Perjanjian Lesen - AVG 2012

PENTING: : BACA PERJANJIAN INI DENGAN TELITI. IA ADALAH KONTRAK SAH YANG MENTADBIR URUS PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERISIAN, PERKHIDMATAN TERTENTU YANG DISEDIAKAN OLEH AVG TECHNOLOGIES DAN PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN AVG TECHNOLOGIES TERHADAP MAKLUMAT BOLEH DIKENAL PASTI SECARA PERIBADI YANG TERTENTU. DENGAN MENGKLIK OPSYEN “TERIMA” ATAU MEMASANG PRODUK PERISIAN YANG MENGIRINGI (“PERISIAN”), ANDA (BAGI PIHAK DIRI ANDA DAN PIHAK YANG MANA PERISIAN DIPASANG PADA KOMPUTERNYA) BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT DAN MENGAKUI BAHAWA AVG TECHNOLOGIES BOLEH MENGUMPULKAN DAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG BOLEH DIKENAL PASTI SECARA PERIBADI BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN, SEPERTI YANG DITERANGKAN SECARA TERPERINCI DALAM SEKSYEN 9 DI BAWAH DAN DALAM DASAR PRIVASI KAMI.

Anda tidak diperlukan untuk menerima syarat-syarat ini tetapi, sehingga anda menerimanya, Perisian tidak akan dipasang dan anda tidak diberi kebenaran untuk menggunakan Perisian atau Perkhidmatan.

Jika anda tidak berhasrat untuk bersetuju dengan syarat-syarat ini, sila klik “TOLAK” atau “BATAL” dan, jika berkaitan, dapatkan bayaran balik harga pembelian seperti berikut:

  • Jika anda membeli muat turun, ikut arahan di www.avg.com/support-existing dan hubungi kami dengan permintaan pembayaran balik anda. Sila benarkan tiga puluh (30) hari untuk mendapatkan wang tersebut dalam akaun anda. Jika anda membeli Perisian di mana Terma Permulaan adalah 30 hari dan setiap Terma Pembaharuan yang berikut dihadkan kepada tempoh 30 hari, anda hanya akan layak untuk memperoleh harga bayaran balik yang berkaitan dengan Terma Permulaan.
  • Untuk semua pembelian lain, musnahkan kesemua salinan Perisian tersebut yang anda mungkin telah buat (termasuk salinan arkib) dan kembalikan Perisian tersebut di dalam bungkusan asalnya berserta dengan resit anda ke tempat belian.

NOTIS: PERISIAN MUNGKIN MENGANDUNGI CIRI “TAMAT MASA” YANG AKAN MENYEBABKAN PERISIAN TIDAK BOLEH BEROPERASI PADA PENGHUJUNG TEMPOH (SEPERTI YANG DITAKRIFKAN DI BAWAH).

