• Dasar Privasi
  • Khusus Aplikasi
  • Kuki
  • Arkib privasi

Kuki

Tidak mahu kuki kami? Matikan AVG Cookies

Apakah itu kuki dan pengenal pasti tanpa nama?

Apabila anda melawati laman web AVG (termasuk www.avg.com) atau menggunakan produk kami, kami mungkin meletakkan sedikit maklumat pada peranti anda. Maklumat ini termasuklah fail teks yang kecil, dipanggil “kuki” dan “pengenal pasti tanpa nama” yang boleh terdiri daripada rentetan aksara rawak yang digunakan untuk tujuan yang sama seperti kuki.

Apakah yang dilakukan oleh kuki dan pengenal pasti tanpa nama lain?

Kami menggunakan banyak jenis kuki dan pengenal pasti tanpa nama yang berbeza, tetapi pada dasarnya, pengenal pasti tanpa nama ini digunakan untuk menjadikan laman dan produk kami berfungsi dengan lebih produktif untuk anda, bagi memperibadikan pengiklanan dan mendayakan kefungsian laman web atau produk tertentu.

 

Sebagai contoh, kuki atau pengenal pasti tanpa nama yang lain boleh digunakan untuk:

 

  • Membantu anda menavigasi antara halaman berbeza pada laman kami dengan efisien.
  • Ingat butiran log masuk anda dan keutamaan yang telah anda berikan untuk menjimatkan masa dan memudahkan anda.
  • Mengukur cara anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami supaya kami boleh memperbaikinya dan pengalaman pelayaran anda.
  • Memperibadikan pengiklanan untuk menjadikan kandungan lebih relevan kepada anda.

Anda boleh menemui maklumat lanjut mengenai kuki di laman web berikut: www.allaboutcookies.org.

Apakah jenis kuku yang anda guna dan apakah yang ia lakukan?

Jadual berikut menyenaraikan kuki yang digunakan di Tapak kami dan menerangkan tujuannya:

Kumpulan Kuki Tujuan
Kuki teknikal Kuki ini adalah penting untuk kefungsian yang betul dalam kawasan tertentu Tapak kami, seperti mendayakan bahagian e-dagang tapak kami, menawarkan kepada anda kombinasi produk dan harga yang relevan dengan rantau anda, membolehkan kami mengimbangkan beban pada pelayan kami, merekodkan pilihan pengguna untuk penggunaan kuki, dsb. Kuki dalam kategori ini mengandungi kedua-dua sesi serta kuki kekal. Tapak kami tidak akan berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi sama sekali tanpa kuki ini, oleh itu kuki ini sentiasa digunakan, tanpa mengambil kira pilihan pengguna. Kuki dalam kategori ini sentiasa ditetapkan oleh Tapak kami dan bukan domain pihak ketiga.
 
Kuki analisis Kuki ini digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana anda menggunakan tapak kami. Kami menggunakan maklumat tersebut untuk mengumpulkan laporan dan untuk membantu kami memperbaik tapak kami, menjadikannya lebih mesra pengguna dan memantau bagi memastikan ia berjalan dengan betul. Kuki tersebut mengumpulkan maklumat dalam bentuk tanpa nama mengenai aktiviti anda di Tapak kami, termasuk halaman yang anda lawati dan halaman web yang telah merujuk anda ke tapak kami. Kuki dalam kategori ini boleh ditetapkan oleh tapak kami atau domain pihak ketiga. Maklumat lanjut tentang kuki tertentu ini tersedia di bawah dalam bahagian pengenal pasti tanpa nama.
 
Kuki penjejakan pihak ke-3 Kuki ini digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai cara anda menggunakan tapak kami dan kata kunci apakah yang anda gunakan untuk tiba di tapak kami, tapak web mana yang telah anda lawati, serta cara anda telah mencapai tapak kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyusun laporan, bagi membantu memperbaik tapak kami dan secara umumnya untuk menyesuaikan tawaran produk dan perkhidmatan kepada anda. Kuki ini boleh ditetapkan sama ada oleh domain tapak kami atau pihak ketiga.
 
Kuki penyepaduan pihak ke-3 Kuki ini digunakan untuk menggabungkan kefungsian pihak ke-3 dalam tapak kami, seperti video YouTube, borang maklum balas atau ikon media sosial yang membolehkan anda berkongsi kandungan kami. Kuki dalam kategori ini boleh ditetapkan oleh pihak ketiga dan termasuk, tanpa had, kuki yang ditetapkan oleh domain berikut: YouTube.com, Twitter.com, Linkedin.com dan Facebook.com.

