AVG Safe Browser ialah pelayar web percuma yang membantu memastikan supaya anda melawat hanya tapak web yang selamat, di samping memberikan anda kawalan ke atas siapa yang boleh melihat dan menggunakan apa yang anda lakukan dalam talian.

AVG Safe Browser membantu menyelamatkan anda daripada komplot, penipuan, pemancingan data, penyalahgunaan data dan kandungan dalam talian yang mungkin berniat jahat semasa melayari Internet pada iPhone®, iPad® atau iPod® touch anda.

Hanya lawat tapak web selamat

Menyekat tapak web yang berniat jahat atau tidak selamat yang mengandungi scam atau malware menggunakan teknologi AVG LinkScanner®. Jika anda tiba di tapak web yang mencurigakan, kami akan memaklumkan anda dan membawa anda ke halaman pilihan yang selamat.

Kawal siapa yang boleh mengumpul data anda semasa anda berada dalam talian

AVG Do Not Track membantu anda mengenal pasti tapak web mana yang mengumpul data mengenai aktiviti dalam talian anda dan memberikan anda pilihan sama ada hendak membenarkannya.

AVG Do Not Track

AVG Safe Browser berfungsi sama seperti pelayar web dan ciri mudah alih lain:

  • Sejarah pelayar bagi tapak web yang dilawati
  • Penanda halaman untuk tapak web kegemaran
  • Bar alamat yang disembunyikan untuk memaksimumkan ruang skrin
  • Berfungsi dengan sambungan Internet WiFi dan data mudah alih

iPhone®, iPad® dan iPod touch® adalah tanda dagang Apple, Inc.

Dapatkannya percuma | Tersedia di App Store
 
 

Anugerah AVG

Melindungi 187 juta pengguna aktif Anugerah AVG Lihat senarai penuh anugerah kami