Skip to content

Siaran Akhbar

AVG Melancarkan Perlindungan Percuma Daripada Ancaman Dalam Talian

AVG LinkScanner® tersendiri memberikan perlindungan masa nyata untuk pengguna Windows, tidak kira apa produk keselamatan lain yang mereka mungkin gunakan

Amsterdam, 20 April 2009 - AVG Technologies, pembanguun perisian antivirus percuma terulung di dunia melancarkan AVG LinkScanner pada hari ini sebagai produk tersendiri untuk melindungi pengguna daripada ancaman rawak dan tidak boleh dilihat dalam talian. Pada masa-masa tertentu, kira-kira dua juta halaman web diracuni oleh ancaman tersembunyi. Dan setiap hari, 60 peratus ancaman tersebut mematikan atau beralih ke destinasi lain pada web - yang membuatkan pengimbasan pautan masa nyata adalah penting. Sebarang jenis tapak boleh dijangkiti daripada perniagaan kecil sehinggalah kepada jabatan kerajaan kepada syarikat dengan jenama utama. Jika pengguna dengan mudah melawati halaman web beracun ini, mereka tidak perlu mengklik pada apa-apa untuk mendapat masalah, untuk kehilangan butiran kad kredit mereka, ID mereka atau maklumat atau fail lain yang bernilai. Perisian antivirus biasa sahaja tidak dapat melindungi daripada jenis ancaman ini.

AVG LinkScanner memberikan pengguna lapisan perlindungan tambahan kepada perisian keselamatan mereka. Ia berfungsi dengan melihat di halaman web di belakang pautan atau alamat web yang ditaip ke dalam pelayar dan menganalisis sama ada ia mempunyai ancaman. Jika ya, kemudian, AVG LinkScanner menghentikan pengguna daripada memuat turun halaman tersebut. Ini bermaksud, untuk kali pertama, pengguna Windows XP dan Vista boleh mengetahui sebenarnya sama ada ia selamat untuk mengklik pada pautan pada masa yang penting - semasa mereka mengklik padanya.

"Ia adalah kepercayaan kita bahawa setiap pengguna komputer mempunyai hak kepada perlindungan keselamatan asas, tidak mengira keupayaan untuk membayar,# kata J R Smith, CEO AVG Technologie. "Halaman berbahaya ini mengugut untuk mengganggu fabrik internet serta cara kita melihat dan menggunakannya; memberikan ancaman yang lebih besar kepada pengguna daripada virus. 80 juta pengguna kami sudah dilindungi oleh AVG LinkScanner yang merupakan bahagian penting suite kami bagi produk keselamatan untuk beberapa ketika. Maka, sekarang kami membuatkannya tersedia kepada pengguna bagi jenama perisian keselamatan penting lain yang tidak mempunyai darjah atau perlindungan yang sama. Kini, mana-mana pengguna PC boleh melayari dan membuat carian web dengan yakin dan tanpa berasa takut kehilangan ID mereka, maklumat akaun bank, butiran kad kredit, fail bernilai dan maklumat kepada cybercrook."

AVG LinkScanner juga menggunakan analisis disasarkan ini bagi halaman web kepada hasil carian dari Google, Yahoo! dan MSN. Apabila pengguna mencari menggunakan enjin carian, mereka akan melihat kedudukan keselamatan untuk semua hasil carian 'organik'. Selain itu, AVG LinkScanner akan mengimbas penanda buku anda serta pautan yang terkandung dalam mesej segera dan e-mel sebelum anda membukanya untuk memastikan ia selamat.

Kelebihan AVG LinkScanner

Keupayaan AVG LinkScanner yang unik untuk menganalisis pautan web dalam masa nyata membolehkan AVG memberikan perlindungan yang lebih tepat dan relevan daripada penyelesaian pelayaran selamat yang lain. Memeriksa keselamatan halaman pada masa yang tepat iaitu semasa pengguna akan mengklik adalah penting dalam dunia ancaman sementara hari ini. Bergantung pada maklumat mengenai keselamatan relatif tapak web bagi hari-hari atau minggu-minggu yang lepas tidak dapat melindungi pengguna daripada ancaman yang kekal dalam satu tempat selama kurang daripada 24 jam; maka, AVG telah menolak pendekatan tradisional dengan bergantung pada maklumat mengenai tapak yang ditemui beracun sebelum ini.

Tidak seperti penyelesaian lain, AVG LinkScanner menganalisis halaman individu pada tapak web untuk menjana pengadaran bagi halaman tersebut. Bayangkan satu atau dua halaman pada tapak meluas seperti Facebook atau MySpace digunakan untuk menyebarkan malware. Jika penyelesaian pelayaran selamat hanya memberi pengadaran pada keseluruhan tapak berdasarkan pada apa yang diperolehinya pada beberapa halaman, pengadaran tidak baik pada satu atau dua halaman beracun tersebut boleh menyebabkan sekatan akses pengguna kepada mana-mana halaman rakannya pada tapak itu.

