Ujian Kelajuan & Pembersihan PC

Kami menggunakan alat yang mengikut standard industri untuk menguji potensi AVG PC TuneUp pada komputer yang digunakan setiap hari dalam situasi sebenar. Keputusannya?
Permulaan, bekerja & bermain dengan lebih pantas & lebih ruang cakera.

Masa Permulaan PC

Apa yang lebih menyakitkan hati daripada PC yang mengambil masa terlalu lama untuk but? Untuk melihat setakat mana AVG PC TuneUp dapat membantu, kami mengukur masa permulaan sehingga kiraan saat:

Medion Desktop PC (2008): Pada PC desktop Windows 7 kami yang sudah lama, kami perlu menunggu hampir 6 minit untuk menggunakan PC itu selepas menekan butang kuasa. Selepas kami optimumkannya dengan AVG PC TuneUp, masa permulaan telah dikurangkan kepada hanya 159 saat – dan PC boleh digunakan hampir serta-merta. 

Asus Zenbook UX-501: Zenbook mengambil masa selama 39 saat untuk dimulakan dengan jumlah biasa program yang dipasang pada Windows 10. Selepas dioptimumkan, masa permulaan menurun kepada hanya 8.7 saat.

 

53%

permulaan lebih pantas

PC desktop

  • 336
  • 159

77%

permulaan lebih pantas

Asus Zenbook UX-501

  • 38
  • 8.7

(Keputusan ditunjukkan dalam saat)

5.4

FPS lebih laju

HP Spectre x360

 

507

lebih mata

pada Alienware X51

(dalam mata)

Bermain permainan 3D

Permainan yang paling banyak mendapat kelebihan daripada sistem yang ditala dengan sempurna. Menggunakan ujian 3DMark, mari lihat cara AVG PC TuneUp melajukan Grand Theft Auto V: 

HP Spectre x360: Apabila kami memasang program yang biasa digunakan setiap hari pada HP ultrabook ini, 150 program yang dipasang memperlahankan Grand Theft Auto V sebanyak 24.4 bingkai sesaat (fps). Selepas kami berikan lonjakan dengan AVG PC TuneUp, ia meningkat sehingga hampir 30 fps yang boleh dianggap sebagai permainan yang lancar. Sesetengah pemain membeli kad grafik hanya untuk mencapai kelajuan sedemikian. 

Alienware X51: Pelantar permainan 2012 ini mendapat markah 4900 mata dalam 3DMark tanpa menggunakan penalaan. Selepas kami memberi penalaan, markah meningkat kepada 5407 mata – ini lebih baik daripada sebarang peningkatan kelajuan (overclock) yang berbahaya!  

Prestasi Kerja Ringan & Berat

Dalam ujian kerja ringan, kami menggunakan alat tanda aras PC Mark 8®untuk menguji tahap kelancaran pelayaran web, penulisan dan penyuntingan foto sebelum ini. Untuk ujian kerja berat kami menggunakan alat Adobe Creative®Suite (InDesign, PhotoShop dan Illustrator):

Alienware X51: Masa yang diambil untuk memaparkan imej, menggunakan penapis dan mengeksport fail menggunakan produk Adobe turun daripada 18 kepada 14 saat – ini ialah peningkatan sebanyak 21% selepas penalaan prestasi kami.

Sony Vaio 2011: pada komputer riba Windows 7 yang sudah lama ini, program yang digunakan setiap hari memberi kesan ketara pada markah PC Mark 8. AVG PC TuneUp dapat memulihkannya dan melonjakkan kelajuannya daripada markah rendah sebanyak 901 mata kepada 2196. Dengan erti kata lain: kini program ini berjalan lebih daripada dua kali lebih pantas! 

21%

lebih laju

Alienware X51

  • 18.19
  • 14.25

(dalam saat)

143.7%

lebih laju

Sony Vaio 2011

  • 901
  • 2196

(dalam mata)

36%

lebih laju

Sony Vaio 2011

(dalam mata)

47%

lebih laju

HP Spectre x360

(dalam mata)

Bekerja menggunakan Microsoft Office®

Dalam ujian khusus Office 2013 kami, kami mengukur tempoh masa yang diambil untuk memasukkan foto atau animasi ke dalam PowerPoint®dan melakukan pengiraan yang kompleks dalam Excel®.

Sony Vaio 2011: Komputer riba yang berusia 4 tahun ini meningkatkan prestasinya sebanyak 36% – meningkat daripada 591 kepada 801 mata dalam ujian Office 2013 kami. Dokumen pejabat yang besar khususnya, seperti pembentangan PowerPoint dan hamparan Excel telah dibuka dan dikendalikan dengan lebih pantas. 

HP Spectre x360: Semua tugas asas dalam Office mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan apabila program memperlahankan Ultrabook. Namun, selepas melakukan langkah penalaan, prestasi melonjak sebanyak 36%.

(Keputusan ditunjukkan dalam mata)

Membersihkan fail yang tidak diperlukan

Dalam ujian terakhir kami, kami melihat pada jumlah ruang cakera yang dapat kami bersihkan pada PC desktop yang digunakan bermula tahun 2008 serta Asus Zenbook UX-501 ultrabook:

PC Desktop: Sepanjang 7 tahun hayatnya, ia mengumpulkan lebih daripada 75 GB fail yang tidak berguna. Terima kasih kepada AVG PC TuneUp, kini ruang itu tersedia untuk menyimpan lebih banyak filem, foto dan muzik.

Asus Zenbook UX-501: Kami mendapat semula 38.5 gigabait, sebahagiannya telah digunakan untuk menyimpan fail sandaran berlebihan yang dibuat semasa menaik taraf komputer daripada Windows 8 kepada Windows 10.

75 GB

fail dibersihkan

PC desktop

  • 75221

38.5 GB

fail dibersihkan

Asus Zenbook UX-501

  • 38463

(Keputusan ditunjukkan dalam MB)

Kami melakukan ujian pada PC desktop yang berusia 7 tahun & ultrabook baharu, kedua-duanya dimuatkan dengan 200 perisian yang paling popular. Untuk melihat semua ujian, prosedur dan cara kami mengoptimumkan sistem ini,
baca kertas putih kami di sini.

Pembersihan & penalaan yang memenangi anugerah

Award Softonic imprescindible, 115 x 80 px
Award, CNET Editors' Rating, 4.5 stars, outstanding, 144 x 81 px
Award Editor's review, Excellent 5 stars, Softpedia, 136 x 80

"Dengan satu klik butang, PC TuneUp®  akan menyelesaikan semua masalah anda"

Award CNET, red circle

AVG TuneUp - Tanpa had

Tala dan bersihkan semua peranti anda

peranti
Apa sahaja peranti anda, kami melindungi anda
AVG logo | Malaysia