Langkah 1

Muat turun AVG TuneUp

Muat turun, pasang dan bersedia untuk menala PC anda.

Muat turun AVG TuneUp di sini. Kemudian, klik fail yang dimuat turun untuk memasang AVG PC TuneUp®.

Selepas melancarkan PC TuneUp, anda akan dialu-alukan dengan skrin aluan. Anda boleh melangkau imbasan untuk pergi ke papan pemuka utama.

Apabila tiba di sana, klik pada jubin Kosongkan Ruang.

Papan Pemuka PC TuneUp
 
 
 

Langkah 2

Keputusan imbasan

Banyak program menyesakkan komputer anda dengan menyimpan data sementara dan data sarap lama secara automatik jauh di tempat yang mungkin anda tidak akan tahu untuk mencarinya. Mujurlah, AVG PC TuneUp tahu tempat sebenarnya data ini disembunyikan dan mencarinya untuk anda dengan imbasan yang mudah ini.

Klik pada Cache Sistem & Log, kemudian klik pada Paparkan untuk melihat semua serakan yang tidak dikehendaki.

Untuk mengosongkan ruang itu, klik pada butang Bersihkan.

Potensi Pembersihan PC TuneUp

Pembersih Cakera AVG

Pembersih Cakera mengalih keluar serakan yang tidak dikehendaki daripada lebih 200 program dan Windows. Berikut adalah beberapa perkara yang dihapuskan:

 


Laporan ranap (”Longgokan memori”)

Windows menghasilkan longgokan memori yang mengandungi maklumat analisis yang berkaitan setiap kali PC anda ranap.




 

Laporan ralat Windows

Windows menjana laporan yang mengandungi maklumat berkenaan sifat ranap tersebut apabila program ranap.

 


Gugusan hilang

Utiliti pembaikan cakera (seperti Chkdsk Microsoft) mengesan gugusan yang rosak dan cuba memulihkan data yang rosak. Data pemulihan ini disimpan sebagai fail baharu pada cakera keras anda. Malangnya, dalam kebanyakan hal, fail ini tidak mengandungi data yang boleh digunakan kerana maklumat asal sering kali tidak dapat dipulihkan.

 


Fail pemasang

Hanya dengan memasangnya, program meninggalkan banyak fail sementara yang menyesakkan cakera keras anda. Pembersih Cakera membersihkan sisa fail Microsoft Installer (MSI) dengan selamat dan pasti.

 


Cache

Ini ialah fail sementara yang ditinggalkan pada cakera anda oleh program dan Windows. Ini termasuk, sebagai contoh, cache fon yang digunakan oleh program Windows Presentation Foundation (WPF) dan cache bitmap aplikasi desktop jauh.

 


Fail log

Windows dan program pihak ke-3 sering merekodkan log operasinya yang akan menyesakkan cakera keras anda dari semasa ke semasa.

 


Fail sistem sementara

Windows dan pelbagai program lain mencipta fail sementara untuk mengcache operasi semasanya. Fail ini boleh mengandungi maklumat peribadi yang mungkin tidak dihapuskan selepas operasi itu selesai.

 


Sandaran lama

Ini ialah titik pemulihan yang dibuat oleh sistem pengendalian untuk kembali kepada keadaan sebelumnya. Sandaran ini turut mengandungi kemas kini Windows yang dimuat turun yang telah dipasang.

 


Imej kecil

Fail kecil sementara yang dicipta dan dipaparkan oleh Windows-explorer.

 


Senarai “Fail yang baharu digunakan”

Banyak program, termasuk Windows membuat senarai fail yang baharu dibuka. Walaupun langkah ini agak memudahkan, ia mungkin mengandungi risiko privasi. Pembersih Cakera membantu membersihkannya.

 
 
 

Langkah 3

Bersihkan pelayar anda

Apabila anda menyemak imbas web, fail lebihan tersembunyi dicipta yang mana kadangkala pelayar anda juga tidak dapat menjejakinya. Di situlah Pembersih Pelayar dapat membantu.

Klik pada Data pelayar (ikon glob). Tandakan item yang ingin dihapuskan (baca anak tetingkap di sebelah kanan untuk mendapatkan butiran lanjut) dan klik butang Bersihkan!

Bersihkan pelayar PC TuneUp

Selesai! Semudah itu.

PC anda seharusnya memiliki lebih banyak ruang untuk perkara yang anda sukai.

AVG TuneUp - Tanpa had

Tala dan bersihkan semua peranti anda

 US$49.99

Apa sahaja peranti anda, kami melindungi anda

Ikon ciri PC
Ikon ciri Komputer Riba
Ikon ciri Telefon
Langkau ke kandungan Langkau ke menu