Foto David Ferguson, pasukan pengurusan

David Ferguson

Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Hasil & Operasi Perniagaan AVG Technologies

David berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Hasil dan Operasi Perniagaan kami sejak Januari 2015 dan bertanggungjawab atas aktiviti AVG dalam segmen pengguna dan perniagaan, menjangkau produk desktop, mudah alih, platform dan awan. Tumpuan beliau adalah untuk memacu pendapatan, menjana pelanggan dan kerjasama merentas perniagaan. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Pengurus Besar, Pengguna dan Mudah Alih dari Februari 2013 hingga Disember 2014, Ketua Pegawai Web dan Pelanggan dari 2010 hingga Februari 2013, Presiden dan Pengurus Besar, APAC dan Pengurus Besar, China, dari 2009 hingga 2010 dan Ketua Pegawai Pemasaran dari 2008 hingga 2009.

Sebelum menyertai kami, David merupakan Ketua Pegawai Strategi dan Pemasaran di Dot Mobile Ltd dari 2006 hingga 2008 dan sebelum itu, beliau telah memegang pelbagai jawatan di Bulldog Communications Limited (diambil alih oleh Cable & Wireless Plc), Telewest Plc (kini dikenali sebagai Virgin Media), Ernst & Young LLP dan CACI International Inc. Beliau memiliki BA dalam bidang Ekonomi dan Falsafah daripada University College London, MBA daripada University of Strathclyde Business School dan Diploma daripada Chartered Institute of Marketing.
Anak panah dalam bulatan biru
Langkau ke kandungan Langkau ke menu