Apakah pengenal pasti tanpa nama lain yang anda guna dan apakah yang ia lakukan?

Produk berasaskan Android kami boleh menggunakan ID Pengiklanan Google untuk tujuan tertentu, termasuk pengiklanan berasaskan minat dan pembinaan profil tanpa nama.

Tapak dan produk kami yang tertentu menggunakan Google Analytics, sebuah perkhidmatan analitis web yang disediakan oleh Google, Inc. Google Analytics memanfaatkan kuki untuk membantu AVG menganalisis cara pengguna menggunakan tapak dan produk kami. Maklumat yang dijanakan oleh kuki tentang penggunaan tapak dan produk kami (termasuk alamat IP anda) dan dikumpulkan melalui Google Analytics (“Data Google Analytics”) mungkin dihantarkan kepada dan disimpan oleh Google pada pelayan di Amerika Syarikat. Sekiranya dibenarkan secara kontrak, kami menghendaki Google memangkas/menjadikan tanpa nama oktet terakhir alamat IP, termasuk untuk pengguna yang berada di Negara Ahli Kesatuan Eropah serta untuk pihak lain dalam Perjanjian berhubung Kawasan Ekonomi Eropah. Alamat IP penuh akan dihantar ke pelayan Google di USA dalam keadaan tertentu sahaja. Google akan menggunakan Data Google Analytics bagi pihak AVG untuk tujuan menilai penggunaan anda terhadap tapak dan produk kami, menyusun laporan tentang aktiviti tapak dan produk kami untuk AVG dan menyediakan perkhidmatan lain berkaitan aktiviti tapak dan produk serta penggunaan internet kepada AVG. Google mungkin turut menggunakan Data Google Analitis yang dikumpulkan untuk mengkontekskan dan memperibadikan iklan dari rangkaian pengiklanannya sendiri.

Bagaimanakah saya boleh mengurus kuki saya dan keutamaan penjejakan dan analisis pihak ketiga?

Apabila anda melawat tapak kami atau menggunakan produk kami, bergantung pada lokasi anda berada, kami mungkin menunjukkan kepada anda notis yang memberitahu anda bagaimana dan mengapa kami menggunakan kuki tertentu dan menyediakan keupayaan untuk anda memilih keluar daripada penggunaan kuki tertentu (selain daripada kuki teknikal yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami). Jika anda tidak membuat sebarang perubahan selepas ditunjukkan notis ini, kami akan menganggap bahawa anda bersetuju dengan penggunaan ini.

Harap maklum bahawa AVG tidak memberi respons kepada isyarat do-not-track (jangan jejaki). Anda boleh tidak menyertai penggunaan kuki tertentu pada bila-bila masa dengan mengklik di sini. Jika anda memilih untuk pilih keluar, kuki (selain daripada kuki teknikal) ditetapkan oleh AVG daripada laman kami akan dipadam daripada peranti anda. Anda juga boleh menyahdayakan kuki dalam keutamaan dalam pelayar web anda. Sila ambil perhatian, walaupun, berbuat begitu boleh menghalang anda daripada menggunakan bahagian tapak web tertentu di Internet (termasuk tapak kami) dan/atau boleh menjejaskan pengalaman anda secara negatif dengan laman dan perkhidmatan kami. Jika anda menggunakan Google Chrome, AVG turut menawarkan kemungkinan untuk memuat turun sambungan Crumble Chrome, pemalam percuma yang membantu anda menghalang penjejakan kuki merentas tapak. Anda juga mempunyai pilihan untuk menetapkan semula ID Pengiklanan Google anda atau memilih keluar iklan berasaskan minat dan pembinaan profil tanpa nama menggunakan ID Pengiklanan pada bila-bila masa dengan mengubah keutamaan anda dalam peranti Android anda. Anda boleh mengetahui caranya dengan melawati https://support.google.com/googleplay/android-developer/answer/6048248.

Anda boleh menghalang pengumpulan dan penggunaan Data Google Analitis oleh Google dengan memuat turun dan memasang pemalam pelayar yang tersedia di bawah https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.

Produk kami yang tertentu menggunakan Flurry Analytics Platform. Anda boleh menghalang pengumpulan dan penggunaan data Flurry oleh Flurry dengan mengikut arahan Flurry di https://dev.flurry.com/secure/optOut.do.

Kali terakhir dikemas kini 22 Ogos 2016.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu