Siaran Akhbar

AVG Technologies membuka Internationals Research Centre

AVG Malware TRAP Centre akan mempertingkatkan penemuan jenis baru ancaman komputer dan mengelakkannya daripada tersebar di internet

Amsterdam, 27 April 2009 - AVG Technologies, syarikat keselamatan internet dengan lebih daripada 80 juta pelanggan mengumumkan pembukaan pusat penyelidikan antarabangsanya hari ini di Brno, Republik Czech. The AVG Malware TRAP Centrum (M-TRAP - Malware Trending, Reporting, Analysis, and Prevalence) mengumpul dan menganalisis maklumat pada malware dan cara ia tersebar di internet.

Alat rangkaian sosial meningkatkan pendedahan kita kepada risiko serangan oleh malware. Ia adalah lebih mudah untuk menyebarkan cecacing secara tidak sengaja kepada PC rakan berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, ia bukan hanya tapak rangkaian sosial yang berisiko - persisian komputer juga menjadi sasaran. Penyelidik telah mengenal pasti rangkaian pengintipan siber, digelar Ghostnet, yang berupaya mengambil kawalan penuh bagi komputer dijangkiti - termasuk mencari dan memuat turun fail tertentu dan mengoperasikan peranti yang dipasang seperti mikrofon dan kamera web. Kini, ia adalah lebih penting untuk mencari ancaman ini sebelum ia menjadi masalah besar.

Penyelidik M-TRAP menjalankan malware dalam keadaan kuarantin dan memperoleh data melalui 80 juta pengguna AVG di seluruh dunia. Penyelidik memerhatikan kelakuan dan kelajuan, membenarkannya untuk menghasilkan rawatan daripada malware. Karel Obluk, CTO AVG Technologies dan orang yang mengambil inisiatif untuk menjalankan projek tersebut berkata: "M-TRAP akan mencari saling hubungan untuk mengesan dan mengelakkan penyebaran malware. Kami dapat lihat peningkatan bagi malware yang menyasarkan kepada tapak rangkaian sosial dan kami akan menggunakan keputusan penyelidikan untuk membangunkan teknologi baru bagi tentangan berterusan dan berkesan terhadap ancaman komputer ini".

Pasukan AVG Malware TRAP Centrum team terdiri daripada lima ahli profesional IT. Pusat penyelidikan M-TRAP dijalankan bersama dengan Faculty of Information Technologies (FIT), Brno University of Technology dan perkongsian akan membolehkan pelajar bekerja dalam makmal untuk mendapatkan pengalaman bekerja. "Pada masa yang lalu, kami menyokong sebilangan projek penyelidikan di FIT. Berikutan pembukaan pusat penyelidikan kami, kami akan memberikan peluang kepada mahasiswa, mahasiswi dan graduan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penyelidikannya," tambah Obluk.

Brno Centre merupakan satu daripada tiga kemudahan penyelidikan AVG Technologies yang bertujuan mencari kod berniat jahat dan membantu menyatukan AVG Technologies sebagai peneraju dalam keselamatan internet global.

Mengenai AVG Technologies

www.avg.com
AVG adalah peneraju penyelesaian keselamatan global yang melindungi lebih daripada 80 juta pelanggan dan pengguna komputer perniagaan kecil di 167 negara dari kejadian yang semakin bertambah bagi ancaman web, virus, spam, penipuan siber dan penggodam di Internet. Beribu pejabat di Amsterdam, AVG mempunyai hampir dua dekad pengalaman dalam melawan jenayah siber dan salah satu makmal yang paling canggih dalam mengesan, menggagalkan dan melawan ancaman di bawa oleh Web di seluruh dunia. Ia adalah model perisian percuma yang boleh dimuat turun, yang membenarkan pengguna tahap entri untuk mendapatkan perlindungan asas dan kemudian, dengan mudah dan murah menaik taraf ke tahap keselamatan dan sekuriti yang lebih hebat dan pertahanan dalam persekitaran pengguna tunggal dan berbilang. Hampir 6,000 penjual semula, rakan dan pasukan pengedar dengan AVG secara global termasuk Amazon.com, CNET, Cisco, Ingram Micro, Play.com, Wal-Mart dan Yahoo!.

AVG Identity Protection tersedia untuk muat turun dari www.avg.com

Maklumat hubungan media:

Siobhan MacDermott
AVG Technologies
E-mel: siobhan.macdermott@avg.com
Telefon bimbit: + 415 299 2945 420 atau +-725 695 132