Imej Gary Kovacs

Gary Kovacs

Ketua Pegawai Eksekutif AVG Technologies

Gary Kovacs ialah ketua pegawai eksekutif AVG dan pengarah urusan bagi lembaga pengurusan kami. Sebelum menyertai AVG, Gary telah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif di Mozilla Corporation, di mana beliau memimpin hala tuju organisasi tersebut dan pelayar web Firefox secara keseluruhannya.

Semasa beliau memegang jawatan tersebut, Mozilla telah berkembang dengan ketara. Perniagaan desktop utamanya mengalami kejayaan baharu dengan lebih 500 juta orang pengguna pada masa ini dan syarikat tersebut telah berkembang kepada perniagaan mudah alih dengan pelancaran terbaru Firefox OS, sistem pengendalian mudah alihnya yang terbuka dan telah memacu Mozilla kepada kedudukan sebagai peneraju industri dalam inisiatif privasi Internet. Sebelum menyertai Mozilla, Gary memegang peranan kepimpinan kanan sebagai Naib Presiden Kanan Pasaran, Penyelesaian & Produk di Sybase menerusi kejayaan pengambilalihan oleh SAP, sebagai Pengurus Besar dan Naib Presiden Mudah Alih & Peranti di Adobe di mana beliau bertanggungjawab ke atas pertumbuhan Adobe dalam pasaran mudah alih. Gary mempunyai latar belakang yang luas dalam membina dan memacu syarikat-syarikat teknologi antarabangsa dan telah menunjukkan kekuatannya dalam memimpin perniagaan mudah alih dan PC global sebelum ini.

Sebelum ini, beliau berjaya memimpin penciptaan dan pertumbuhan Zi Corporation, sebuah syarikat yang pakar dalam perisian terbenam dan perkhidmatan untuk peranti mudah alih dan pengguna. Sebelum mengasaskan Zi Corporation, Gary telah menghabiskan masa selama 10 tahun di IBM dengan menjawat jawatan kepimpinan dalam pengurusan produk, jualan, pemasaran dan operasi dalam divisyen perisian global.

Gary merupakan jurucakap awam dan ahli panel yang kerap. Pada tahun 2015, beliau sekali lagi menjadi penceramah ucap utama di Mobile World Congress selepas menjadi penceramah untuk acara yang sama pada tahun 2013. Bual Bicara TED 2012 beliau, "Tracking the Trackers" mengupas isu privasi Internet dalam dunia yang semakin berhubung dan merupakan salah satu rancangan Bual Bicara TED yang mendapat tontonan paling ramai setakat ini. Di World Economic Forum Annual Meeting of the New Championships pada tahun 2012, beliau menyampaikan pembentangan mengenai strategi untuk mewujudkan ekonomi siber yang berdaya tahan di dalam halangan ekonomi, keselamatan dan privasi.

Fierce Wireless telah menamakan Gary sebagai salah seorang Bintang Meningkat Naik dalam Wireless bagi tahun 2013. Gary merupakan graduan daripada University of Calgary, di Kanada, dengan mendapat ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan cemerlang.

Gary telah berkhidmat sebagai ahli lembaga ePhox Corporation, Sensory, Inc. dan Make-a-Wish Foundation (Bay Area Chapter). Beliau juga merupakan seorang ahli Majlis Penasihat Pengurusan University of Calgary.

 
Anak panah dalam bulatan biru
Langkau ke kandungan Langkau ke menu