PERJANJIAN LESEN PERISIAN PENGGUNA AKHIR

1. Definisi.

a. Tujuan yang Dibenarkan bermaksud (i) tujuan peribadi, bukan komersil dalam hal Perisian yang dikenali sebagai AVG Anti-Virus Free Edition, AVG LinkScanner, AVG LinkScanner for Mac, AVG Quick ThreatScan dan AVG Security Toolbar (atau produk perisian bar alat AVG yang bersamaan), dan (ii) tujuan peribadi anda atau tujuan perniagaan dalaman anda dan ahli Gabungan anda dalam hal Perisian atau Perkhidmatan lain.
b. Ahli Gabungan bermaksud, berkenaan dengan mana-mana pihak, entiti yang mengawal, dikawal oleh atau di bawah kawalan biasa dengan pihak yang berkaitan. “Kawalan,” seperti yang digunakan dalam Seksyen 1.b ini, bermaksud pemilikan lebih daripada 50% daripada kepentingan mengundi yang tertunggak bagi entiti yang berkaitan.
c. Syarat Berkaitan bermaksud terma dan syarat yang dinyatakan (i) dalam pesanan anda jika anda memuat turun Perisian dalam bentuk elektronik melalui Internet, (ii) pada pakej Perisian jika anda membeli Perisian pada CD atau bahantara fizikal yang lain, atau (iii) oleh pembekal anda jika anda menerima Perisian ini yang digabungkan dengan perkakasan atau perisian lain, atau (iv) dalam pesanan Perkhidmatan anda. Syarat Berkaitan boleh merangkumi, tanpa pembatasan, sebarang terma atau syarat yang menyatakan jangka masa Tempoh Permulaan dan bilangan maksimum komputer yang anda dibenarkan untuk menggunakan Perisian.\
d. AVG Technologies bermaksud, berkenaan Perisian ini yang dikenali sebagai AVG LinkScanner, AVG LinkScanner for Mac, AVG Identity Protection dan AVG Security Toolbar, AVG Technologies CY, Ltd., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Cyprus, dan berkenaan semua Perisian lain, AVG Technologies CZ, s.r.o., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Republik Czech.
e. Perisian Percuma bermaksud Perisian yang diberikan kepada anda tanpa dikenakan caj, termasuk tanpa pembatasan Perisian (i) dikenali sebagai AVG Anti-Virus Free Edition, AVG Antivirus Free: Small Business Edition, AVG LinkScanner, AVG LinkScanner for Mac, AVG Quick ThreatScan atauAVG Security Toolbar, disediakan untuk tujuan percubaan atau penilaian, atau (iii) ditandakan atau sebaliknya ditetapkan sebagai versi “ujian beta” produk perisian.
f. AVG Free Services bermaksud sebarang atau semua Perkhidmatan yang disediakan oleh AVG krpada anda tanpa bayaran.
g. Tempoh Permulaan bermaksud jangka masa yang bermula pada tarikh anda memuat turun atau memperoleh Perisian ini dan berterusan untuk tempoh yang dinyatakan oleh Syarat Berkaitan.
h. Tempoh Pembaharuan mempunyai maksud yang dikaitkan kepadanya mengikut Seksyen 3.a dalam Perjanjian ini.
i. Perkhidmatan bermaksud perkhidmatan yang mengiringi Perisian.
j. Tempoh bermaksud Tempoh Permulaan bersama dengan Tempoh Pembaharuan.

