Perjanjian Lesen - AVG 2011
PENTING: BACA PERJANJIAN INI DENGAN TELITI. IA MERUPAKAN KONTRAK SAH YANG MENTADBIRKAN PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERISIAN DAN KOLEKSI AVG TECHNOLOGIES DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG DAPAT DIKENAL PASTI SECARA PERIBADI TERTENTU. DENGAN MENGKLIK OPSYEN “TERIMA” ATAU MEMASANG PRODUK PERISIAN SERTAAN ("PERISIAN"), ANDA (BAGI PIHAK DIRI ANDA SENDIRI DAN PIHAK YANG MANA PERISIAN DIPASANG PADA KOMPUTERNYA) BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT INI DAN MENGAKUI BAHAWA AVG TECHNOLOGIES MUNGKIN AKAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT YANG DAPAT DIKENAL PASTI SECARA PERIBADI TERTENTU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ANDA KE ATAS PERISIAN, SEPERTI YANG DITERANGKAN SECARA TERPERINCI DALAM BAHAGIAN 7 DI BAWAH DAN DALAM DASAR PRIVASI KAMI.
Anda tidak diperlukan untuk menerima terma-terma ini tetapi Perisian tidak akan dipasang dan anda tidak akan dibenarkan untuk menggunakan Perisian kecuali dan sehingga anda menerimanya.
Jika anda tidak berhasrat untuk bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik “TIDAK TERIMA” dan, jika berkenaan, dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:
- Jika anda telah membeli muat turun, ikut arahan yang terdapat di www.avg.com/support-existing dan hubungi kami untuk memohon bayaran balik. Sila berikan masa selama tiga puluh (30) hari untuk membolehkan wang ini dikreditkan ke dalam akaun anda.
- Untuk semua pembelian lain, musnahkan semua salinan Perisian yang anda mungkin telah buat (termasuk salinan arkib) dan kembalikan Perisian tersebut di dalam pakej asalnya berserta dengan resit anda ke tempat belian.
NOTIS: PERISIAN TERSEBUT MUNGKIN MENGANDUNGI CIRI “TAMAT MASA” YANG AKAN MENYEBABKAN PERISIAN TERSEBUT TIDAK BERFUNGSI PADA AKHIR TEMPOH (SEPERTI YANG DIJELASKAN DI BAWAH).
PERJANJIAN LESEN PERISIAN PENGGUNA AKHIR
-
1. Takrifan.
- a. Tujuan yang Dibenarkan bermaksud (i) tujuan peribadi, bukan komersil dalam hal Perisian yang dikenali sebagai AVG Anti-Virus Free Edition, AVG LinkScanner, AVG LinkScanner for Mac, AVG Quick ThreatScan dan AVG Security Toolbar dan (ii) tujuan peribadi anda atau tujuan perniagaan dalaman anda dan ahli Gabungan anda dalam hal Perisian lain.
- b. Ahli Gabungan bermaksud, berkenaan dengan mana-mana pihak, entiti yang mengawal, dikawal oleh atau di bawah kawalan biasa dengan pihak yang berkaitan. “Kawal”, seperti yang digunakan dalam Seksyen 1.b ini, bermaksud pemilikan lebih daripada 50% daripada kepentingan mengundi yang tertunggak bagi entiti yang berkaitan.
- c. Syarat Berkaitan bermaksud terma dan syarat yang dinyatakan (i) dalam pesanan anda jika anda memuat turun Perisian dalam bentuk elektronik melalui Internet, (ii) pada pakej Perisian jika anda membeli Perisian pada CD atau bahantara fizikal yang lain, atau (iii) oleh pembekal anda jika anda menerima Perisian ini yang digabungkan dengan perkakasan atau perisian lain. Syarat Berkaitan boleh merangkumi, tanpa pembatasan, sebarang terma atau syarat yang menyatakan jangka masa Tempoh Permulaan dan bilangan maksimum komputer yang anda dibenarkan untuk menggunakan Perisian.
- d. AVG Technologies bermaksud, berkenaan dengan Perisian ini yang dikenali sebagai AVG LinkScanner, AVG LinkScanner for Mac, AVG Identity Protection dan AVG Security Toolbar, AVG eCommerce CY, Ltd., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Cyprus, dan berkenaan semua Perisian lain, AVG Technologies CZ, s.r.o., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Republik Czech.
