foto Jason Finkelstein, Ketua Pegawai Pemasaran

Jason Finkelstein

Ketua Pegawai Pemasaran AVG Technologies

Jason Finkelstein ialah Ketua Pegawai Pemasaran AVG yang bertanggungjawab terhadap pemasaran korporat, strategi jenama, komunikasi global, perhubungan awam, pandangan pelanggan, layanan pelanggan dan pembolehan jualan.
 
Sebelum menyertai AVG, Jason menjawat jawatan sebagai VP Pemasaran di Location Labs dan membantu memacu pertumbuhan hasil untuk syarikat menerusi pemerolehan dan pengekalan pelanggan. Jason sebelum ini mengendalikan perniagaan platform lokasi di Location Labs dan merupakan seorang pengurus produk yang memberi tumpuan terhadap barisan produk Family Locator. Sebelum menyertai Location Labs, Jason memegang jawatan dalam pelbagai pengurusan produk, pelaburan dan keusahawanan di Funambol, Vindigo dan Millennium Technology Ventures.
 
Jason memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Pemasaran dan Keusahawanan daripada Columbia University serta Sarjana Muda Sains Komputer dan Ekonomi daripada Duke University di mana beliau telah memulakan dan mengendalikan sebuah syarikat perisian arkib e-mel sebelum tamat pengajian. 
Anak panah dalam bulatan biru
Langkau ke kandungan Langkau ke menu