2. Pemberian Lesen; Peruntukan Berkaitan.

a. Pemberian Lesen. Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, AVG Technologies, dengan ini memberi anda lesen tak eksklusif dan tak boleh pindah milik semasa Tempoh berkuat kuasa untuk menggunakan Perisian dan/atau Perkhidmatan hanya dalam bentuk boleh laku atau kod objek, jika berkaitan, dan semata-mata untuk Tujuan Yang Dibenarkan mengikut Syarat Berkaitan. Tanpa mengehadkan yang disebut di atas, jika anda menerima Perisian secara bergabung dengan komputer peribadi, alat rangkaian atau produk perkakasan yang lain, lesen anda membenarkan anda untuk menggunakan Perisian hanya bersama-sama dengan unit perkakasan yang berkaitan; dan (ii) jika anda menerima Perisian secara bergabung dengan perkhidmatan atau mana-mana perisian lain, lesen anda membenarkan anda untuk menggunakan Perisian semata-mata dengan unit perisian yang berkaitan atau perkhidmatan yang berkaitan. SEBARANG PENGGUNAAN PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN SELAIN DARIPADA YANG DIBENARKAN DENGAN JELAS OLEH SEKSYEN 2 INI, ATAU SEBARANG PENJUALAN SEMULA ATAU PENGEDARAN LANJUT PERISIAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN, MEMBENTUK SATU PELANGGARAN MATERIAL PERJANJIAN INI DAN MUNGKIN MELANGGAR UNDANG-UNDANG HAK CIPTA YANG BERKAITAN.
b. Pembatasan. Anda tidak akan, dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk (i) membuat pendua Perisian tersebut bagi apa-apa tujuan selain daripada semunasabahnya perlu untuk menggunakan yang sama seperti yang diperincikan oleh Perjanjian ini dan bagi tujuan arkib luar talian dan pemulihan bencana, (ii) memasang Perisian tersebut pada lebih banyak komputer daripada yang dibenarkan oleh Syarat Berkaitan, (iii) melainkan seperti yang dibenarkan secara nyata oleh AVG Technologies, menggunakan sebarang nombor lesen yang dibekalkan oleh AVG Technologies (setiap satunya dirujuk sebagai “Nombor Lesen”)berkaitan dengan Perisian pada lebih daripada satu (1) komputer pada bila-bila masa, (iv) mendedahkan sebarang Nombor Lesen kepada mana-mana pihak selain daripada AVG Technologies atau, seperti yang diperlukan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan berkenaan dengan Perisian tersebut, wakil yang ditugaskan oleh AVG Technologies (v) menerbitkan Perisian tersebut atau sebarang Nombor Lesen atau menggunakannya selain daripada Tujuan yang Dibenarkan (vi) melainkan seperti yang benarkan dengan nyata oleh undang-undang, melakukan kejuruteraan undur, menyahhimpun, menyahsusun, menterjemahkan, membina semula, mengubah atau mengekstrak Perisian tersebut atau mana-mana bahagian Perisian tersebut (termasuk tanpa pembatasan, sebarang tandatangan malware berkaitan dan rutin pengesanan malware) kecuali dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang, (vii) mengubah, mengubah suai atau sebaliknya menukar Perisian tersebut (termasuk tanpa pembatasan, sebarang tandatangan malware berkaitan dan rutin pengesanan malware) kecuali dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang, (viii) memindahkan, mencagar, menyewa, berkongsi atau mensublesenkan Perisian tersebut selain daripada berkaitan dengan penjualan, pajakan, penyewaan atau pemindahan lain komputer terbabit yang dipasang pada mulanya dengan mematuhi Syarat Berkaitan, (ix) memberi mana-mana pihak ketiga capaian kepada atau menggunakan Perisian tersebut melalui biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkhidmatan langganan atau pembekal khidmat aplikasi atau cara serupa lain, atau (x) mengatasi atau memintasi, cuba mengatasi atau memintasi, atau membenarkan atau membantu mana-mana pihak ketiga untuk mengatasi atau memintasi kawalan pada pemasangan atau menggunakan salinan Perisian tersebut.
c. Pengemaskinian. Dari semasa ke semasa sepanjang Tempoh ini, AVG Technologies mungkin menyediakan pengemaskinian kepada Perisian dan/atau tandatangan malware yang disertakan di dalamnya (setiap satunya dirujuk sebagai "Pengemaskinian"). Pengemaskinian akan dianggap Perisian bagi semua tujuan di bawah Perjanjian ini. Anda mengakui bahawa anda mesti memuat turun dan membenarkan pemasangan Pengemaskinian secara rutin supaya dapat memperoleh faedah maksimum daripada Perisian tersebut. Sebagai sebahagian daripada penyerahan perisian dan perkhidmatan AVG Software, anda mengakui selanjutnya bahawa semua atau sesetengah bahagian bagi setiap Pengemaskinian mungkin dipasangkan secara automatik tanpa sebarang tindakan daripada anda. AVG Technologies tidak mempunyai kewajipan untuk membekalkan anda dengan Pengemaskinian dalam apa jua keadaan berikutan tamatnya tempoh atau penamatan Perjanjian ini, dan AVG Technologies mengikut budi bicaranya semata-mata mungkin menamatkan Pengemaskinian untuk sebarang versi Perisian tersebut selain daripada versi terkini, atau untuk penggunaan Perisian berkaitan dengan versi sebarang sistem pengendalian, atur cara e-mel, atur cara pelayar dan perisian lain pihak ketiga selain daripada versi terkini.
d. Komen Pelanggan. AVG Technologies mengalu-alukan komen anda berkenaan dengan Perkhidmatan dan/atauPerisian tersebut, termasuk pemberitahuan bahawa anda telah mengalami kegagalan, ralat atau kepincangan tugas lain Perisian dan cadangan bagi ciri dan fungsi tambahan atau berbeza. Sila e-mel komen dan cadangan anda menggunakan borang web yang terdapat di www.avg.com/customer-feedback. AVG Technologies tidak mempunyai kewajipan untuk membalas atau bertindak ke atas sebarang komen atau cadangan sedemikian, tetapi anda memberi AVG Technologies hak dan lesen berkekalan, tak boleh batal, berbayar sepenuhnya, bebas royalti dan seluruh dunia di bawah hak harta intelektual (jika ada) untuk melaksanakan komen dan cadangan anda dalam Perisian, Perkhidmatan tersebut serta produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AVG Technologies, -Anggota Gabungannya, dan pemberi lesen, pemegang lesen, pengganti dan pemegang serah hak mereka masing-masing.
e. Menguji, Menanda Aras. Anda tidak boleh, dan tidak boleh membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menguji atau menanda aras atau juga mendedahkan secara luaran, atau menerbitkan hasil pengujian atau penandaan aras untuk sebarang perisian AVG tanpa kebenaran bertulis AVG Technologies terdahulu. Permintaan bagi kebenaran untuk menguji atau menanda aras boleh diarahkan kepada bahagian kebenaran pengujian dan penandaan aras pada laman web AVG Technologies www.avg.com.

