Siaran Akhbar
AVG Technologies adalah Pemenang Berganda 2009 Global Excellence Awards
AVG Internet Security untuk pelanggan dan AVG Internet Security Network Edition untuk perniagaan di kalangan produk terhebat yang dinamakan oleh Info Security Products Guide
Amsterdam, 21 April 2009 - AVG Technologies, pembangun terulung bagi perisian keselamatan Internet mengumumkan pada hari ini, sepasang penyelesaian keselamatan telah memenangi 2009 Global Product Excellence Customer Trust Awards yang berprestij. Anugerah tersebut ditaja oleh Info Security Products Guide. Anugerah ini memperakui produk yang menawarkan tahap keselamatan tertinggi kepada pelanggan dan perniagaan. Pemenang diumumkan pada sewaktu Persidangan Keselamatan RSA di San Francisco AVG merupakan salah sebuah syarikat yang jarang menerima perakuan dalam berbilang kategori.
AVG Internet Security memenangi Penyelesaian Keselamatan untuk Pelanggan. AVG Internet Security untuk pengguna rumah memberikan perlindungan menyeluruh daripada virus, perisian pengintip, kecurian identiti dan halaman web beracun. Ia melindungi semua jenis malware yang boleh mengancam maklumat peribadi individu.
AVG Internet Security Network Edition telah memenangi Penyelesaian Keselamatan untuk Perusahaan terhebat (Kecil dan SOHO). Ia memberikan keselamatan internet menyeluruh untuk stesen kerja syarikat, komputer bimbit dan pelayan fail. Syarikat kecil dan SOHO mempunyai sumber IT terhad. Dengan AVG memberikan keselamatan, mereka boleh memberi tumpuan kepada aktiviti kritikal perniagaan yang lain.
"Dalam dunia yang saling berkait, ancaman tiada sempadan dan keselamatan perlu kekal dengan keperluan pentingnya," kata Rake Narang, ketua editor Info Security Products Guide. "Kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada AVG Technologies sebagai pemenang dalam dua kategori dalam tahun 2009."
Kedua-dua produk mengandungi teknologi AVG LinkScanner, memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna semasa mereka mencari dan melayari internet. AVG LinkScanner diperkenalkan dalam bulan April sebagai produk percuma kepada pengguna rumah. Ia berfungsi bersama dengan banyak penyelesaian keselamatan internet pelanggan lain dan beroperasi dalam masa nyata.
"Penjenayah siber dan ancaman siber telah menjadi makin sofistikated. Enam peratus ancaman sementara, contohnya, datang dan pergi dalam masa kurang daripada satu hari. Penyelesaian berlapis yang boleh mengatasi ancaman ini adalah penting," kata JR Smith, CEO AVG Technologies. "Kami berusaha memberikan penyelesaian ini untuk pengguna rumah dan juga perniagaan. Kami berbangga untuk menerima perakuan ini daripada Info Security Products Guide dan pelanggan kami kerana usaha kami."
www.infosecurityproductsguide.com
Info Security Products Guide adalah penaja media bagi RSA Conference 2009 dan Technosium Executive Alliance Forums yang melibatkan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO). Info Security Products Guide adalah penyelidikan teknologi dan penerbitan penasihat. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan pembuat keputusan dan pengguna akhir diberitahu mengenai pilihan yang mereka boleh lakukan berkenaan dengan melindungi sumber digital mereka. Anugerah Info Security Products Guide awards memperakui dan memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam semua bidang keselamatan maklumat.
Mengenai AVG Technologies
www.avg.com
AVG adalah peneraju penyelesaian keselamatan global yang melindungi lebih daripada 80 juta pelanggan dan pengguna komputer perniagaan kecil di 167 negara dari kejadian yang semakin bertambah bagi ancaman web, virus, spam, penipuan siber dan penggodam di Internet. Beribu pejabat di Amsterdam, AVG mempunyai hampir dua dekad pengalaman dalam melawan jenayah siber dan salah satu makmal yang paling canggih dalam mengesan, menggagalkan dan melawan ancaman di bawa oleh Web di seluruh dunia. Ia adalah percuma, model perisian boleh dimuat turun yang membenarkan pengguna tahap entri untuk mendapatkan perlindungan asas dan kemudian, dengan mudah dan murah menaik taraf ke tahap keselamatan dan sekuriti yang lebih hebat dan pertahanan dalam persekitaran pengguna tunggal dan berbilang. Hampir 6,000 penjual semula, rakan dan pasukan pengedar dengan AVG secara global termasuk Amazon.com, CNET, Cisco, Ingram Micro, Play.com, Wal-Mart dan Yahoo!.
Maklumat hubungan media:
Siobhan MacDermott
AVG Technologies
E-mel: siobhan.macdermott@avg.com
Telefon bimbit: + 415 299 2945 420 atau +-725 695 132
Derek Kober
GlobalFluency
E-mel: dkober@globalfluency.com
Telefon: 650-433-4233