- e. Perisian Percuma bermaksud Perisian yang diberikan kepada anda tanpa dikenakan caj, termasuk tanpa pembatasan Perisian (i) yang dikenali sebagai AVG Anti-Virus Free Edition, AVG Antivirus Free: Small Business Edition, AVG LinkScanner, AVG LinkScanner for Mac, AVG Quick ThreatScan atau AVG Security Toolbar, (ii) disediakan untuk tujuan percubaan atau penilaian, atau (iii) ditandakan atau sebaliknya ditetapkan sebagai versi “ujian beta” produk perisian.
- f. Tempoh Permulaan bermaksud jangka masa yang bermula pada tarikh anda memuat turun atau sebaliknya memperoleh Perisian dan berterusan untuk tempoh yang dinyatakan oleh Syarat Berkaitan.
- g. Tempoh Pembaharuan mempunyai maksud yang dikaitkan kepadanya mengikut Seksyen 3.a dalam Perjanjian ini.
- h. Tempoh bermaksud Tempoh Permulaan bersama dengan Tempoh Pembaharuan.
-
2. Pemberian Lesen; Peruntukan yang Berkaitan.
- a. Pemberian Lesen. AVG Technologies, tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, dengan ini memberikan kepada anda lesen bukan eksklusif dan tidak boleh dipindahkan semasa Tempoh yang berkaitan untuk menggunakan Perisian hanya dalam bentuk boleh laku atau kod objek, dan semata-mata untuk Tujuan yang Dibenarkan menurut Syarat Berkaitan. Tanpa mengehadkan yang disebut di atas, (i) jika anda menerima Perisian secara gabungan dengan komputer peribadi, alat rangkaian atau produk perkakasan yang lain, lesen anda membenarkan anda untuk menggunakan Perisian hanya bersama-sama dengan unit perkakasan yang berkaitan; and (ii) jika anda menerima Perisian tersebut yang digabungkan dengan perkhidmatan atau sebarang perisian lain, lesen anda membenarkan anda untuk menggunakan Perisian hanya bersama-sama dengan unit perisian yang berkaitan atau perkhidmatan yang berkaitan. SEBARANG PENGGUNAAN PERISIAN SELAIN DARIPADA YANG DIBENARKAN DENGAN JELAS OLEH SEKSYEN 2 INI, ATAU SEBARANG PENJUALAN SEMULA ATAU PENGEDARAN LANJUT PERISIAN, MEMBENTUK SATU PELANGGARAN MATERIAL PERJANJIAN INI DAN MUNGKIN MELANGGAR UNDANG-UNDANG HAK CIPTA YANG BERKAITAN.
- b. Pembatasan. Anda tidak akan, dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk (i) membuat salinan pendua Perisian ini untuk apa-apa tujuan selain daripada yang perlu secara munasabah untuk menggunakan yang sama seperti diperincikan oleh Perjanjian ini dan untuk tujuan arkib dan pemulihan bencana luar talian, (ii) memasang Perisian pada lebih banyak komputer daripada yang dibenarkan oleh Syarat Berkaitan, (iii) melainkan seperti yang dibenarkan secara nyata oleh AVG Technologies, menggunakan sebarang nombor lesen yang dibekalkan oleh AVG Technologies (setiap satunya dirujuk sebagai “Nombor Lesen”) berkaitan dengan Perisian pada lebih daripada satu (1) komputer pada bila-bila masa, (iv) mendedahkan sebarang Nombor Lesen kepada mana-mana pihak selain daripada AVG Technologies atau, seperti yang diperlukan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan berkaitan Perisian, wakil yang dilantik oleh AVG Technologies, (v) menerbitkan Perisian atau sebarang Nombor Lesen atau menggunakan yang sama selain daripada bagi Tujuan yang Dibenarkan, (vi) melakukan kejuruteraan undur, menyahhimpun, menyahsusun, menterjemahkan, membina semula, mengubah atau mengekstrak Perisian atau mana-mana bahagian Perisian (termasuk tanpa pembatasan, sebarang tandatangan malware yang berkaitan dan rutin pengesanan malware) melainkan seperti yang secara nyata dibenarkan oleh undang-undang, (vii) mengubah, mengubah suai atau sebaliknya menukar Perisian (termasuk tanpa pembatasan, sebarang tandatangan malware berkaitan dan rutin pengesanan malware) kecuali dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang, (viii) memindahkan, mencagarkan, menyewa, berkongsi atau mensublesenkan Perisian selain daripada yang berkaitan dengan penjualan, pajakan, penyewaan atau pemindahan lain komputer terbabit yang dipasang dengannya mengikut Syarat Berkaitan, (ix) memberi mana-mana pihak ketiga capaian kepada atau penggunaan Perisian ini melalui biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkhidmatan langganan atau pembekal khidmat aplikasi atau cara serupa yang lain; atau (x) menewaskan atau memintasi, cuba menewaskan atau memintasi, atau membenarkan atau membantu mana-mana pihak ketiga untuk menewaskan atau memintasi kawalan pada pemasangan atau penggunaan ke atas salinan Perisian ini.