3. Pembaharuan, Penamatan.

a. Pembaharuan. AVG Technologies, sebelum berakhirnya Tempoh Permulaan atau Tempoh Pembaharuan semasa pada ketika itu, boleh menawarkan anda peluang untuk melanjutkan lesen yang diberi oleh Perjanjian ini pada harga pembaharuan AVG Technologies semasa pada ketika itu. Anda boleh menerima sebarang tawaran yang sedemikian dengan mengikut arahan dan membayar harga pembaharuan yang ditetapkan dalam tawaran, dan pada masa yang mana tempoh Perjanjian akan dilanjutkan untuk tempoh yang berkaitan (setiap satunya, “Tempoh Pembaharuan”).
b. Penamatan. Di samping hak lain sedemikian yang mungkin ada mengikut undang-undang atau ekuiti, AVG Technologies akan berhak menamatkan lesen yang diberikan oleh Perjanjian ini tanpa liabiliti (i) bagi kemudahan dengan memberikan notis terdahulu lima (5) hari, dengan syarat bahawa AVG Technologies akan, mengikut budi bicaranya semata-mata, sama ada membayar balik kepada anda bayaran lesen yang anda telah bayar berkaitan dengan Tempoh Permulaan atau Tempoh Pembaharuan semasa pada masa itu, diprorata mengikut tempoh yang diguna pakai, atau memberikan lesen untuk produk yang serupa selama baki Tempoh terbabit, atau (ii) atas sebab pada bila-bila masa tanpa notis jika anda melakukan pelanggaran material Perjanjian ini.
c. Kesan Penamatan. Apabila Perjanjian ini tamat tempoh atau ditamatkan, anda akan berhenti menggunakan Perisian atau Perkhidmatan, AVG Technologies boleh berhenti menyediakan Pengemaskinian yang tersedia untuk anda, dan Perisian mungkin berhenti berfungsi. Seksyen 4, 5, 6 dan 7 tidak akan terjejas walaupun Perjanjian ini tamat tempoh atau ditamatkan.

4. Perkhidmatan.

Dengan menerima Perjanjian ini anda memahami dan bersetuju bahawa di mana berkaitan selain daripada sebarang terma yang digariskan dalam Perjanjian ini, anda dengan ini mengakui dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang merangkumi peruntukan Perkhidmatan seperti yang tersedia di http://www.avg.com/eula.

5. Pemilikan.

AVG Technologies memiliki semua hak ke atas Perisian dan Perkhidmatan ini yang tidak diberikan dengan nyata oleh Perjanjian ini. Semua hak cipta, tanda dagangan dan hak harta intelektual lain yang dapat difikirkan dalam dan ke atas Perisian dan Perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, tandatangan malware dan fail data lain, imej yang muncul dalam Perisian dan paparan skrin serta sebarang dan semua dokumentasi yang berkaitan dengan Perisian) dimiliki oleh AVG Technologies atau pemberi lesennya, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Amerika Syarikat dan negara luar, perjanjian antarabangsa dan undang-undang lain yang diguna pakai. Sebarang salinan Perisian tersebut yang anda dibenarkan untuk membuat salinan menurut Perjanjian ini mestilah mengandungi seluruh hak cipta dan notis lain disertakan bersama salinan asal Perisian tersebut.

