Ancaman sama yang menjadi masalah untuk PC – virus, perisian berniat jahat dan kecurian identiti - juga adalah ancaman terhadap tablet anda.

AVG AntiVirus PRO untuk Tablet memerangi virus dan malware serta memberikan perlindungan kehilangan dan kecurian menerusi keupayaan menjejak dan mengawal tablet anda dari jauh jika anda terpisah darinya. Ia juga membolehkan anda mengawal tetapan untuk memastikan tablet anda dijalankan pada prestasi optimum.

Ia mudah diguna dan berfungsi dalam semua versi Android OS, v3.2 dan seterusnya.

Cari dan lindungi tablet anda jika hilang atau dicuri

Cari tablet anda, paparkan mesej pada skrin untuk meningkatkan peluang untuk dikembalikan semula dan memastikan data peribadi anda selamat dengan mengunci atau memadamkannya.

Tablet Locator

Tablet Locator membantu anda mencari telefon anda dengan cepat melalui Peta Google dengan membuatkannya menghantar lokasinya melalui GPS, yang boleh diaktifkan secara jauh dari www.avgmobilation.com. Anda boleh juga mendayakan fungsi SHOUT yang memaksimumkan kelantangan nada dering anda dan juga membolehkan anda membuat nada yang kuat, meskipun jika telefon anda berada dalam mod “Senyap”, untuk membantu mencarinya dengan mudah.

Tablet Locker

Tablet Locker memungkinnya untuk memastikan pihak luar daripada mengakses maklumat peribadi anda dengan membolehkan anda untuk mengunci telefon anda secara jauh melalui SMS atau daripada kawalan yang diuruskan dari www.avgmobilation.com. Anda boleh juga membuat mesej skrin kunci tersuai dengan butiran kenalan anda bagi memudahkan pengembalian peranti anda dalam keadaan selamat.

Pemadaman Jauh

Pemadaman Jauh membantu mengekalkan privasi anda sekiranya tablet anda hilang atau dicuri dengan membolehkan anda untuk memadamkan semua kenalan, foto dan kalendar serta sejarah semak imbas dan Kad SD anda.

Baca Lebih Lanjut

Pastikan peranti peribadi anda yang paling berharga dan peribadi dalam keadaan selamat

E-mel, muat turun muzik, video dan aplikasi dan layari web dengan yakin walau di mana anda berada, dengan mengetahui bahawa anda sentiasa selamat.

App Scanner

App Scanner mengimbas aplikasi bagi memastikan tiada perisian berniat jahat atau jangkitan berbahaya yang lain dapat menjangkiti peranti anda. Ia juga membolehkan kemungkinan untuk menjalankan pengimbasan manual atau menjadualkannya untuk dijalankan secara automatik setiap hari atau secara mingguan.

File Scanner

File Scanner mengimbas tablet anda untuk mengesan virus dan menyingkirkannya hanya dengan satu klik mudah. Ia memastikan anda dilindungi semasa menggunakan aplikasi kegemaran anda dan memastikan kenalan, penanda buku, muzik dan video dijaga keselamatannya. Ia juga membolehkan kemungkinan untuk menjalankan pengimbasan manual atau menjadualkannya untuk dijalankan secara automatik setiap hari atau secara mingguan.

Settings Scanner

Settings Scanner membolehkan anda untuk mengoptimumkan tetapan keselamatan anda untuk melindungi tablet anda dengan sebaiknya.

Pelungsuran web dengan selamat

Pelungsuran web selamat memeriksa laman web secara aktif dalam masa nyata pada masa ia amat diperlukan - sebelum anda tiba di laman tersebut. Jika ia mengesan sesuatu yang mencurigakan, ia mengelakkan anda daripada melawati tapak tersebut. Pelungsuran web selamat melindungi kedua-dua anda apabila anda klik ke laman web dan setiap kali anda memasukkan alamat web secara terus ke dalam penyemak imbas anda.

Baca Lebih Lanjut

Kekalkan privasi anda

Lindungi aplikasi anda daripada mata yang mengintip dengan mengunci dan memeliharanya secara individu.

App Locker

App Locker melindungi privasi anda dengan membolehkan anda mengunci aplikasi anda, dengan itu memeliharanya daripada diakses oleh orang lain menggunakan tablet anda.

Baca Lebih Lanjut

Buat sandaran aplikasi anda

Pastikan anda tidak akan sekali-kali kehilangan aplikasi anda yang berharga.

App Backup

App Backup membantu anda menyandarkan semua aplikasi anda ke Kad SD anda agar anda tidak akan sekali-kali terperangkap tanpa permainan, utiliti atau suapan kegemaran anda.

Baca Lebih Lanjut

Jimatkan sumber dan singkirkan kelambatan

Memperluaskan sumber tablet anda dengan menguruskan tugasan dan aplikasi.

Task Killer

Task Killer membolehkan anda menyingkirkan tugas yang melambatkan anda atau menyebabkan telefon anda membeku, membebaskan kedua-dua memori dan sumber.

Baca Lebih Lanjut

Sokongan percuma

Bantuan pakar kami tersedia tanpa mengira masa atau tempat.

Bantuan pakar

Sokongan pelanggan yang mudah digunakan disertakan dalam aplikasi kami melalui borang ‘Hubungi Kami’.

Baca Lebih Lanjut

Kehilangan peranti anda?

Log masuk
Anti Kecurian
rate now
ANUGERAH AVG

anugerah
Semua anugerah

BANTUAN DENGAN PEMBELIAN

Hantar e-mel kepada kami
Hantar e-mel kepada kami:
Tulis kepada kami