"Web tersebut telah menjadi mekanisme pengagihan primer untuk virus (dan malware lain), muat turun tanpa disedari dan ancaman web secara senyap-senyap yang memberikan majoriti meluas serangan," kata CTO AVG Technologies Karel Obluk. "Maka, kami telah mengembangkan rangkaian produk kami untuk memberikan lebih penekanan dalam melawan bentuk serangan tersembunyi dan berbahaya ini. AVG LinkScanner berada pada barisan hadapan bagi lapisan perlindungan tambahan ini. Ia adalah matlamat kami dengan membuatkan lapisan ini bebas tersedia, untuk memberikan pengguna keyakinan untuk sentiasa selamat semasa mereka berada dalam talian."

Neighborhood Watch Research

Pendekatan "pemerhatian kejiranan" AVG kepada penyelidikan AVG LinkScanner juga meningkatkan keupayaan produk untuk memberikan perlindungan yang relevan kepada pengguna dengan meletakkan perlindungan di mana pengguna sebenarnya pergi dan apabila mereka pergi ke situ, daripada cuba memetakan dan menyelamatkan keseluruhan Internet. LIVE Intelligence Network telah memberi tumpuan secara tunggal kepada kawasan ini selama lima tahun lepas melalui sumber bergabung bagi:

  • pasukan global bagi penyelidik manusia yang pakar dan rangkaian 'pemburuan'
  • penapis bijak bagi tapak dan mekanisme ancaman yang diketahui dan disyaki
  • ancaman automatik menghadapi maklum balas, memastikan tumpuan pada ancaman dunia nyata yang menjejaskan pengguna sebenar

AVG LinkScanner mengumpulkan risikan yang diperoleh melalui tiga saluran ini, menghubungkaitkannya dalam masa nyata dan mengintegrasikannya semula ke dalam proses analisis ancaman untuk terus memperbaiki perlindungan pengguna.

Helah lain dibangunkan setiap masa dan pengguna tidak harus menganggapnya selamat jika pop timbul lain muncul semasa mereka melayari web atau fail yang dimuat turun. Tindakan menjalankan AVG LinkScanner akan melindungi pengguna daripada bentuk helah kejuruteraan sosial baru serta yang sedia ada.

Ketersediaan dan Keperluan Sistem

AVG LinkScanner meneruskan misi AVG Technologies untuk memberikan penyelesaian ringan dan mudah untuk digunakan yang tidak melambatkan komputer pengguna dan memberikan perlindungan teguh sebaik sahaja ia dipasang. Perisian adalah percuma untuk digunakan pada mana-mana komputer rumah peribadi untuk tujuan bukan komersil. Ia boleh dimuat turun dari http://linkscanner.avg.com. Sokongan tersedia melalui forum dalam talian percuma yang dihos oleh AVG di http://freeforum.avg.com.

AVG LinkScanner dijalankan di bawah semua versi terkini Windows XP dan Vista, 32-bit dan juga 64-bit. Perisian adalah serasi dengan semua perisian keselamatan utama dan dengan Internet Explorer 6 atau lebih terkini dan Firefox 2 atau pelayar lebih terkini. Hari ini, AVG LinkScanner tersedia dalam bahasa Inggeris dan akan tersedia dalam bahasa Portugis Brazil, Czech, Belanda, Perancis, Jerman, Jepun, Poland, Portugis, Sepanyol, Turki, Korea, Bahasa, Cina (Tradisional & Ringkas), Rusia dan Malaysia dari pertengahan bulan Mei.

Sentiasa berhubung dengan AVG

Untuk berita terkini mengenai ancaman siber terkini:

Mengenai AVG Technologies

www.avg.com
AVG adalah peneraju penyelesaian keselamatan global yang melindungi lebih daripada 80 juta pelanggan dan pengguna komputer perniagaan kecil di 167 negara dari kejadian yang semakin bertambah bagi ancaman web, virus, spam, penipuan siber dan penggodam di Internet. Beribu pejabat di Amsterdam, AVG mempunyai hampir dua dekad pengalaman dalam melawan jenayah siber dan salah satu makmal yang paling canggih dalam mengesan, menggagalkan dan melawan ancaman di bawa oleh Web di seluruh dunia. Ia adalah percuma, model perisian boleh dimuat turun yang membenarkan pengguna tahap entri untuk mendapatkan perlindungan asas dan kemudian, dengan mudah dan murah menaik taraf ke tahap keselamatan dan sekuriti yang lebih hebat dan pertahanan dalam persekitaran pengguna tunggal dan berbilang. Hampir 6,000 penjual semula, rakan dan pasukan pengedar dengan AVG secara global termasuk Amazon.com, CNET, Cisco, Ingram Micro, Play.com, Wal-Mart dan Yahoo!.

Maklumat hubungan media:

Siobhan MacDermott
AVG Technologies
E-mel: siobhan.macdermott@avg.com Telefon bimbit: +420 725 695 132 atau +1 415 299 2945