6. Waranti.

a. Am. AVG Technologies menjamin, bahawa pada masa penyerahan Perisian tersebut dan selama tempoh tiga puluh (30) hari selepas itu, bahantara (jika ada) yang digunakan untuk menyerahkan Perisian tersebut akan bebas daripada kerosakan bahan, dan Perisian tersebut akan berfungsi pada umumnya menurut spesifikasinya. Waranti di atas merangkumi hanya Perisian tersebut seperti yang diserahkan pada asalnya dan tidak merangkumi Pengemaskinian. Remedi tunggal dan eksklusif anda bagi pelanggaran Waranti ini adalah penggantian media atau Perisian yang rosak atau, mengikut pilihan AVG Technologies, kembalikan Perisian tersebut untuk mendapatkan bayaran balik penuh. Untuk menggunakan hak anda di bawah Seksyen 6, anda mesti membuang pemasangan dan memusnahkan semua salinan Perisian ini yang anda mungkin telah buat (termasuk semua salinan arkib), dan (i) jika anda telah membeli Perisian ini melalui muat turun, ikut arahan yang terdapat di www.avg.com/support-existing dan hubungi kami untuk meminta bayaran balik, atau (ii) mengembalikan Perisian ini di dalam bungkusan asalnya berserta dengan resit anda ke tempat belian untuk semua pembelian lain.
b. Perisian dan Perkhidmatan Percuma. PERUNTUKAN SEKSYEN 6.b INI DIGUNAKAN SEBAGAI GANTI UNTUK SEKSYEN 6.a BERKAITAN DENGAN PERISIAN PERCUMA DAN PERKHIDMATAN PERCUMA AVG. SEMUA PERISIAN PERCUMA DIBEKALKAN SECARA “SEPERTI SEADANYA”, “SEPERTI TERSEDIA”, TANPA WARANTI DAN TANPA SOKONGAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN OLEH AVG TECHNOLOGIES.
c. Penafian. KECUALI SEPERTI YANG DISEDIAKAN DENGAN NYATA OLEH SEKSYEN 6.a PERJANJIAN INI, AVG TECHNOLOGIES MENAFIKAN SEMUA WARANTI LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PERISIAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN, MEDIA DAN SEBARANG PERKARA LAIN DALAM PERJANJIAN INI, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, WARANTI TERSIRAT KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERSIRAT KETIDAKLANGGARAN. AVG TECHNOLOGIES TIDAK MENJAMIN BAHAWA OPERASI PERISIAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, BAHAWA PERISIAN AKAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN 100% ATAU INTEGRITI DAT, MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN TERPILIH YANG DISIMPAN ATAU DIHANTAR MELALUI INTERNET. Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pembatasan ke atas waranti tersirat yang tertentu, jadi pembatasan di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda. Anda mungkin mempunyai hak lain yang berbeza mengikut bidang kuasa.
d. Persekitaran Berbahaya. Anda mengakui bahawa Perisian tersebut tidak direka bentuk atau dilesenkan untuk penggunaan dalam persekitaran yang berbahaya, termasuk tanpa pembatasan, operasi kemudahan nuklear, sistem navigasi pesawat udara, sistem komunikasi pesawat udara, kawalan lalu lintas udara, sistem sokongan hayat atau senjata dan sebarang persekitaran lain yang boleh menyebabkan kecederaan tubuh atau kematian akibat kegagalan Perisian tersebut atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perisian tersebut. Tanpa mengehadkan peruntukan Seksyen 6.b dan 6.c Perjanjian ini, AVG Technologies dan pemberi lesennya, dengan ini menafikan sebarang waranti nyata atau tersirat mengenai kesesuaian untuk penggunaan yang sedemikian.

7. Pembatasan Liabiliti.

SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA, AVG TECHNOLOGIES ATAU PEMBEKALNYA ATAU PENJUAL SEMULANYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, LANJUTAN, SAMPINGAN, PUNITIF ATAU KHAS APA PUN, TANPA MENGHIRAUKAN SEBAB ATAU TEORI LIABILITI (TERMASUK TANPA PEMBATASAN, KEROSAKAN YANG DITANGGUNG AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU HASIL PERNIAGAAN, KEHILANGAN PRIVASI, KEHILANGAN PENGGUNAAN SEBARANG KOMPUTER ATAU PERISIAN TERMASUK PERISIAN TERSEBUT, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN ATAU KERUGIAN WANG LAIN) YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI ATAU PERISIAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN YANG DIBEKALKAN DI BAWAH INI, WALAUPUN JIKA AVG TECHNOLOGIES TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN YANG SEDEMIKIAN. AVG TECHNOLOGIES TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG AKSES TANPA KEBENARAN KEPADA, ATAU SEBARANG PENCEMARAN, PEMADAMAN, PENCURIAN, PEMUSNAHAN, PENGUBAHAN, PENDEDAHAN TIDAK SENGAJA, MAKLUMAT DATA, KANDUNGAN YANG DIHANTAR, TERIMA, ATAU DISIMPAN DALAM SISTEMNYA YANG DISEBABKAN OLEH KEADAAN DI LUAR KAWALAN AVG TECHNOLOGIES. LIABILITI AVG TECHNOLOGIES BERKAITAN DENGAN PERISIAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK AKAN MELEBIHI YURAN YANG LEBIH RENDAH YANG ANDA SEBENARNYA BAYAR UNTUK PERISIAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN DAN HARGA RUNCIT CADANGAN AVG TECHNOLOGIES UNTUK PERISIAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT PADA TARIKH ANDA MENERIMANYA (ATAU BERKAITAN DENGAN PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN PERCUMA, AS$5.00). PEMBATASAN DI ATAS AKAN DIGUNAKAN WALAUPUN TERDAPAT APA SAHAJA KEGAGALAN TUJUAN PERLU BAGI SEBARANG REMEDI TERHAD.

