AVG Secure VPN untuk PC

Sambung ke Wi-Fi awam, sembunyikan aktiviti dalam talian anda, dan akses kandungan kegemaran anda dengan khidmat VPN untuk PC AVG anda.

Cubalah

Cuba selama 60 hari secara percuma

Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Juga tersedia untuk Mac, Android dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Android dan iOS
Perkhidmatan VPN yang berkuasa
Penyulitan gred-tentera
Akses 50+ lokasi pelayan
Berfungsi pada 10 peranti maksimum

Kenapa anda perlu muat turun VPN untuk PC Windows?

Menggunakan VPN menjamin privasi anda dan mengukuhkan keselamatan anda. Anda boleh sembunyikan lokasi dan aktiviti dalam talian anda, sekat penggodam dalam rangkaian Wi-Fi awam — dengan menukar kepada AVG Secure VPN.

Menyembunyikan lokasi dan alamat IP anda

Sembunyikan aktiviti anda untuk semakan imbas, perbankan, beli-belah dalam talian, e-mel, sembang dan carian lebih selamat — di rumah dan Wi-Fi awam.

Mengukuhkan privasi dalam talian anda

Penyulitan gred tentera kami menjamin sebarang sambungan Internet supaya semua antiviti anda melalui rangkaian dilindungi, termasuk dalam Wi-Fi awam.

Lindungi data dan aktiviti anda

Sulitkan sambungan anda supaya tiada sesiapa boleh lihat atau mengesan aktiviti dalam talian anda. Bukan jiran, bukan penggodam, bukan ISP anda – bukan juga kerajaan.

Memberi anda akses kandungan global

Pilih negara daripada senarai pelayan antarabangsa tanpa nama dan akses kandungan (cth. khidmat penstriman, rancangan, filem) seperti anda berada di sana.

VPN pantas, dipercayai, dan selamat untuk PC Windows anda

Nikmati kelajuan dan kemudahan. AVG Secure VPN tidak akan memperlahankan kelajuan sambungan anda, jadi anda boleh menyemak imbas, menstrim atau main permainan tanpa gangguan. Kami juga akan menyambungkan anda secara automatik ke pelayan optimum untuk pengalaman VPN yang mudah.

Mulakan percubaan percuma 60 hari anda

Kelebihan menggunakan AVG Secure VPN untuk PC anda

Perkhidmatan VPN yang ringkas dan berkuasa

Muat turun VPN anda, pasang dan sambung ke jaringan dengan selamat dengan satu klik.

Penyulitan gred-tentera

Penyulitan 256 bit melindungi aktiviti dalam talian anda daripada pengintip.

Sokongan penstriman: lebih 50 lokasi untuk dipilih

Pelayan penstriman khusus kami membantu anda mengikuti rancangan kegemaran anda semasa dalam perjalanan.

Berfungsi pada 10 peranti serentak

Kini anda boleh menggunakan VPN merentas beberapa peranti dalam rangkaian anda.

Jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 30 hari

Cuba tanpa risiko dan jika anda tidak yakin, dapatkan kembali wang anda. Tiada kerumitan, tiada gangguan.

Guna perisian VPN untuk Windows dengan 3 langkah mudah

Sambung kepada mana-mana
Wi-Fi

Di rumah atau di tempat kerja, di sekolah atau di kedai kopi, lapangan terbang, atau kedai – klien VPN kami berfungsi di mana-mana sahaja.

Hidupkan Secure VPN

Lancarkan Secure VPN dan klik pada butang HIDUP. Anda boleh memilih lokasi lain pada bila-bila masa.

Layari dengan selamat dan
awanama

Itu sahaja! Pelayaran awanama, alamat IP tersembunyi dan lokasi tersembunyi, semuanya dalam satu klik.

Mengakses kandungan kegemaran anda di mana-mana sahaja anda berada dengan khidmat VPN kami

Nyahsekat tapak web, platform penstriman dan banyak lagi

Nikmati penstriman dan permainan yang lancar dan tanpa gangguan. Menstrim dalam definisi tinggi dan tanpa penimbalan yang berterusan.

