Siaran Akhbar

AVG Mengumumkan Pengambilalihan Perisian Sana

Produk Perlindungan Identiti Dalam Talian dan Sambungan Sifat Intelek Menguatkan Suite AVG™ bagi Penyelesaian Perisian Keselamatan, Menandakan Kemasukan AVG™ ke Silicon Valley

AMSTERDAM, Belanda (13 Januari 2009) - AVG Technologies, pembekal perisian antivirus dan Internet global dengan lebih 80 juta pengguna dalam 167 negara, hari ini, melaporkan pemerolehan Sana Security, pembangun terulung dalam perisian pencegahan kecurian identiti. Teknologi Sana yang memandang ke hadapan dalam industri berasal dari perisian keselamatan berasaskan kelakuannya yang secara proaktif melindungi daripada ancaman dengan cara yang sama dengan sistem imun manusia. Transaksi tersebut menandakan kejayaan peristiwa penting apabila AVG meneruskan strategi pertumbuhan korporatnya untuk secara berterusan memperbaiki liputan keselamatan Internet bagi individu dan perniagaan kecil dan memperluaskan jejak globalnya. Beribu pejabat di Redwood City, California, Sana juga menyediakan AVG pejabat pertamanya di Silicon Valley.

Oleh sebab landskap ancaman berkembang dengan serangan dalam talian yang lebih sofistikated untuk mencuri maklumat peribadi, teknologi Sana melengkapi portfolio sedia ada AVG dengan memberikan pengesanan ancaman berterusan dan pembuangan automatik perisian berniat jahat secara proaktif. Sepuluh daripada beribu-ribu ancaman komputer baru - termasuk bot, rootkit, spyware dan kuda Trojan - yang rumit dan semakin meningkat dibebaskan setiap hari; teknologi Sana membantu pengguna komputer meringkaskan dan menggaris arus perlindungan daripada kecurian identiti.

Pengambilalihan Sana oleh AVG merupakan salah satu pencapaian yang paling mengujakan dalam pencegahan kecurian identiti. Perisian berkelakuan unik Sana, digabungkan dengan teknologi keselamatan sedia ada AVG akan memberikan perlindungan identiti dalam talian paling komprehensif dalam industri, memberikan perlindungan masa nyata yang berterusan. Pada masa yang sama, AVG akan terus mengekalkan penggunaan sumber PC yang rendah untuk prestasi sistem optimum, keperluan yang kritikal untuk individu di rumah dan juga untuk pengguna perniagaan,- ujar J.R. Smith, CEO AVG Technologies.

Kakitangan Sana Security bersama-sama dengan organisasi penyelidikannya iaitu Sana Labs akan digabungkan ke dalam organisasi AVG dan mengekalkan pejabat di Silicon Valley.

Produk Sana menggunakan teknologi kelakuan lanjutan untuk melindungi maklumat†peribadi pengguna termasuk log masuk, kata laluan dan maklumat†akaun dan data kritikal lain yang disimpan pada komputer. Dengan meniru pendekatan yang digunakan oleh sistem imun manusia untuk menangkis penyerang, perisian mengelakkan penggodam daripada menangkap dan menghantar maklumat sensitif jauh daripada mesin pengguna, menimbulkan curiga kepada keselamatan dalam taliannya.

Teknologi Sana "mempelajari" aplikasi normal dengan memerhatikan cara aplikasi tersebut berinteraksi antara satu sama lain (laluan kod-mereka). Kelemahan dalam bentuk pepijat perisian, ralat konfigurasi pengguna, jangkitan malware dan bentuk aplikasi paksa serang melemahkan laluan kod yang tidak dijangka. Teknologi kelakuan mengenal pasti penyalaharahan ini dan menyingkirkan ancaman sebelum ia boleh menjejaskan data pengguna.

Mengenai AVG Technologies

www.avg.com
AVG adalah peneraju penyelesaian keselamatan global yang melindungi lebih daripada 80 juta pelanggan dan pengguna komputer perniagaan kecil di 167 negara dari kejadian yang semakin bertambah bagi ancaman web, virus, spam, penipuan siber dan penggodam. Beribu pejabat di Amsterdam, AVG mempunyai hampir dua dekad pengalaman dalam melawan jenayah siber dan salah satu makmal yang paling canggih dalam mengesan, menggagalkan dan melawan ancaman di bawa oleh web di seluruh dunia. Ia adalah percuma, model perisian boleh dimuat turun yang membenarkan pengguna tahap entri untuk mendapatkan perlindungan asas dan kemudian, dengan mudah dan murah menaik taraf ke tahap keselamatan dan sekuriti yang lebih hebat dalam persekitaran pengguna tunggal dan berbilang apabila keperluannya berubah dan berkembang. Hampir 6,000 penjual semula, rakan dan pasukan pengedar bergabung dengan AVG secara global termasuk Amazon.com, CNET, Cisco, Ingram Micro, Play.com, Wal-Mart dan Yahoo!.

Maklumat hubungan media:

Siobhan MacDermott, AVG Technologies
E-mel: siobhan.macdermott@avg.com
Telefon bimbit: +1 415 299 2945 atau +420 725 695 132

Maklumat Hubungan Media Amerika Utara:
Ron Tomczyk
GlobalFluency
E-mel: rtomczyk@globalfluency.com
Telefon: +1 646 652 5210