Cara melajukan PC anda melalui 3 langkah

Adakah PC lama anda semakin perlahan? Adakah proses but mengambi masa terlalu lama? Adakah tapak web berjalan dengan perlahan dan anda tidak dapat bermain permainan lagi?

AVG TuneUp dapat membantu melajukan PC anda.

Imej Sandro Villinger

Sandro Villinger
Resident Tech Expert AVG

LANGKAH 1

Muat turun AVG TuneUp

Muat turun, pasang dan bersedia untuk menala PC anda.

Peningkatan Kelajuan AVG PC TuneUp

Muat turun AVG TuneUp di sini. Kemudian, klik fail yang dimuat turun untuk memasang AVG PC TuneUp®.

Selepas melancarkan PC TuneUp, anda akan dialu-alukan dengan skrin aluan. Anda boleh melangkau imbasan untuk pergi ke papan pemuka utama.

Apabila tiba di sana, klik pada jubin Lajukan untuk mula melajukan PC anda.

LANGKAH 2

Hentikan program latar belakang

Jika PC anda sering sibuk melakukan sesuatu walaupun ketika anda tidak melakukannya atau anda mendapat banyak petua belon yang menyakitkan hati, maka sudah tiba masanya untuk meletakkan program latar belakang dalam mod “tunggu sedia” dengan Program Deactivator.

Klik pada Lumpuhkan program latar belakang dan anda akan dapat melihat senarai semua program yang dipasang, dikategorikan mengikut jumlah beban yang diletakkan pada PC anda. Matikan program yang tidak digunakan setiap hari dengan menekan suis.

 

PETUA! Apabila anda ingin menggunakan sesuatu program semula, anda hanya perlu melancarkannya seperti biasa untuk membangkitkannya. Semudah itu.

 

Program Deactivator

Mematikan semua bahagian program yang memperlahankan mesin anda semasa ia tidak digunakan secara aktif. Program itu masih akan berfungsi dengan baik, ia cuma berada dalam mod tidur.

Mulakan program anda seperti biasa semasa anda perlu menggunakannya dan AVG PC TuneUp akan mendayakannya dengan serta-merta!

Program latar belakang PC TuneUp, butiran dibesarkan

LANGKAH 3

Bebaskan kuasa Windows® yang tersembunyi

Program bukan satu-satunya perkara yang melambatkan PC anda. Windows mempunyai banyak bahagian yang tersembunyi yang sering memerlukan sumber PC anda yang berharga. Menggunakan Mod Turbo boleh menghentikan ciri Windows daripada memperlahankan PC anda.

Skrin Mod PC AVG PC TuneUp

Pada papan pemuka utama, klik pada butang Mod Turbo (ikon tolok) di penjuru bawah sebelah kiri.

Anda akan ditanya beberapa soalan mudah mengenai item yang hendak dimatikan. Anda boleh juga memilih untuk menetapkan Mod Turbo supaya dihidupkan sentiasa atau hanya semasa anda memerlukan sedikit kuasa tambahan.
 

PETUA! Jika anda tidak tahu fungsi sesetengah ciri ini, tuding di atas setiap ikon untuk mendapatkan penerangan terperinci.

 

Mod Turbo

Mematikan lebih daripada 70 ciri yang sukar dicari & sering tidak diperlukan dalam Windows® seperti perkongsian Media Player, pengecaman pen atau proses bantuan jauh.

Ini benar-benar alat terbaik untuk memperoleh prestasi yang lebih daripada biasa semasa mereka, menyunting video, bermain atau melakukan pengaturcaraan sama ada anda menggunakan Windows 10, 8, 7, Vista, XP SP3.

Dan Boom! Sudah selesai.

PC anda seharusnya berjalan dengan lebih laju.

Keputusannya di sini!

Apabila kami menguji AVG TuneUp secara menyeluruh pada kedua-dua mesin yang benar-benar lama dan yang serba baharu, kami kagum dengan keputusannya. Ingin mengetahui bagaimana ciri prestasi ini mampu meningkatkan kelajuan pelayaran web, bermain permainan, menonton filem atau bekerja dengan Office?

AVG TuneUp - Tanpa had

Tala dan bersihkan semua peranti anda

peranti
Apa sahaja peranti anda, kami melindungi anda
AVG logo | Malaysia