Mengelakkan sekatan kandungan global

Atasi sekatan mengikut kawasan agar anda boleh mengakses akaun penstriman kesukaan anda dari mana-mana sahaja.

Cara untuk memasang

  1. Pastikan tidak ada aplikasi lain yang berjalan di PC Windows anda.
  2. Muat turun AVG Secure VPN untuk Windows.
  3. Klik kanan fail persediaan yang dimuat turun avg_secure_vpn_setup.exe dan pilih Jalankan sebagai pentadbir daripada menu konteks.
  4. Ikuti arahan aplikasi di skrin.

Untuk arahan yang lebih terperinci, sila pergi ke halaman sokongan pemasangan kami.

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan sistem

  • Windows Windows 10, 8, dan 7
    (Windows XP boleh ditemui di sini)
  • Mac MacOS 10.11 (El Capitan) atau lebih tinggi
  • Android Android 5.0 (Lollipop, API 21) atau ke atas
  • iOS iOS 10.0 atau lebih tinggi

Bahasa

Untuk Windows: Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.

Untuk Mac: Bahasa Inggeris, Bulgaria, Cina(Ringkas), Cina (Tradisional), Czechoslovakia, Denmark, Belanda, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Itali, Jepun, Korea, Norway, Poland, Portugis, Rusia, Sepanyol, Sweden, Slovak, Thailand, Turki, Vietnam

Untuk Android: Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Apa itu VPN dan apakah fungsinya?

VPN menyulitkan sambungan rangkaian anda dan menghalakannya melalui satu lagi pelayan untuk menyembunyikan alamat IP anda dan memastikan anda tidak dikenali dalam talian. Dengan alamat IP baharu dan sambungan Internet yang disulitkan dengan selamat, anda dapat menyembunyikan aktiviti dalam talian anda daripada penggodam dan ISP anda, melindungi data anda menerusi Wi-Fi awam percuma, menyamarkan identiti anda dalam talian serta membuka sekatan tapak web dan kandungan kegemaran anda. Terdapat banyak manfaat menggunakan VPN
Lihat panduan lengkap kami yang merangkumi semua perkara yang perlu anda ketahui tentang perlindungan VPN, kemudian pelajari cara menyediakan VPN pada Windows atau cara menggunakan VPN pada telefon mudah alih anda. Pastikan juga anda melihat semua petua, panduan dan nasihat kami tentang VPN.

Bagaimanakah caranya menukar alamat IP saya?

Kepada menukar alamat IP anda, ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan. Salah satu cara paling mudah ialah menggunakan VPN. VPN menyulitkan sambungan Internet anda dan menghalakannya melalui pelayan yang berbeza, yang menutup alamat IP asal anda dan menetapkan yang baharu.
Anda juga mungkin boleh menukar alamat IP anda dengan menghubungi pembekal perkhidmatan Internet (ISP) anda dan meminta yang baharu. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak sentiasa dijamin dan mungkin tidak disediakan oleh semua ISP.
Secara keseluruhan, menggunakan VPN lazimnya merupakan cara yang termudah dan paling berkesan untuk menukar alamat IP anda, terutamanya jika anda ingin memilih lokasi alamat IP baharu anda.

Bagaimanakah caranya menyembunyikan alamat IP saya?

Untuk menyembunyikan alamat IP anda, gunakan VPN. VPN menyulitkan sambungan Internet anda dan menghalakannya melalui pelayan jauh. Tindakan ini membuatkan trafik anda kelihatan seperti datang dari alamat IP yang berbeza, lantas dengan berkesan menyembunyikan IP anda sendiri.
Anda juga boleh menggunakan pelayan proksi yang menyembunyikan alamat IP anda dan menggantikannya dengan alamat IP pelayan proksi. Terdapat banyak pelayan proksi yang tersedia, tetapi bukan semua boleh dipercayai atau selamat, jadi secara keseluruhan, pilihan yang lebih baik adalah menggunakan VPN.

