasi dan menjadualkan maklumat, log, laporan dan maklumat dasar. Ia boleh diatur menggunakan sejumlah sistem pangkalan data yang berbeza:

  • Microsoft SQL Server Express Edition
  • Microsoft SQL Server
  • Oracle 10g/11g
  • MySQL 5

Jika anda tidak mempunyai infrastruktur pangkalan data sedia ada, AVG memberikan Firebird, yang sesuai untuk rangkaian sehingga 150 stesen kerja, sebagai komponen standard bagi penyelesaian rangkaian AVG.

AVG Admin Server

Admin Server digunakan untuk melindungi komunikasi antara titik hujung dilindungi AVG dan AVG DataCenter pada pelayan. Semua komunikasi disulitkan.

  • Tetapan pelayan kawalan dan amaran pada log masuk SMTP tidak sah
  • Bertindak sebagai pelayan proksi untuk memuat turun dan mengedarkan kemas kini kepada titik hujung dalam rangkaian setempat
  • Menyegerakkan tetapan firewall untuk prestasi yang optimum
  • Memastikan kaedah storan data yang cekap untuk kawalan lebih baik terhadap saiz pangkalan data

Tutorial

Dua tutorial video adalah tersedia untuk menunjukkan cara AVG Remote Administration membantu anda meminimumkan masa yang anda perlu peruntukkan untuk menguruskan isu jaminan keselamatan:

Perkakasan Komputer

Keperluan sistem minimum

Pemproses Intel Pentium 1.5 GHz
Memori 512 MB RAM
Ruang kosong cakera keras (untuk pemasangan) 400 MB

Sistem pengendalian

AVG Remote Administration serasi dengan:

Sistem PengendalianAVG Admin
MS Windows XPYa
MS Windows XP Pro x64 EditionYa
MS Windows VistaYa
MS Windows Vista x64 EditionYa
MS Windows 7Ya
MS Windows 7 x64 EditionYa
MS Windows Server 2003Ya
MS Windows Server 2003 x64 EditionYa
MS Windows Server 2003 R2Ya
MS Windows Server 2008Ya
MS Windows Server 2008 x64 EditionYa
MS Windows Server 2008 R2Ya
MS Windows Small Business Edition server 2011Ya
AplikasiAVG Admin
MS SharePoint Services 2.0/3.0Ya
MS SharePoint Server 2003/2007Ya
MS SharePoint Server 2010Ya

Bahasa

AVG Remote Administration tersedia dalam bahasa berikut:

BahasaAVG Admin
Portugis BrazilYa
Cina (Tradisional)Ya
China (Mudah)Ya
CzechYa
InggerisYa
PerancisYa
JermanYa
ItaliYa
JepunYa
KoreaYa
Bahasa PolandYa
Portugis (Portugal)Ya
RusiaYa
SepanyolYa
TurkiYa

Remote Administration Console menyepadu secara terus dengan:

AVG Data Center boleh diatur menggunakan sejumlah sistem pangkalan data yang berbeza:

  • Microsoft SQL Server Express Edition
  • Microsoft SQL Server
  • Oracle 10g/11g
  • MySQL 5