- c. Pengemaskinian. Dari semasa ke semasa sepanjang Tempoh ini, AVG Technologies mungkin menyediakan pengemaskinian kepada Perisian dan/atau tandatangan malware yang disertakan di dalamnya (setiap satunya dirujuk sebagai “Pengemaskinian”). Pengemaskinian akan dianggap Perisian bagi semua tujuan di bawah Perjanjian ini. Anda mengakui bahawa anda mesti memuat turun dan membenarkan pemasangan Pengemaskinian secara rutin agar memperoleh faedah maksimum daripada Perisian ini. Sebagai sebahagian daripada penyerahan perisian dan perkhidmatan AVG Software, anda mengakui selanjutnya bahawa semua atau sesetengah bahagian bagi setiap pengemaskinian mungkin dipasangkan secara automatik tanpa sebarang tindakan daripada anda. AVG Technologies tidak mempunyai kewajipan untuk membekalkan kepada anda Pengemaskinian dalam apa juga keadaan berikutan tamatnya tempoh atau penamatan Tempoh ini, dan AVG Technologies mengikut budi bicara mutlaknya mungkin menamatkan pengemaskinian untuk sebarang versi Perisian selain daripada versi terkini, atau Pengemaskinian yang menyokong penggunaan Perisian berkaitan dengan versi mana-mana sistem pengendalian, program e-mel, program pelayar dan perisian lain pihak ketiga selain daripada versi terkini.
- d. Komen Pelanggan. AVG Technologies mengalu-alukan komen anda berkenaan dengan Perisian, termasuk pemberitahuan bahawa anda telah mengalami kegagalan, ralat atau kepincangan tugas Perisian yang lain dan cadangan bagi ciri dan fungsi tambahan atau berbeza. Sila hantarkan kepada kami komen dan cadangan anda menggunakan borang web di www.avg.com/customer-feedback. AVG Technologies tidak mempunyai kewajipan untuk membalas atau bertindak ke atas sebarang komen atau cadangan yang sedemikian tetapi anda memberi AVG Technologies hak dan lesen yang berkekalan, tidak boleh batal, berbayar sepenuhnya, bebas royalti dan seluruh dunia di bawah hak harta intelektual anda (jika ada) untuk melaksanakan komen dan cadangan anda dalam Perisian serta produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AVG Technologies, anggota Gabungannya, dan pemberi lesen, pemegang lesen, pengganti dan pemegang penerima hak mereka masing-masing.
- e. Menguji, Menanda Aras. Anda tidak boleh, dan tidak boleh membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menguji atau menanda aras atau juga mendedahkan atau menerbitkan secara luaran, hasil pengujian atau penandaan aras untuk sebarang Perisian AVG tanpa kebenaran bertulis AVG Technologies terdahulu. Permintaan bagi kebenaran untuk menguji atau menanda aras boleh diarahkan menerusi bahagian kebenaran pengujian dan penandaan aras pada laman web AVG Technologies www.avg.com.
-
3. Pembaharuan, Penamatan.
- a. Pembaharuan. AVG Technologies, sebelum berakhirnya Tempoh Permulaan atau Tempoh Pembaharuan semasa pada ketika itu, boleh menawarkan anda peluang untuk melanjutkan lesen yang diberi oleh Perjanjian ini pada harga pembaharuan AVG Technologies semasa pada ketika itu. Anda boleh menerima sebarang tawaran yang sedemikian dengan mengikut arahan dan membayar harga pembaharuan yang ditetapkan dalam tawaran, dan pada masa yang mana tempoh Perjanjian akan dilanjutkan untuk tempoh yang berkaitan (setiap satunya, “Tempoh Pembaharuan”).