8. Penggantian rugi

Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan tidak mensabitkan AVG Technologies, Anggota Gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejennya masing-masing, pemberi lesen, wakil daripada dan terhadap semua kerugian, perbelanjaan, kerosakan dan kos, termasuk yuran peguam yang berpatutan, yang disebabkan oleh penggunaan anda terhadap Perkhidmatan atau sebarang pelanggaran Perjanjian ini oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pelanggaran, atau yang dikatakan pelanggaran bagi sebarang representasi, waranti atau aku janji yang dibekalkan di bawah ini. AVG Technologies berhak untuk memikul, dengan perbelanjaannya sendiri, pertahanan dan kawalan eksklusif apa-apa perkara yang tetakluk kepada perlindungan oleh anda, yang mana anda akan bekerjasam sepenuhnya dengan AVG Technologies dalam memperlihatkan sebarang pertahanan yang tersedia.

9. Privasi dan Keselamatan

a. Am. Anda mengakui bahawa AVG Technologies mengumpul dan menghantar kepada AVG Technologies maklumat tertentu berkenaan pengguna Perisian dan/atau Perkhidmatan, termasuk maklumat yang dapat mengenal pasti secara peribadi serta maklumat tertentu daripada komputer pengguna, termasuk (i) maklumat tertentu tentang perisian dan perkakasan komputer anda seperti alamat IP, sistem pengendalian, maklumat mengenai Perisian dan ciri terpasangnya, perisian dan versi penyemak imbas Web anda, (ii) data berkenaan ancaman malware berpotensi terhadap komputer anda dan sasaran ancaman berkenaan, termasuk nama fail, cincang kriptografi, vendor, saiz, cap tarikh, maklumat tentang titik semak sistem komputer anda, yang mungkin termasuk nama laluan, fail dan aplikasi, (iii) salinan aplikasi atau atur cara yang dianggap berniat jahat dan dijangkiti, atau boleh mengandungi kemungkinan ancaman dan juga maklumat mengenai gelagat yang ditunjukkan telah dikesan sebagai berniat jahat atau dijangkiti serta tetapan dan konfigurasi aplikasi, seperti kunci pendaftaran berkaitan, dan (iv) maklumat tentang aplikasi dan fail yang telah salah dikelaskan sebagai berniat jahat, bermaksud bahawa ia telah dibenarkan untuk dijalankan atau digunakan oleh pengguna selepas pengesanan. Perisian dan/atau Perkhidmatan mungkin menggunakan maklumat yang tersebut di atas supaya saranan produk dan mesej perkhiodmatan penting boleh dikomunuikasikan terus ke komputer anda. Dengan ini anda mengizinkan pengumpulan dan penggunaan maklumat yang sedemikian oleh AVG Technologies, dan juga komunikasi terus mengenai produk dan mesej perkhidmatan penting ke komputer anda dan bersetuju bahawa pengumpulan dan penggunaan maklumat sedemikian oleh AVG Technologies akan ditadbir urus selanjutnya oleh Dasar Privasi AVG Technologies yang diterbitkan pada masa ini di www.avg.com, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa oleh AVG Technologies .
b. Maklumat Pendaftaran. Untuk mengaktifkan Perisian atau Perkhidmatan, anda atau pihak ketiga yang anda telah berikan kuasa untuk melakukannya bagi pihak anda, mungkin dikehendaki untuk mendaftar dengan AVG Technologies di Internet atau melalui telefon. Sebagai syarat material untuk AVG Technologies memberikan lesen yang diperincikan oleh Perjanjian ini, anda menggambarkan bahawa maklumat pendaftaran yang anda berikan kepada AVG Technologies adalah tepat dan lengkap setakat tarikh anda mendaftar dan, WALAU APA PUN PERUNTUKAN DASAR PRIVASI AVG TECHNOLOGIES, ANDA MEMBERIKAN PERSETUJUAN SEMASA TEMPOH PERJANJIAN INI DAN UNTUK SATU TAHUN SELEPAS ITU UNTUK (i) AVG TECHNOLOGIES BERKONGSI MAKLUMAT HUBUNGAN ANDA DENGAN PENGEDAR, PENJUAL SEMULA DAN RAKAN NIAGANYA YANG LAIN, DAN (ii) PENGGUNAAN MAKLUMAT HUBUNGAN ITU OLEH AVG TECHNOLOGIES, PENGEDAR, PENJUAL SEMULA DAN RAKAN NIAGANYA YANG LAIN UNTUK MEMBERIKAN ANDA MAKLUMAT YANG MUNGKIN BERKAITAN DENGAN ANDA, TERMASUK TAWARAN PERISIAN, PERKHIDMATAN DAN PRODUK LAIN.
c. Bar Alat. Istilah bagi Seksyen 9.c ini diguna pakai kepada Perisian yang dikenali sebagai AVG Security Toolbar (atau produk perisian bar alat AVG yang bersamaan). DENGAN MENERUSKAN PEMASANGAN BAR ALAT, ANDA MENGAKUI DAN MENERIMA BAHAWA, SEBAIK SAHAJA PEMASANGANNYA DIBUAT, BAR ALAT TERSEBUT AKAN MENGUBAH SUAI “DNS ERROR PAGE” DAN “ERROR 404 PAGE” MELALUI SETING PELAYAR ANDA TAMBAHAN PULA, SEBAIK SAHAJA DIPASANG, BAR ALAT TERSEBUT MUNGKIN MENYAMPAIKAN SESETENGAH MAKLUMAT PENGGUNAAN ASAS TERTENTU KEPADA VENDOR BAR ALAT ATAU WAKILNYA UNTUK MEMBANTU VENDOR MENYUSUN STATISTIK GLOBAL BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN BAR ALAT TERSEBUT OLEH PENGGUNA (contohnya berkenaan dengan bilangan pemasangan dan pengguna unik, bilangan klik yang diterima oleh Bar alat tersebut, bilangan carian yang dilakukan oleh pengguna, dll.). Maklumat statistik sedemikian tidak akan termasuk sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti pengguna secara peribadi.