Bilakah dan bagaimanakah saya perlu menggunakan VPN?

Pertimbangkan untuk menggunakan VPN dalam situasi berikut:

  • Apabila anda menggunakan Wi-Fi awam: rangkaian Wi-Fi awam selalunya tidak selamat.
  • Apabila anda perlu mengelakkan sekatan kandungan seperti kandungan yang dikenakan sekatan geografi.
  • Apabila anda mahu melindungi privasi anda. Walaupun anda menggunakan sambungan Internet peribadi, ISP (penyedia perkhidmatan Internet) anda masih boleh melihat aktiviti anda dalam talian. Dengan menggunakan VPN, anda boleh menyulitkan sambungan anda dan lebih memastsikan aktiviti anda dalam talian lebih rahsia.

Untuk menggunakan VPN:

  1. Pilih penyedia VPN yang bereputasi seperti AVG Secure VPN.
  2. Muat turun dan pasang perisian VPN pada peranti anda.
  3. Pilih lokasi pelayan.
  4. Sambung ke pelayan VPN.
  5. Gunakan Internet seperti biasa.

Adakah terdapat versi percuma AVG Secure VPN?

Muat turun percubaan percuma 60 hari untuk menikmati semua privasi dan keselamatan yang disediakan oleh AVG Secure VPN secara percuma. Anda akan dapat menyembunyikan alamat IP anda dan menyulitkan sambungan Internet anda dengan selamat untuk kekal selamat di Wi-Fi awam, menghalang sesiapa sahaja daripada mengetahui perkara yang anda lakukan dalam talian, dan mengakses kandungan kegemaran anda dari seluruh dunia. Cuba AVG Secure VPN secara percuma hari ini.

Bolehkah anda dijejaki menggunakan AVG Secure VPN?

AVG Secure VPN menghalang sesiapa sahaja daripada menjejaki anda dalam talian berdasarkan alamat IP sebenar anda. Dan kerana sambungan anda ke Internet disulitkan, tiada sesiapa yang dapat memantau jejak digital yang anda tinggalkan dalam talian.

Walau bagaimanapun, kaedah penjejakan web yang lain – seperti kuki penjejakan atau cap jari pelayar – akan tetap berfungsi sama ada anda menggunakan VPN atau tidak. Walaupun VPN dapat meningkatkan privasi anda dengan ketara, anda memerlukan perisian antipenjejakan khusus untuk mengelakkan jenis penjejakan pelayar yang wujud pada masa kini.

AVG Secure VPN untuk PC

Perlindungan percuma yang pantas, ringan dan berkuasa. Ia hanya memerlukan satu klik sahaja.

Cubalah

Cuba selama 60 hari secara percuma

Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows?
Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada iOS anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail ini untuk Android dan tidak akan berfungsi iOS anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Nampaknya anda menggunakan Mac. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Mac atau Windows? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan iOS. Fail antivirus ini tidak akan berfungsi pada iOS anda. Muat turun untuk Windows. Nampaknya anda menggunakan Windows. Adakah anda inginkan aplikasi ini untuk Windows atau Mac? Nampaknya anda menggunakan Android. Klik butang Google Play untuk mendapatkan antivirus untuk Android. Atau muat turun untuk Mac. Nampaknya anda menggunakan iOS. Klik butang App Store untuk mendapatkan antivirus untuk iOS. Atau muat turun untuk Mac. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail VPN ini untuk Android dan tidak akan berfungsi iOS anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada PC anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada Mac anda. Fail VPN ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi Android anda. Fail antivirus ini untuk PC dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Mac dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk Android dan tidak akan berfungsi pada mesin anda. Fail antivirus ini untuk iOS dan tidak akan berfungsi pada mesin anda.

Windows Mac Android iOS (daripada Google Play) (daripada Google Play) (daripada Google Play) Kembali