Skip to content

Ancaman sama yang menjadi masalah untuk PC – virus, perisian berniat jahat dan kecurian identiti - juga adalah ancaman terhadap tablet anda.

AVG Mobilation Anti-Virus PRO menambah kawalan prestasi pada ciri Anti-Virus Free yang sedia ada, untuk memastikan tablet anda bukan saja selamat daripada kehilangan dan virus, bahkan juga memastikan ia berjalan pada prestasi yang optimum.

Ia mudah diguna dan berfungsi dalam semua versi Android OS, v1.6 dan seterusnya.

Cari dan lindungi tablet anda jika hilang atau dicuri

Cari tablet anda, paparkan mesej pada skrin untuk meningkatkan peluang untuk dikembalikan semula dan memastikan data peribadi anda selamat dengan mengunci atau memadamkannya.

Tablet Locator
Tablet Locator membantu anda mencari telefon anda dengan cepat melalui Peta Google dengan membuatkannya menghantar lokasinya melalui GPS, yang boleh diaktifkan secara jauh dari www.avgmobilation.com. Anda boleh juga mendayakan fungsi SHOUT yang memaksimumkan kelantangan nada dering anda dan juga membolehkan anda membuat nada yang kuat, meskipun jika telefon anda berada dalam mod “Senyap”, untuk membantu mencarinya dengan mudah.
Tablet Locker
Tablet Locker memungkinnya untuk memastikan pihak luar daripada mengakses maklumat peribadi anda dengan membolehkan anda untuk mengunci telefon anda secara jauh melalui SMS atau daripada kawalan yang diuruskan dari www.avgmobilation.com. Anda boleh juga membuat mesej skrin kunci tersuai dengan butiran kenalan anda bagi memudahkan pengembalian peranti anda dalam keadaan selamat.
Pemadaman Jauh
Pemadaman Jauh membantu mengekalkan privasi anda sekiranya tablet anda hilang atau dicuri dengan membolehkan anda untuk memadamkan semua kenalan, foto dan kalendar serta sejarah semak imbas dan Kad SD anda.
Baca lagiTutup

Pastikan peranti peribadi anda yang paling berharga dan peribadi dalam keadaan selamat

E-mel, muat turun muzik, video dan aplikasi dan layari web dengan yakin walau di mana anda berada, dengan mengetahui bahawa anda sentiasa selamat.

App Scanner
App Scanner mengimbas aplikasi bagi memastikan tiada perisian berniat jahat atau jangkitan berbahaya yang lain dapat menjangkiti peranti anda. Ia juga membolehkan kemungkinan untuk menjalankan pengimbasan manual atau menjadualkannya untuk dijalankan secara automatik setiap hari atau secara mingguan.
File Scanner
File Scanner mengimbas tablet anda untuk mengesan virus dan menyingkirkannya hanya dengan satu klik mudah. Ia memastikan anda dilindungi semasa menggunakan aplikasi kegemaran anda dan memastikan kenalan, penanda buku, muzik dan video dijaga keselamatannya. Ia juga membolehkan kemungkinan untuk menjalankan pengimbasan manual atau menjadualkannya untuk dijalankan secara automatik setiap hari atau secara mingguan.
Settings Scanner
Settings Scanner membolehkan anda untuk mengoptimumkan tetapan keselamatan anda untuk melindungi tablet anda dengan sebaiknya.
Pelungsuran web dengan selamat
Pelungsuran web selamat memeriksa laman web secara aktif dalam masa nyata pada masa ia amat diperlukan - sebelum anda tiba di laman tersebut. Jika ia mengesan sesuatu yang mencurigakan, ia mengelakkan anda daripada melawati tapak tersebut. Pelungsuran web selamat melindungi kedua-dua anda apabila anda klik ke laman web dan setiap kali anda memasukkan alamat web secara terus ke dalam penyemak imbas anda.
Baca lagiTutup

Kekalkan privasi anda (Hanya dalam Pro)

Lindungi aplikasi anda daripada mata yang mengintip dengan mengunci dan memeliharanya secara individu.

App Locker
App Locker melindungi privasi anda dengan membolehkan anda mengunci aplikasi anda, dengan itu memeliharanya daripada diakses oleh orang lain menggunakan tablet anda.
Baca lagiTutup

Buat sandaran untuk aplikasi anda (Hanya dalam Pro)

Pastikan anda tidak akan sekali-kali kehilangan aplikasi anda yang berharga.

App Backup
App Backup membantu anda menyandarkan semua aplikasi anda ke Kad SD anda agar anda tidak akan sekali-kali terperngkap tanpa permainan, utiliti atau suapan kegemaran anda.
Baca lagiTutup

Jimatkan sumber dan singkirkan kelambatan

Pantau hayat bateri, penggunaan RAM, dan ruang storan sambil menjimatkan masa dan melanjutkan sumber tablet anda dengan menguruskan tugas dan aplikasi.

Tablet Tuneup (Hanya dalam Pro)
Tablet Tuneup memantau hayat bateri, penggunaan RAM dan ruang storan untuk membantu anda memastikan tablet anda memberikan prestasinya yang terbaik. Ia akan menasihatkan anda dan membantu anda untuk membuat perubahan pada aplikasi dan tetapan yang menggunakan hayat bateri yang berlebihan dan menggunakan jumlah memori yang besar, memberikan anda pilihan untuk mematikannya.
Task Killer
Task Killer membolehkan anda menyingkirkan tugas yang melambatkan anda atau menyebabkan telefon anda membeku, membebaskan kedua-dua memori dan sumber.
Baca lagiTutup

Sokongan percuma (Hanya dalam Pro)

Bantuan pakar kami tersedia kepada semua pengguna PRO kami tanpa mengira masa atau tempat.

Bantuan pakar
Kakitangan sokongan teknikal pakar kami tersedia 24/7 untuk membantu anda menyelesaikan sebarang maalah yang mungkin timbul.
Baca lagiTutup

ANUGERAH AVG

anugerah AVG

Semua anugerah

BANTUAN DENGAN PEMBELIAN

Hantar e-mel kepada kami:
Tulis kepada kami