10.Terma Khusus Untuk Produk Pihak Ketiga

Dengan menerima Perjanjian ini anda memahami dan bersetuju bahawa di mana berkaitan, sebarang peralatan perkakasan atau produk perisian pihak ketiga dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh AVG Technologies akan merangkumi sebarang waranti dan/atau terma lain yang disediakan oleh pengilang asal perkakasan, perisian atau perkhidmatan tersebut dan anda selanjutnya mengakui dan mengesahkan yang anda telah menyemak dan menerima terma dan syarat, khusus kepada perkakasan, perisian dan/atau perkhidmatan boleh digunakan yang bersesuaian, tersedia di www.avg.com/third-party-terms-conditions.

11.Firewall Windows.

Dengan menerima Perjanjian ini anda mengakui dan bersetuju bahawa semasa pemasangannya, Perisian mungkin menyahdayakan kefungsian firewall Windows dan menggantinya dengan kefungsian firewall yang disediakan bersama dengan Perisian. Sebaik sahaja anda membuang pemasangan Perisian, anda akan digesa untuk mengaktifkan kefungsian firewall Windows AVG Technologies benar-benar menasihatkan anda untuk mengaktifkan kefungsian firewall Windows sebaik sahaja Perisian telah dibuang pemasangan.

12. Audit.

Dengan menerima Perjanjian ini anda memahami dan bersetuju bahawa AVG Technologies mungkin menjalankan audit untuk menentukan sama ada penggunaan anda ke atas Perisian mematuhi syarat Perjanjian ini. Audit tersebut mungkin boleh dijalankan sekali setiap 12 bulan dan boleh dijalankan sama ada melalui Internet, atau di tapak, seperti yang AVG anggap perlu. Sekiranya audit mendedahkan yang anda melanggarkan Perjanjian ini, AVG Technologies, di samping hak lain sedemikian yang mungkin ada mengikut undang-undang atau ekuiti, akan berhak melaksanakan haknya di bawah klausa 3 dan 8 Perjanjian ini.

13. Pelbagai.

a. Notis. AVG Technologies mungkin menghantar apa-apa notis kepada anda melalui tetingkap timbul, kotak dialog atau cara lain, walaupun anda mungkin tidak menerima notis ini kecuali dan sehingga anda melancarkan Perisian dan/atau Perkhidmatan. Sebarang notis yang sedemikian akan dianggap telah dihantar pada tarikh AVG Technologies mula-mula membuatnya tersedia melalui Perisian dan/atau Perkhidmatan, tanpa mengira bila sebenarnya anda menerimanya.
b. Lesen Kerajaan Amerika Syarikat. Apa-apa Perisian yang diberikan kepada Kerajaan Amerika Syarikat akan turut diberikan dengan hak dan sekatan lesen komersil yang diterangkan di bahagian lain di dalam ini. AVG Technologies memiliki semua hak tak diterbitkan di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.
c. Perjanjian Lengkap. Perjanjian ini membentuk Perjanjian Lengkap di antara pihak-pihak terbabit dan menggantikan semua komunikasi dan perwakilan atau perjanjian terdahulu, sama ada lisan atau bertulis, berkaitan dengan perkara tersebut.
d. Pindaan, Penepian. Perjanjian ini mungkin tidak boleh diubah suai atau diubah sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dengan cara apa pun selain daripada Perjanjian secara bertulis dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh kedua-dua pihak di sini atau melalui perjanjian elektronik selanjutnya yang dikemukakan oleh AVG Technologies dan diterima oleh anda. Kegagalan AVG Technologies untuk memaksa atau menguatkuasakan pelaksanaan yang tegas ke atas mana-mana peruntukan Perjanjian ini tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai penepian mana-mana peruntukan atau hak.
e. Kebolehasingan. Pihak-pihak terbabit ingin dan mahu agar semua peruntukan Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini atau penggunaannya ke atas mana-mana orang atau keadaan ditafsirkan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya sehingga sebarang takat, maka peruntukan sedemikian akan ditafsirkan dengan cara untuk membenarkan kebolehkuatkuasaannya di bawah undang-undang yang diguna pakai sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, terma Perjanjian ini yang tinggal atau penggunaannya ke atas mana-mana orang atau keadaan, selain daripada yang telah ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan.
f. Undang-Undang Yang Mengawal. Perjanjian ini akan dikawal selia oleh undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat. Konvensyen PPB Mengenai Kontrak bagi Jualan Barangan Antarabangsa tidak akan diguna pakai ke atas Perjanjian ini. Bidang kuasa eksklusif untuk sebarang pertikaian akan merupakan sidang mahkamah negeri atau persekutuan di Negeri Delaware, Amerika Syarikat.
g. Kawalan Eksport. Anda mengakui bahawa beberapa bahagian Perisian tersebut mungkin berasal dari Amerika Syarikat. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang Amerika Syarikat dan antarabangsa yang diguna pakai yang mengawal selia eksport dan eksport semula Perisian tersebut, termasuk Peraturan Pentadbiran Eksport Amerika Syarikat, serta sekatan pengguna akhir, kegunaan akhir dan destinasi yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan kerajaan lain.
h. Tiada Benefisiari Pihak Ketiga. Perjanjian ini adalah bertujuan semata-mata untuk untuk manfaat anda dan AVG Technologies. Tiada orang yang bukan pihak Perjanjian ini boleh membawa kuasa tindakan mengikut Perjanjian Lesen sebagai benefisiari pihak ketiga.
i. Bahasa. Asalnya Perjanjian ini disediakan dalam bahasa Inggeris. Walaupun AVG Technologies mungkin menyediakan satu atau lebih terjemahan untuk kemudahan anda, versi bahasa Inggeris akan diutamakan jika berlaku apa-apa konflik atau percanggahan.
j. Sambungan Internet. Anda mengakui bahawa sesetengah Perisian tertentu mungkin memerlukan sambungan yang aktif dan stabil ke Internet untuk berfungsi. Oleh itu ia menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan yang anda mempunyai Sambungan Internet yang aktif dan stabil sepanjang masa.




NPS

Notis Pemprosesan Saksama

Notis Pemprosesan Saksama ini dan Dasar Privasi kami adalah komitmen AVG untuk melindungi privasi anda. AVG melindungi maklumat anda daripada penggunaan atau kehilangan tanpa kebenaran dan hanya akan memberikan data anda kepada rakan perniagaan kami, untuk memenuhi keperluan anda atau di mana kami dikehendaki melakukannya oleh undang-undang. Maklumat yang kami kumpulkan daripada anda mungkin digunakan oleh AVG di seluruh dunia, termasuk di negara yang mempunyai undang-undang privasi data yang lebih longgar daripada negara anda.
Maklumat yang AVG dan produk AVG kumpulkan daripada komputer anda digunakan dalam pembaikan produk dan keselamatan, untuk menghantar mesej kepada komputer anda atau untuk menghasilkan pemasaran e-mel.
Anda boleh memilih untuk keluar daripada pemasaran e-mel pada bila-bila masa dengan mengklik pautan yang berkaitan dalam mesej e-mel atau dengan menghubungi sokongan pelanggan di www.avg.com/support.