foto Jeff Ross, Ketua Pegawai Kewangan

Jeff Ross

Ketua Pegawai Kewangan
 

Jeff Ross ialah ketua pegawai kewangan AVG dan pengarah urusan bagi lembaga pengurusan kami. Jeff membawakan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan pengurusan ke AVG. Sebelum menyertai AVG, beliau memegang jawatan CFO di beberapa buah syarikat teknologi; jawatan terbaharu sebelum ini ialah CFO di Cyan, Inc., sebuah syarikat perangkaian berteraskan perisian yang telah berjaya dijual kepada Ciena Corporation pada bulan Ogos 2015.

Ross telah berkhidmat selama 15 tahun di Sybase, sebuah syarikat perisian global di mana beliau memikul tanggungjawab sebagai pegawai kanan dan akhirnya beliau dilantik sebagai CFP pada tahun 2007. Semasa tempoh perkhidmatannya, Ross memainkan peranan penting dalam pengambilalihan dan penyepaduan lebih daripada 10 buah syarikat serta pelaksanaan proses kewangan utama dan sistem yang meningkatkan kecekapan serta menerapkan kawalan yang lebih ketat terhadap syarikat yang sedang pesat membangun ini. Ross turut mengetuai Sybase menerusi jualannya kepada SAP pada bulan Julai 2010 pada harga $6.8 bilion.

Anak panah dalam bulatan biru
Langkau ke kandungan Langkau ke menu