- b. Penamatan. Di samping hak lain tersebut yang mungkin ada mengikut undang-undang atau ekuiti, AVG Technologies akan berhak menamatkan lesen yang diberikan oleh Perjanjian ini tanpa liabiliti (i) untuk kemudahan dengan memberikan notis terdahulu selama lima (5) hari, dengan syarat bahawa AVG Technologies, mengikut budi bicara mutlaknya, sama ada akan membayar balik kepada anda bayaran lesen yang anda telah bayar berkaitan dengan tempoh permulaan atau tempoh pembaharuan semasa pada masa itu, diprorata mengikut tempoh yang dapat digunakan, atau memberikan lesen untuk produk yang serupa sebahagian besarnya untuk baki Tempoh terbabit, atau (ii) atas sebab pada bila-bila masa tanpa notis jika anda melakukan pelanggaran material Perjanjian ini.
- c. Kesan Penamatan. Apabila Perjanjian ini tamat tempoh atau ditamatkan, anda akan berhenti menggunakan Perisian, AVG Technologies boleh berhenti menyediakan Pengemaskinian untuk anda, dan Perisian mungkin berhenti berfungsi. Seksyen 4, 5, 6 dan 7 tidak akan terjejas walaupun Perjanjian ini tamat tempoh atau ditamatkan.
-
4. Pemilikan.
AVG Technologies memiliki semua hak ke atas Perisian yang tidak diberikan dengan nyata oleh Perjanjian ini. Semua hak cipta, tanda dagangan dan hak harta intelektual lain yang dapat difikirkan dalam dan ke atas Perisian (termasuk tetapi tidak terhad kepada, tandatangan malware dan fail data lain, imej yang muncul dalam Perisian dan paparan skrin serta sebarang dan semua dokumentasi yang berkaitan dengan Perisian) dimiliki oleh AVG Technologies atau pemberi lesennya, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Amerika Syarikat dan negara luar, perjanjian antarabangsa dan undang-undang lain yang diguna pakai. Sebarang salinan Perisian tersebut yang anda dibenarkan untuk buat menurut Perjanjian ini mesti mengandungi seluruh hak cipta dan notis lain yang disertakan bersama salinan asal Perisian tersebut.
-
5. Waranti.
- a. Am. AVG Technologies menjamin bahawa, pada masa penyerahan Perisian dan untuk tempoh tiga puluh (30) hari selepas itu, bahawa (i) bahantara (jika ada) yang digunakan untuk menyerahkan Perisian adalah bebas daripada kerosakan yang material, dan tertakluk kepada Seksyen 5(c), bahawa Perisian sebahagian besarnya akan berfungsi menurut spesifikasi yang berkaitan. Waranti di atas merangkumi hanya Perisian yang sama seperti penyerahan asal dan tidak merangkumi Pengemaskinian. Remedi tunggal dan eksklusif anda bagi pelanggaran Waranti ini adalah penggantian media atau Perisian yang rosak atau, mengikut pilihan AVG Technologies, pengembalian Perisian untuk mendapatkan bayaran balik penuh. Untuk menggunakan hak anda di bawah Seksyen 5, anda mesti membuang pemasangan dan memusnahkan semua salinan Perisian yang anda mungkin telah buat (termasuk semua salinan arkib), dan (i) jika anda telah membeli Perisian melalui muat turun, ikut arahan yang terdapat di www.avg.com/support-existing dan hubungi kami dan dengan permintaan bayaran balik, atau (ii) untuk semua pembelian yang lain, kembalikan Perisian di dalam bungkusan asalnya berserta dengan resit anda ke tempat belian.
- b. Perisian Percuma. PERUNTUKAN SEKSYEN 5.b INI DIGUNA PAKAI BAGI MENGGANTIKAN SEKSYEN 5.a YANG BERKAITAN DENGAN PERISIAN PERCUMA. SEMUA PERISIAN PERCUMA DIBEKALKAN SECARA “SEPERTI SEADANYA”, “SEPERTI TERSEDIA”, TANPA WARANTI DAN TANPA SOKONGAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN OLEH AVG TECHNOLOGIES.
- c. Penafian. KECUALI SEPERTI YANG DISEDIAKAN DENGAN NYATA OLEH SEKSYEN 5.a PERJANJIAN INI, AVG TECHNOLOGIES MENAFIKAN SEMUA WARANTI LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PERISIAN, MEDIA DAN SEBARANG PERKARA LAIN DALAM PERJANJIAN INI, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, WARANTI TERSIRAT KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERSIRAT KETIDAKLANGGARAN. AVG TECHNOLOGIES TIDAK MENJAMIN BAHAWA OPERASI PERISIAN TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, ATAU BAHAWA PERISIAN AKAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN 100%. Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pembatasan ke atas waranti tersirat yang tertentu, jadi pembatasan di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda. Anda mungkin mempunyai hak lain yang berbeza mengikut bidang kuasa.
- d. Persekitaran Berbahaya. Anda mengakui bahawa Perisian ini tidak direka bentuk atau dilesenkan untuk penggunaan dalam persekitaran yang berbahaya, termasuk tanpa pembatasan, operasi kemudahan nuklear, sistem navigasi pesawat udara, sistem komunikasi pesawat udara, kawalan lalu lintas udara, sistem sokongan hayat atau senjata dan sebarang persekitaran lain yang boleh menyebabkan kecederaan tubuh atau kematian akibat kegagalan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perisian. Tanpa mengehadkan peruntukan Seksyen 5.b dan 5.c Perjanjian ini, AVG Technologies dan pemberi lesennya, dengan ini menafikan sebarang waranti nyata atau tersirat mengenai kesesuaian untuk penggunaan yang sedemikian.
-
6. Pembatasan Liabiliti.
SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, AVG TECHNOLOGIES ATAU PEMBEKALNYA ATAU PENJUAL SEMULANYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, LANJUTAN, SAMPINGAN, PUNITIF ATAU KHAS APA PUN, TANPA MENGHIRAUKAN SEBAB ATAU TEORI LIABILITI (TERMASUK TANPA PEMBATASAN, KEROSAKAN YANG DITANGGUNG AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU HASIL PERNIAGAAN, KEHILANGAN PRIVASI, KEHILANGAN PENGGUNAAN SEBARANG KOMPUTER ATAU PERISIAN TERMASUK PERISIAN TERSEBUT, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN ATAU KERUGIAN KEWANGAN LAIN) YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI ATAU PERISIAN TERSEBUT YANG DIBEKALKAN DI BAWAH INI, WALAUPUN JIKA AVG TECHNOLOGIES TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN YANG SEDEMIKIAN. DALAM APA JUA KEADAAN, LIABILITI AVG TECHNOLOGIES YANG BERKAITAN DENGAN PERISIAN INI TIDAK AKAN MELEBIHI HARGA YANG LEBIH RENDAH DARIPADA FI YANG ANDA SEBENARNYA BAYAR UNTUK PERISIAN INI DAN HARGA RUNCIT CADANGAN AVG TECHNOLOGIES UNTUK PERISIAN INI PADA TARIKH ANDA MENERIMANYA (ATAU, BERKAITAN DENGAN PERISIAN PERCUMA, AS$5.00). PEMBATASAN DI ATAS AKAN DIGUNAKAN WALAUPUN TERDAPAT APA SAHAJA KEGAGALAN TUJUAN PERLU BAGI SEBARANG REMEDI TERHAD.
-
7. Privasi dan Keselamatan.
- a. Am. Anda mengakui bahawa AVG Technologies mengumpul dan menghantar kepada AVG Technologies maklumat tertentu berkenaan dengan pengguna Perisian, termasuk maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi serta maklumat tertentu daripada komputer pengguna, termasuk (i) maklumat tertentu tentang perisian dan perkakasan komputer anda seperti alamat IP, sistem pengendalian, maklumat mengenai Perisian dan cirinya yang telah dipasang, perisian dan versi penyemak imbas Web anda, (ii) data berkenaan ancaman malware berpotensi terhadap komputer anda dan sasaran ancaman berkenaan, termasuk nama fail, cincang kriptografi, vendor, saiz, cap tarikh, maklumat tentang titik semak sistem komputer anda, yang mungkin termasuk nama laluan, fail dan aplikasi, (iii) salinan aplikasi, fail atau program yang dianggap berniat jahat dan boleh mengandungi ancaman mungkin, juga maklumat mengenai gelagat yang ditunjukkan telah dikesan sebagai berniat jahat serta tetapan dan konfigurasi aplikasi, seperti kunci pendaftaran berkaitan, dan (iv) maklumat tentang aplikasi dan fail yang telah salah dikelaskan sebagai berniat jahat, bermaksud bahawa ia telah dibenarkan untuk dijalankan atau digunakan oleh pengguna selepas pengesanan. Dengan ini anda mengizinkan pengumpulan dan penggunaan maklumat yang sedemikian oleh AVG Technologies, dan bersetuju bahawa pengumpulan dan penggunaan maklumat sedemikian oleh AVG Technologies akan ditadbir urus oleh Dasar Privasi AVG Technologies yang diterbitkan pada masa ini di www.avg.com kerana AVG Technologies mungkin menyemaknya semula dari semasa ke semasa.
- b. Maklumat Pendaftaran. Untuk mengaktifkan Perisian, anda, atau pihak ketiga yang anda telah berikan kebenaran untuk melakukannya bagi pihak anda, mungkin diperlukan untuk mendaftar dengan AVG Technologies melalui Internet atau melalui telefon. Sebagai syarat material untuk AVG Technologies memberikan lesen yang diperincikan oleh Perjanjian ini, anda menggambarkan bahawa maklumat pendaftaran yang anda atau pihak ketiga yang dibenarkan, berikan kepada AVG Technologies adalah tepat dan lengkap setakat tarikh anda mendaftar dan, MESKIPUN TERDAPAT SEBARANG PERUNTUKAN DASAR PRIVASI AVG TECHNOLOGIES, ANDA MEMBERIKAN PERSETUJUAN SEMASA TEMPOH PERJANJIAN INI DAN UNTUK SATU TAHUN SELEPAS ITU UNTUK (i) AVG TECHNOLOGIES BERKONGSI MAKLUMAT HUBUNGAN ANDA DENGAN PENGEDAR, PENJUAL SEMULA DAN RAKAN NIAGANYA YANG LAIN, DAN (ii) PENGGUNAAN MAKLUMAT HUBUNGAN ITU OLEH AVG TECHNOLOGIES, PENGEDAR, PENJUAL SEMULA DAN RAKAN NIAGANYA YANG LAIN UNTUK MEMBERIKAN ANDA MAKLUMAT YANG MUNGKIN BERKAITAN DENGAN ANDA, TERMASUK TAWARAN PERISIAN, PERKHIDMATAN DAN PRODUK LAIN.
- c. Bar Alat. Istilah bagi Seksyen 7.c ini diguna pakai kepada Perisian yang dikenali sebagai AVG Security Toolbar. DENGAN MENERUSKAN PEMASANGAN BAR ALAT INI, ANDA MENGAKUI DAN MENERIMA BAHAWA, BAR ALAT INI SELEPAS PEMASANGANNYA, AKAN MENGUBAH SUAI “DNS ERROR PAGE (HALAMAN RALAT DNS)” DAN “ERROR 404 PAGE (HALAMAN 404 RALAT)” MELALUI TETAPAN PELAYAR ANDA.” SELAIN ITU, SEBAIK SAHAJA DIPASANG, BAR ALAT INI MUNGKIN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT PENGGUNAAN ASAS YANG TERTENTU KEPADA VENDOR BAR ALAT INI ATAU WAKILNYA UNTUK MEMBANTU VENDOR MENYUSUN STATISTIK GLOBAL BERKAITAN PENGGUNAAN BAR ALAT INI OLEH PENGGUNA (contohnya mengenai bilangan pemasangan dan pengguna unik, bilangan klik yang diterima oleh Bar alat ini, bilangan carian yang dilakukan oleh pengguna, dll.). Maklumat statistik yang sedemikian tidak akan mengandungi sebarang maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi berkaitan dengan pengguna.
-
8. Terma Khusus Untuk Produk Pihak Ketiga.
Dengan menerima Perjanjian ini anda memahami dan bersetuju bahawa di mana berkaitan, sebarang peralatan perkakasan atau produk perisian pihak ketiga dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh AVG Technologies akan merangkumi sebarang waranti dan/atau terma lain yang disediakan oleh pengilang asal perkakasan, perisian atau perkhidmatan tersebut dan anda selanjutnya mengakui dan mengesahkan yang anda telah menyemak dan menerima terma dan syarat, khusus kepada perkakasan, perisian dan/atau perkhidmatan boleh digunakan yang bersesuaian, tersedia di www.avg.com/eula.
-
9. Firewall Windows.
Dengan menerima Perjanjian ini anda mengakui dan bersetuju bahawa semasa pemasangannya, Perisian mungkin menyahdayakan kefungsian firewall Windows dan menggantinya dengan kefungsian firewall yang disediakan bersama dengan Perisian. Sebaik sahaja anda membuang pemasangan Perisian, anda akan digesa untuk mengaktifkan kefungsian firewall Windows. AVG Technologies benar-benar menasihatkan anda untuk mengaktifkan kefungsian firewall Windows sebaik sahaja Perisian telah dibuang pemasangan.
-
10. Pelbagai.
- a. Notis. AVG Technologies mungkin menghantar apa-apa notis kepada anda melalui tetingkap timbul, kotak dialog atau cara lain, walaupun anda mungkin tidak menerima notis ini kecuali dan sehingga anda melancarkan Perisian. Sebarang notis yang sedemikian akan dianggap telah dihantar pada tarikh AVG Technologies mula-mula membuatnya tersedia melalui Perisian, tanpa mengira bila anda sebenarnya menerimanya.
- b. Lesen Kerajaan Amerika Syarikat. Apa-apa Perisian yang diberikan kepada Kerajaan Amerika Syarikat akan disediakan bersama dengan hak dan sekatan lesen komersil yang diterangkan di bahagian lain di dalam ini. AVG Technologies memiliki semua hak tak diterbitkan di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.
- c. Perjanjian Lengkap. Perjanjian ini membentuk Perjanjian lengkap di antara pihak-pihak terbabit dan menggantikan semua komunikasi dan perwakilan atau perjanjian terdahulu, sama ada lisan atau bertulis, berkaitan dengan kandungan tersebut.
- d. Pindaan, Penepian. Perjanjian ini mungkin tidak diubah suai atau diubah sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dengan cara apa pun selain daripada melalui Perjanjian secara bertulis dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh kedua-dua pihak di sini atau melalui perjanjian elektronik selanjutnya yang dikemukakan oleh AVG Technologies dan diterima oleh anda. Kegagalan AVG Technologies untuk memaksa atau menguatkuasakan pelaksanaan yang tegas ke atas mana-mana peruntukan Perjanjian ini tidak akan ditafsirkan sebagai penepian ke atas mana-mana peruntukan atau hak.
- e. Kebolehasingan. Pihak-pihak terbabit menginginkan dan bermaksud agar semua peruntukan Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini atau penggunaannya ke atas mana-mana orang atau keadaan, sehingga mana-mana takat, ditafsirkan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, maka peruntukan yang sedemikian akan ditafsirkan dengan cara membenarkan kebolehkuatkuasaannya di bawah undang-undang yang berkuat kuasa sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Dalam apa jua keadaan, terma Perjanjian ini yang tinggal atau penggunaannya ke atas mana-mana orang atau keadaan, selain daripada yang telah ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan.
- f. Undang-Undang Penguasaan. Perjanjian ini akan ditadbir urus oleh undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat. Konvensyen PPB Mengenai Kontrak bagi Jualan Barangan Antarabangsa tidak akan diguna pakai ke atas Perjanjian ini. Bidang kuasa eksklusif untuk sebarang pertikaian akan merupakan sidang mahkamah negeri atau persekutuan di Negeri Delaware, Amerika Syarikat.
- g. Kawalan Eksport. Anda mengakui bahawa beberapa bahagian Perisian ini mungkin berasal dari Amerika Syarikat. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang Amerika Syarikat dan antarabangsa yang diguna pakai yang mentadbir urus eksport dan eksport semula Perisian, termasuk Peraturan Pentadbiran Eksport Amerika Syarikat, serta sekatan pengguna akhir, penggunaan akhir dan sekatan destinasi yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan kerajaan lain.
- h. Tiada Benefisiari Pihak Ketiga. Perjanjian ini bertujuan semata-mata untuk faedah anda dan AVG Technologies. Tiada sesiapa yang bukan pihak kepada Perjanjian ini boleh membawa kuasa tindakan menurut Perjanjian Lesen ini sebagai benefisiari pihak ketiga kerananya.
- i. Bahasa. Perjanjian ini asalnya disediakan dalam Bahasa Inggeris. Walaupun AVG Technologies mungkin menyediakan satu atau lebih terjemahan untuk kemudahan anda, versi bahasa Inggeris akan diutamakan jika berlaku sebarang konflik atau percanggahan.





