Ancaman sama yang menjadi masalah untuk PC – virus, perisian berniat jahat dan kecurian identiti - juga adalah ancaman terhadap peranti mudah alih anda.
AVG AntiVirus FREE untuk Android™ memerangi virus dan malware serta turut menyediakan perlindungan daripada kehilangan dan kecurian melalui keupayaan untuk menjejaki dan mengawal telefon pintar anda dari jauh jika anda terpisah daripadanya.
Ia mudah diguna dan berfungsi dalam semua versi Android OS, v2.0 dan seterusnya.
Cari dan lindungi telefon anda jika hilang atau dicuri
Cari telefon anda, paparkan mesej pada skrin untuk meningkatkan peluang untuk dikembalikan semula dan memastikan data peribadi anda selamat dengan mengunci atau memadamkannya.
- Phone Locator
Phone Locator membantu anda mencari telefon anda dengan cepat melalui Peta Google dengan membuatkannya menghantar lokasinya melalui GPS, yang boleh diaktifkan secara jauh dari www.avgmobilation.com. Anda boleh juga mendayakan fungsi SHOUT yang memaksimumkan kelantangan nada dering anda dan juga membolehkan anda membuat nada yang kuat, meskipun jika telefon anda berada dalam mod “Senyap”, untuk membantu mencarinya dengan mudah.
- Pengunci Telefon
Pengunci Telefon memungkinnya untuk memastikan pihak luar daripada mengakses maklumat peribadi anda dengan membolehkan anda untuk mengunci telefon anda secara jauh melalui SMS atau daripada kawalan yang diuruskan dari www.avgmobilation.com. Anda boleh juga membuat mesej skrin kunci tersuai dengan butiran kenalan anda bagi memudahkan pengembalian peranti anda dalam keadaan selamat.
- Pemadaman Jauh
Pemadaman Jauh membantu mengekalkan privasi anda sekiranya telefon anda hilang atau dicuri dengan membolehkan anda untuk memadamkan semua kenalan, foto dan kalendar serta mesej teks anda, sejarah semak imbas dan Kad SD anda.
Baca Lebih LanjutTutup
Pastikan peranti peribadi anda yang paling berharga dan peribadi dalam keadaan selamat
Buat panggilan, muat turun muzik, video dan aplikasi dan layari web dengan yakin walau di mana anda berada, dengan mengetahui bahawa anda sentiasa selamat.
- Pengimbas Aplikasi
App Scanner mengimbas aplikasi bagi memastikan tiada perisian berniat jahat atau jangkitan berbahaya yang lain dapat menjangkiti peranti anda. Ia juga membolehkan kemungkinan untuk menjalankan pengimbasan manual atau menjadualkannya untuk dijalankan secara automatik setiap hari atau secara mingguan.
- Pengimbas Fail
Pengimbas Fail mengimbas telefon anda untuk mengesan virus dan menyingkirkannya hanya dengan satu klik mudah. Ia memastikan anda dilindungi semasa menggunakan aplikasi kegemaran anda dan memastikan kenalan, penanda buku, mesej teks, muzik dan video dijaga keselamatannya. Ia juga membolehkan kemungkinan untuk menjalankan pengimbasan manual atau menjadualkannya untuk dijalankan secara automatik setiap hari atau secara mingguan.
- Settings Scanner
Settings Scanner membolehkan anda untuk mengoptimumkan tetapan keselamatan anda untuk melindungi telefon anda dengan sepenuhnya.
- Pelungsuran web dengan selamat
Pelungsuran web selamat memeriksa laman web secara aktif dalam masa nyata pada masa ia amat diperlukan - sebelum anda tiba di laman tersebut. Jika ia mengesan sesuatu yang mencurigakan, ia mengelakkan anda daripada melawati tapak tersebut. Pelungsuran web selamat melindungi kedua-dua anda apabila anda klik ke laman web dan setiap kali anda memasukkan alamat web secara terus ke dalam penyemak imbas anda.
Baca Lebih LanjutTutup
Baharu! Penyekat Panggilan dan Mesej Teks
Lindungi diri anda daripada penghantar spam, penggodam dan penipu.
- Penyekat Panggilan &Mesej Teks
Penyekat Panggilan & Mesej Teks bukan hanya memberi amaran kepada anda tentang mesej teks yang mencurigakan malah membolehkan anda menapis dan menyekat panggilan serta mesej yang tidak dikehendaki.
Baca Lebih LanjutTutup
Pertingkatkan prestasi
Optimumkan prestasi bateri dan storan serta awasi penggunaan pelan data anda.
- Tune Up
Awasi penggunaan pelan data anda serta penggunaan bateri dan storan aplikasi untuk membantu mengoptimumkan sumber peranti anda.
- Penghapus Tugas
Penghapus Tugas membolehkan anda menyingkirkan tugas yang melambatkan anda atau menyebabkan telefon anda membeku, membebaskan kedua-dua memori dan sumber.
Baca Lebih LanjutTutup
Sambung dengan AVG